Lepas rehat kat hotel kemudian petang tu sewa van ni untuk jalan tempat menarik kat Pulau Pangkor ni. Dengan bayaran RM100 untuk 2 jam.
Kita cover 2 masjid terindah di Pulau Pangkor ni.
Masjid pertama ialah Masjid Cina yang diberi nama Masjid seribu doa, Masjid Al-Khairiah.
Cantik senibina masjid ni bertemakan oriental.
Kami bertiga.
Dekorasi di dalam masjid. Cantik kan?. Mungkin dekat dinding ni ada lebih 1000 doa.
Gambar kami lagi. Minta ada orang tolong ambikkan.
Boleh naik atas ni. Ruang tangga pun dihias cantik.
Suka gambar ni boleh tengok dari dari tingkat atas ukiran kat lampu tu.
Saya ambil gambar ni dari bawah.
Warna merah ni yang menyerlahkan lagi keindahan masjid ni.
Close up....
Ini adalah masjid terapung yang bernama Masjid seribu selawat, Masjid Al-Badr. Kalau siapa pernah pergi Masjid terapung kat Pulau Pinang....macam tu jugak la masjid ni dibina di atas laut.
Cantik sungguh permandangan kat sini.
Keseluruhan masjid ni. Cantik kan?.
Lagi gambar Dania.
Kat belakang masjid ni ada batu-batu yang besar dan ada macam besi-besi kat situ. Bila tanya pemandu van rupanya tapak ini mahu didirikan chalet tetapi tak jadi.
Ada juga tempat duduk kat sini untuk menikmati keindahan alam yang terbentang luas.
Cantik betul kedua-dua masjid kat sini....untunglah penduduk Pulau Pangkor boleh beribadat kat sini selalu.
Ada lagi tempat menarik yang kami melawat dengan van pink ni. Nak kena pecahkan post sebab banyak betul nak cerita.
Errr ada yang perasan tak topi Dania pakai ni sama yang macam Dania pakai kat ladang?. 😅
XOXO,
Ezna









Ammi pernah lalu di masjid Cina tu..tapi tak masuk. Yang masjid terapung tu ni baru tau. Thanks for the info
ردحذفVan tu bawak ke kedua masjid ni jadi boleh turun dan melawat kawasan masjid jugak.
حذفSA pernah sampai sini tapi masa tu x aktif sangat share kat blog..sygkan..kalau tak boleh throwback...lama dah x jalan jauh2
ردحذفOh ya ke?. Idak mesti cantik gambar2 SA ambik tu. Ni pun sebenarnya lama jugak tak jalan jauh dan menginap kat hotel semenjak Dania masuk Uni ni. Ni dah cuti ni bagi jalan2 release tension dulu.
حذفooo kat pangkor pun ada masjid cina ya
ردحذفmaknanya kat perak je
ada 2 buah masjid cina
niceeeeee
Ya ke 2 buah masjid cina. Lagi satu tu belum pernah melawat lagi. Kalau kat Melaka ada juga Masjid Cina.
حذفya masjid muhammadiah kat tmn tasik jaya ipoh
حذفkat kelantan pun ada 1
masjid beijing @ rantau pnjg
Baru tahu. Nanti balik kampung nak cuba singgah solat kat sini pulak. TQ Anies!
حذفBoleh tahan juga ya sewa van tu.. Rasa nya dulu2 takde pulak semahal itu...
ردحذفYa Linda....saya pun sebenarnya lama dah tak datang sini.
حذفsemua gmbr sgt cantik esp gambar ber3 tu. nice sgt!!!
ردحذفThanks Suzz. I pun suka gambar2 bertiga tu.
حذفCantik Masjid Cuna tu.. Terang merahnya. Dekorasi dalam nampak tenang je.
ردحذفYa Masjid Cina ni yang buat menyerlah tu warna merah tu. Dekorasi dia cantik sangat.
حذفMertua PH dah sampai ke masjid seribu selawat ni, memang cantik katanya...
ردحذفSelamat bercuti Ezna & Dania...
Oh....kalau seribu selwat tu Masjid Terapung la kan?. Ya cantik sebab atas air.
حذفterkenal masjid cina tu
ردحذفMasjidnya cantik. Ada seribu doa di dinding....
حذفMesti tempah topi Dania tu kan? Comel!
ردحذفAh ah memang tempah tapi dah lama dah UG. Topi ni juga Dania bawak pergi ladang. Hehe....memang topi pantai sebenarnya.
حذفMesjid China itu khas di mana2 yaaa. Tak berbentuk kubah, tapi warna mereka selalu merah. Di Indonesia ada Bbrp mesjid China, dan itu juga merah warna dasarnya. Sukaa sangat.
ردحذفTak apa dipecah kak. Saya pun kalo menulis ttg trip, pasti saya pecah semua. Kalo tak, dah macam kereta api tak berhenti 🤣🤣🤣
Haha ayat last tu bikin kakak ketawa. Haha.....Masjid Cina ni selalunya bumbung tidak ada kubah tapi menyerupai bangunan di negara China. Warna dasar tetap warna merah kerana kepercayaan orang cina bakal membawa tuah.
حذفOh....di Indonesia juga ada Masjid Cina ya? Kena melawat juga la Masjid Cina di Indonesia kalau kakak travel ke sana. Nak tengok sama tak dengan design di Malaysia.
byk kali wak kepulau pangkor ni tp x pnh smpi masjid cina yg chantek nih., hehhe nnti nk singgah lenkali., aminn
ردحذفYa Wak patut singgah kat sini. Bagi saya ukiran dalamnya sangat cantik. Bertuah la orang Pulau Pangkor dapat berjemaah di Masjid yang cantik ni.
حذفCantik hiasana/ukiran di dalam masjid tu. Mungkin satu hari nanti bila ada peluang ke Pulau Pangkor akan ku singgah di sana.
ردحذفYa insya-Allah. Moga ada rezeki nanti.
حذفWah..memang cantik, tapi saya rasa harga RM100 2 jam tu agak mahal. Tak boleh sewa kereta dan memandu sendiri?
ردحذفTapi kalau sewa kereta harganya lagi double sebab cuti sekolah jadi memang kebanyakkannya berjalan kaki ajer.
حذفcantiks... masjid cin atu pun ...merah tu memang buat lagi cantik..subhanallah
ردحذفYa...yg warna merah tu menaikkan lagi seri tu.
حذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.