Kat Putrajaya ni banyak tempat beriadah jadi tak bosan la kita boleh ubah-ubah tempat kan. Kali ni kami ke Taman Wawasan. Kalau nak ke sini kena lalu depan PJH...Hotel Zenith dan menuju ke bawah terowong. Taman ni kat bawah. Kat atas ni laluan nak ke Masjid Putra. Pergi petang hari ahad pula...depan Masjid Putra tu banyak kereta.
Hubby jogging kat bahagian atas ni.
Hubby pernah cerita masa balik kerja hubby parking area bawah macam terowong ni (gambar atas). Lepas tu kena turun tangga dari pejabat di atas nak pergi ke kereta. Masa tu maghrib. Masa jalan2 dengar ada orang berjalan dari arah belakang tapi hakikatnya tak ada orang sebab 'entiti' kat belakang tu pijak daun-daun kering jadi berbunyi la kan....kat pejabat Putrajaya pun ada juga la kes kan? Pernah kawan saya kerja waktu malam kemudian ada yang berguling panggil nama kawan saya suruh balik.....Eiiii seramnya....
Ni saya tengah berjalan sambil menikmati keindahan alam. Ni pokok willow namanya. Dulu pernah nak beli tanam kat rumah tapi bila tengok daun-daun tu nampak semak je nanti kalau gugur.
Cantiknya tasik....
Masa ni lengang la. Saya bawa juga tali skipping. Sempat la skipping sampai berapa puluh entah...
Sisir tasik Presint 18....
Baru nampak Dania ni. Saya sorang-sorang je tadi. Dania naik basikal.
Seronok tupai ni memanjat pokok ya. Jaga-jaga ya....sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Pokok willow lagi berlatarbelakangkan tasik. Cantik betul cuaca petang ni.
Belah sana tasik besar, belah sini ada tasik kecik je. Airnya keruh la pulak.
Seberang sebelah sana lagi ramai pengunjung berbanding belah saya ni jadinya tempat belah ni tenang la kan...
Agak-agak seram tak nampak hitam je macam ni?.
Lepas tu turn saya pulak naik basikal. Dania nak rehat pulak sebab penat katanya. Jauh berbasikal tadi.
Dalam 6 lebih petang dah gerak ke rumah adik kat Cyberjaya pula nak hantar barang yang adik lagi satu kirim. Jadilah ada juga aktiviti sihat minggu ni....
XOXO,
Ezna














Memang sihat.. waktu pagi memang segar brisk walk. Udara segar...
ردحذفYa seronok juga brisk walk waktu pagi. Saya pergi ni petang....
حذفTenang je rasa tapi part cerita seram tu tetiba ibu jadi seremmmmmm x tenang dibuatnya boleh ibu terbayang plak part entiti tu eiiiii
ردحذفYa cerita kat area tangga tu lah.....macam ada orang berjalan belakang tapi tak nampak 'orang' tu...
حذفSElamat beriadah
ردحذفTerima kasih :)
حذفFuhh . View kat sini pun tak kurang cantiknyaaa ..
ردحذفYa cantik viewnya....Sambil berjalan...kita ambil gambar....hehe
حذفNampak cuaca tak panas sangat tu.. sedang elok je.
ردحذفDah lama saya tak keluarkan peluh di petang hari.
Ya betul kebetulan cuaca baik sangat. Selalunya petang je hujan.
حذفtenang... damai... :D
ردحذفYa setuju.....
حذفSeronoknya beriadah macam ni..SA teringin nak training kat tangga putrajaya tu...tapi ntah bila la...
ردحذفOh ada Putrajaya Steps tu. Ada la kot gi 2 kali. Kalau SA datang sini boleh la singgah.
حذفsronok brisk walk sambil tgk keindahan alam...kita brisk walk dlm umh je kt atas treadmill
ردحذفOk juga atas treadmill tapi nak tgk keindahan alam kena keluar.....kalau malas nak bersiap bagai...kat rumah pun ok je janji keluar peluh kan....
حذفSaya memang tak berani kalo hrs jalan sendiri lewat terowongan atau tempat sepi lainnya. Mending cari rute barulah 🤣. Apalagi banyak case kejahatan kalo dah lewat tempat sepi macam tuh.
ردحذفDah lamaaaa sangat trakhir ke Putrajaya. Saya sering ke KL, tapi Putrajaya terakhir kali saat masih kuliah rasanya. Setelah itu tak pernah lagi. 😅. Pasti dah beda kan sekarang
saya banyak lalu je kat area ni
ردحذفyang betul2 singgah tak pernah lagi
waktu pagi mesti ramai kan kat sini?
إرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.