Ikutkan lepas solat Subuh nak terus bertolak tapi itulah....terlewat sikit la dalam 7 lebih macam tu. Perjalanan ke Jeti Marina di Lumut mengambil masa dalam 3 jam. Masa ikut google tu dia suruh masuk WCE. Kemudian lalu Shah Alam dulu jadi kami berhenti sini untuk menikmati sarapan pagi.
Kami singgah Restoran hujung sederet Syed di Seksyen 3, Shah Alam. Saya order cakoi dan didatangkan dengan sos. Saya pun cicah dengan kari yang kami tapau tu pun sedap.
Dania order roti canai. Roti Canai ni akhirnya cicah jugak dengan kari sotong yang ummi masak tu.
Tapau dari rumah juga bubur nasi dan kari sotong hari sebelum tu masuk dalam mangkuk tingkat. Kalau simpan takut basi macam tu je. Sayang je...
Kami....
Dalam perjalanan ke Jeti Marina, Lumut kami tak singgah mana-mana dah sebab takut pula jam nanti kan.....
Dalam 1/2 jam ikut google maps nak tiba baru la saya beli tiket feri di https://pangkorferry.com/ Pilih masa feri lagi sejam. Saya beli tiket return terus. Kami tiba sini dalam 12.25 tengahari.
Sempat lagi tu tengok barang. Kalau hubby le hmmm pegang letak pegang letak akhirnya?....Tak beli. Topi beach pun murah kat sini fancy tu berharga RM19.50. Ke semua topi ni RM19.50.....Memang susah nak jumpa harga ni.
Kami beratur paling depan. Haha. Ni semua saya punya pasal. Tak nak lambat2 sebab takut penuh ke apa sebab free seating kan?. Bagus saya beli tiket lewat 1 jam lepas tu sebabnya nak cari parking pun satu hal kemudian mereka akan panggil masuk 15 minit awal. Kalau feri jam 1.30 petang, mereka akan panggil jam 1.15 petang.
Tunjuk tiket online yang kita beli. Dia scan kat phone sahaja. Mudah dah.
Duduk paling depan. Kononnya boleh la keluar paling awal tapi......keluar diantara yang lambat sebab apa? Beg kami paling depan. Lepas tu beg lain dah bertimbun situ. Patutnya bila duduk bahagian hadapan, beg besar kita tu letak betul-betul depan kita. Senang nak ambik.
Feri yang kami naik ni penuh. Saya ambil gambar masa tak ramai orang.

Tiba je kat Pulau Pangkor ada deretan van berwarna pink. Mana lagi nak jumpa van warna pink ni selain daripada Pulau Pangkor.
Dah tiba dah hotel kami....kami akan menginap di sini selama 1 malam. Hotel ni agak baru kat sini. Tambang van pink ke Avi ni sebanyak RM15/van. Bukan kira kepala ya.
Lobi ni berdekatan laluan ke swimming pool.
Tak boleh check in lagi sebab baru jam 2.30 petang. Check in jam 3 petang. Kalau ada bilik tersedia boleh masuk dah tapi bilik belum sedia lagi jadi kami jalan kaki sikit dan singgah makan dulu. Masa tengah makan tu hotel call kata dah boleh masuk bilik tapi saya kata tengah makan.
Laksa pilihan saya.
Nasi lemak pilihan hubby.
Dania pilih nasi ayam penyet.
Ni la tempat kami makan.
Bilik kami ni. Ada 2 katil Super Single. Besar la juga katilnya. Selesa je untuk kami bertiga.
Ada limau dan beg uncang berisi kacang dan coklat duit syiling berwarna emas.
Bilik air dan ada tempat shower kat sebelah.
Kemudian, petang tu kami ada set dengan van pink tu untuk jalan2 keliling pulau ni. Jam 5 petang van tu pun tunggu la kami. Next entry la ya sebab banyak juga tempat menarik yang kami lawat.
Malamnya malas nak naik van pink, kami makan kat depan hotel ni je ada masakan tomyam. Bila order makanan, orang tu kata makanan bakal dapat lambat jadi kami order burger untuk lapik perut. Burger ni cepat je dia buat.
Tak lama kemudian datang pula daging masak merah pilihan hubby.
Nasi goreng Pataya pilihan Dania.
Masa makan tu ada satu bunga jatuh. Bila cium memang wangi baunya. Bila cari kat google lense rupanya ini adalah bunga tanjung.
Saya order bihun goreng.
Akhirnya nasi goreng pataya dan bihun goreng kami tapau je sebab tak larat nak menghabiskan. Masuk la dalam peti ais bilik kami.
XOXO,
Ezna