Bangi Square 2 lagi....

Lepas ambik Dania dari Agro Camp tu kami pergi makan. Makanan tengahari camp tak disediakan since tamat program jam 2 petang. 

Kami ke Bangi Square 2 yang terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Dania siap pakai baju kebaya lagi sebab kumpulan Dania kena buat balik persembahan 'cultural night' pada malam sebelumnya. Mungkin dapat persembahan yang terbaik la sebab kata Dania kumpulan lain tak kena buat persembahan balik pun. Dari pakai baju jersey tukar la pakai baju kebaya pulak. Nasib baik terdetik nak bawa baju tradisional ni. 


Saya memilih untuk makan Yee Mee fish ball. Dania pula Yee Mee ayam. Sama je macam Yee Mee saya ni cuma lauk Dania je berbeza.


Suami pula memilih makan Shawarma kambing. Rasa sikit suami punya ni sedap la tapi daging kambing dia agak keras sikit. Nasi dan cili merah tu sedap. 


Konsep kat sini banyak gerai makanan dan pelbagai pilihan. Kalau nak makan bubur ada, ikan bakar ada, pasta ada, nasi ayam ada, sate ada.....

Kalau datang sini dengan family pasti boleh kena dengan tekak masing-masing yang pelbagai selera kan....Dania kalau datang sini mesti nak makan buah tapi siang-siang ni gerai buah tak bukak lagi. Tempat pun luas dengan meja yang banyak. 


 Hari ni tak masak la saya....sesekali....





XOXO,
Ezna

17 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. morning di sini...nampak sedap sizzling yee mee nya..

    ردحذف
  2. sesekali makan luar sedap kan...pilih saja apa yang teringin. bila kerap makan luar jadi buntu pula nak makan apa.begitulah kehidupan

    ردحذف
    الردود
    1. Sesekali ok lah. Kalau kerap hmmmm.....ya setuju begitulah kehidupan kan....

      حذف
  3. Kalau tak payah masak berkali-kali pun apa salahnya ahak!
    Lama tak makan sizzling...

    ردحذف
    الردود
    1. Berkali-kali zaman sekarang ni kena fikir panjang PH. Tu yang selagi terdaya masak.

      حذف
  4. Menarik juga yee mee fish ball tu.. biasa makan ayam sahaja. Rupanya ada pelbagai lauk boleh add on.

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah selain fish ball ada crab stick, udang etc....tak ingat yang lain....

      حذف
  5. Cik abang je air panas... Barulah rock...

    ردحذف
  6. air tu nmpk sedap...air mngo ice blended ke?

    ردحذف
  7. i pun suka yee mee tapi suka yg sup or ladna or kungfu, tak suka yg jenis kicap2 tu :)

    ردحذف
  8. Sedap plak tengok Sizzling mee tu..selalu suka makan yang kat Jusco

    ردحذف
  9. Saya sebenarnya suka 2-2 jnis makanan di atas. Tapi kalo ada shawarma, memang itulah yg saya pilih 😁☺️. Mee pun suka, tapi harus yg pedas dan gurih. 😅

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.