Lepas ambik Dania dari Agro Camp tu kami pergi makan. Makanan tengahari camp tak disediakan since tamat program jam 2 petang.
Kami ke Bangi Square 2 yang terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang. Dania siap pakai baju kebaya lagi sebab kumpulan Dania kena buat balik persembahan 'cultural night' pada malam sebelumnya. Mungkin dapat persembahan yang terbaik la sebab kata Dania kumpulan lain tak kena buat persembahan balik pun. Dari pakai baju jersey tukar la pakai baju kebaya pulak. Nasib baik terdetik nak bawa baju tradisional ni.
Saya memilih untuk makan Yee Mee fish ball. Dania pula Yee Mee ayam. Sama je macam Yee Mee saya ni cuma lauk Dania je berbeza.
Suami pula memilih makan Shawarma kambing. Rasa sikit suami punya ni sedap la tapi daging kambing dia agak keras sikit. Nasi dan cili merah tu sedap.
Konsep kat sini banyak gerai makanan dan pelbagai pilihan. Kalau nak makan bubur ada, ikan bakar ada, pasta ada, nasi ayam ada, sate ada.....
Kalau datang sini dengan family pasti boleh kena dengan tekak masing-masing yang pelbagai selera kan....Dania kalau datang sini mesti nak makan buah tapi siang-siang ni gerai buah tak bukak lagi. Tempat pun luas dengan meja yang banyak.
Hari ni tak masak la saya....sesekali....
XOXO,
Ezna




morning di sini...nampak sedap sizzling yee mee nya..
ردحذفMorning MA. Sizzling Yee Mee ni sedap juga....
حذفsesekali makan luar sedap kan...pilih saja apa yang teringin. bila kerap makan luar jadi buntu pula nak makan apa.begitulah kehidupan
ردحذفSesekali ok lah. Kalau kerap hmmmm.....ya setuju begitulah kehidupan kan....
حذفKalau tak payah masak berkali-kali pun apa salahnya ahak!
ردحذفLama tak makan sizzling...
Berkali-kali zaman sekarang ni kena fikir panjang PH. Tu yang selagi terdaya masak.
حذفMenarik juga yee mee fish ball tu.. biasa makan ayam sahaja. Rupanya ada pelbagai lauk boleh add on.
ردحذفAh ah selain fish ball ada crab stick, udang etc....tak ingat yang lain....
حذفCik abang je air panas... Barulah rock...
ردحذفair tu nmpk sedap...air mngo ice blended ke?
ردحذفYa tu mango ice blended.
حذفi pun suka yee mee tapi suka yg sup or ladna or kungfu, tak suka yg jenis kicap2 tu :)
ردحذفYg ni terlebih kicap. Kalau kurangkan kicap I suka.
حذفSedap plak tengok Sizzling mee tu..selalu suka makan yang kat Jusco
ردحذفSedap SA cuma kali ni terlebih kicapnya.
حذفSaya sebenarnya suka 2-2 jnis makanan di atas. Tapi kalo ada shawarma, memang itulah yg saya pilih 😁☺️. Mee pun suka, tapi harus yg pedas dan gurih. 😅
ردحذفWow peminat makanan Arab juga ya.....
حذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.