Suami ajak makan kat Restoran Vicchuda ni sebab dah lama tak makan kat sini. Kalau nak makan saje-saje pun jarang sebab jauh dari rumah kami. Masa kami datang ni memang penuh kat sini. Nasib la ada meja kosong kat sini.
Lama juga nak tunggu makanan kami siap ni. Air je yang tiba lebih awal.
Telur dadar ni untuk 2 orang makan.
Haa ni dia ikan masak tiga rasa. Sangat sedap. Ikannya digoreng garing. Bila makan tu krup krap ikan ni. Kadang kalau order ikan masak tiga rasa ni kat restoran lain tak berapa sedap dan bahan-bahan agak kurang. Kalau tengok ikan ni pun tak nampak. Betapa banyaknya bahan atas ikan ni. Puas hati sungguh!.
Ini pula udang goreng tepung. Order untuk seorang makan sahaja. Ada juga sos pencicah udang ni.
Total semua dalam RM70 termasuk air. Ok lah bagi saya sebab kat Selangor dan ada ikan tiga rasa ni....plus upah memasak juga. Mungkin area lain...lainlah harganya.
XOXO,
Ezna





waaa sedapnya ikan tiga rasa tu ezz...terliur i hahahahah
ردحذفBagi I sangat sedap Suzz. Bahan2 dia meriah.
حذفUdang tepung dia macam drum stick!
ردحذفSilap2 orang ingat ayam padahal tu udang. Hehe.
حذفDulu masa ammi kerja area uptown ni tiap kali kene stayback buat tender mesti order makan kat Vichuda. Sampai satu tahap tu mcm ckp ngan org yg order tu boleh tak pilih benda lain nak makan selain tomyam
ردحذفTomyam selalu sangat pun jemu kan?.
حذفRasanya relatively murah la kan...
ردحذفDekat gerai biasa di SG ni pun belum tentu dapat harga ni :(
Masih ok lagi PH harga macam ni. Lagi pun lauk takde lah banyak sangat.
حذفKita kalau udang goreng tepung mesti tanya dulu sblm order.. Udng horeng tepung kw atau cekodok udang hahahaa.. Sbb dlm gmbr ni bgi kita cekodok udang hahaha..
ردحذفKita mkn sini wajib menu tomyam and daging masak merah ..tomyam kt sini sedap sgt..kalo p ramai order juga siakap 3 rasa sedappp juga
ردحذفok la harga mcm tu....3 org makan dgn siakap...sedap nampak tu.. yum yum
ردحذفMemang terlihat mantap ikan 3 rasanya kak. Banyaaak topping dia 😍😍. Harga pun bagi saya masih okelaah. Kemarin makan di bukit bintang kurang lebih segitu juga
ردحذفwaduhhhh ikan masak 3 rasa tuuuu🔥👍🔥👍🔥👍
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.