Warung Kendi | Hidangan barat dalam suasana kedesaan

Ada hari tu masa pergi Warung Kendi nak breakfast kat sini tapi tutup tapi kali ni dapat breakfast kat Warung Kendi. Hooray. Malam sebelum tu saya dah tanyakan kat mereka melalui messenger kat facebook page. Bukak ke tak keesokkannya?. Idak la main terjah macam tempohari tu lepas tu tutup. Frust pulak nanti. 😅



Kami tiba dalam jam 8.40 pagi macam tu. Nak kena pergi breakfast awal sebabnya 10.30 pagi Dania ada kelas online Bahasa Korea. Kena bagi masa juga untuk penyediaan breakfast tu dan untuk kami bersantai makan breakfast. Tak nak la in a hurry kan. Masa tiba pun orang dah ramai tapi meja kami ni tarik dari meja makcik sebelah ni. Hehe. 


Warung Kendi ni buka jam 8 pagi. 
 

Saya dan Dania order Kendi Special Breakfast. 


Ni yang hubby order. 


Ni lah Warung Kendi yang terletak kat Sepang, memang tenang ajer makan kat sini kerana dikelilingi pokok yang merimbun. Kat tepi tu ada sungai kecil. 


Ni lah apa yang saya order. Boleh katakan kalau makan ni memang kenyanglah. Portion yang banyak jugak ni. Western style. 


Sedap betul telur hancur dia. 


Tempat duduk memang jarak-jarak la kat sini. Kalau ada yang datang kalau tak tahan menunggu meja kosong mau cancel dan terus balik ajer. Seronok makan kat sini. Best dengan suasana sebegini. Tenang, sejuk mata memandang pokok-pokok ni. Suasana kedesaan. 


Belah kiri tu tempat mereka masak hidangan yang dipesan oleh pelanggan. Nak kena tunggu juga hidangan ni sampai. Tak boleh nak cepat-cepat kalau nak makan kat sini. Kena tenang-tenang ajer. Tiba rumah pun belum pukul 10.00 pagi jadi just nice ajer masa kami pergi breakfast tu. Rumah kami ke Warung Kendi ni dalam 16.4 km. 


Kalau nak kan suasana macam ni masa breakfast 🌳....boleh la berkunjung ke sini. 

Warung Kendi ni beralamat di :

Lot 3301, No 243, Batu 29 
Kampung Jenderam Hulu, 
43900 Sepang,
Selangor

28 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. kena tnya dulu kan , kalau pergi terus nanti, letih ja klu tutup hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Ye betul. Dah terkena sebelum ni. Hehe. Tu yg tanya tu.

      حذف
  2. wow..ada kelas warung2 pun. makanan macam kat hotel..hehe. betul jugak kalau tanya dulu kan senang, takde la frust nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Memang ye pun. Harga berpatutan dan rasa pun tip top!

      حذف
  3. Looks like a simple but comfortable place to have your meal. The food looks delicious and the prices are affordable too right? Would love to pay this place a visit one day.

    ردحذف
  4. bestnya makan dengan suasana sejuk, tenang macam tu. Bab nak menunggu ni memang tak mampu la, kalau boleh tanya dulu memang tanya dulu sebelum pergi.

    ردحذف
  5. kadang gerai tepi jalan ni makanan dia lagi sedap, tak kisah la western ke chinese food ke kan..

    ردحذف
    الردود
    1. Tak sangka juga makanan yang dihidangkan sedap. Jangan pandang sebelah mata makanan yang dihidangkan di warung. Memang sedap! Betul cakap Bae.

      حذف
  6. Menarik menu makan pagi. Macam McD Big Breakfast menu. Bella pun suka kalau sarap macam ni kalau tak nak mkn berat macam nasi lemak dan mi. Warung biasa mmg lg sedap makanan depa.

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah ala McD Big Breakfast. Sesekali tak nak makan nasi lemak. Kat sini pun ada bubur jugak Bella dan rasa dia pun sedap. Sis dah try.

      حذف
  7. Wah breakfast makanan org barat gitu..best tengok tempatnyaa..tennag je..sarapan sini memnag boleh berangan jap..hahaha..

    ردحذف
    الردود
    1. Tempatnya tenang ajer....tapi...nak tunggu hidangan tiba kena tenang2 ajer ye. Hehe

      حذف
  8. Wowww akak. Warung pun menu bukan biashe biashe tu. English breakfast tu! Pekena plak ngan kopi panas. Fuhhh. Menyelerakan. Saya suka la makan kat warung open air camni. Nikmat. Haha.

    ردحذف
  9. Menarik pulak, warung macamtu jual menu sarapan western.. nanti one day ke sana lalu boleh singgah..

    ردحذف
    الردود
    1. Memang menarik. Menu western makan kat warung biasa ajer...

      حذف
  10. Kadang2 lagi sedap makan kat tempat macam ni dari kedai hipster ye :P harga pun jauh berlipat ganda lebih murah dan puas hati makan. Next time boleh pergi try la kat sini..

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau makan kat sini harganya lagi murah compare dengan yang hipster. Janji makan kat sini sedap!

      حذف
  11. Suka kalau dapat makan kat warung mcm ni. Hargapun berpatutan. Menu tu nampak sedap

    ردحذف
  12. ohh wowo...am craving hungry to try them all & really miss all my warung makan makan with friends. Lovely sharing here. cheers, siennylovesdrawing

    ردحذف
    الردود
    1. Ye sekarang ni rindu nak travel, rindu nak makan ramai.....

      حذف
  13. Wah... Kurlasss seyh! Menu western yang membuka selera pepagi hari. Tetiba rasa lapar tengok. Hehee...
    Kita dah simpan no nya nanti nak pegi kita contact dia dulu

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe....tapi berbaloi pergi Nina sebab masakan dia sedap.

      حذف
  14. Bestnya suasana dia. Mesti makanan pun sedap kan teringin nak pergi nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Suasana kat sini memang best. Tenang ajer. Kadang2 boleh nampak monyet bergayut. Hehe.

      حذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.