Pagi-pagi dalam jam 10.30 ada video call masuk tapi saya tak dapat le nak pick up call. Sibuk nak masak nasi serai. Ok kita tangguhkan la pukul 11.00 pagi. Adik No 3 saya yang beriya. Disokong pulak kakak dia. Kakak yang ni macam takde mood la pulak raya tahun ni. Akhirnya masa ditunggu-tunggu kian tiba. Bervideo call 3 beradik. Saya yang call tu.
Sempat la snap gambar masa video call ni. Kami adik beradik sepakat beraya di rumah masing-masing. Takde aktiviti kunjung mengunjung. Insya allah kalau semuanya beransur pulih, boleh la kita kunjung mengunjung atau buat aktiviti makan-makan pulak. Kunjung mengunjung yang kerajaan bagi di pagi Hari Raya ialah tak boleh melebihi 20 orang satu rumah.
Kami adik beradik dah sibuk bertukar barang-barang 2 hari sebelum Hari Raya. Duit raya pun dah bagi. Tahun ni nampak tak berapa meriah sangat berbanding tahun sebelum ini tapi bunga api dan mercun tetap kedengaran meletup malam raya dan hari raya. Bunyi meriam buluh pun ada sesekali oh...
Kami adik beradik dah sibuk bertukar barang-barang 2 hari sebelum Hari Raya. Duit raya pun dah bagi. Tahun ni nampak tak berapa meriah sangat berbanding tahun sebelum ini tapi bunga api dan mercun tetap kedengaran meletup malam raya dan hari raya. Bunyi meriam buluh pun ada sesekali oh...
Ni adalah serba sedikit yang dihidangkan di pagi raya dan malam raya. Rendang daging tu masak malam raya lagi. Ayam percik dan nasi serai. Nasi serai ni suami saya kata rendang pun kena kalau makan dengan nasi serai tapi kalau ayam percik lagi kena. Mana taknya sampai makan bertambah. Hello bulan puasa turun berat badan, nanti raya naik balik pulak.
Masa siap je masak rendang daging, makan dengan ketupat daun palas frozen.
Makan juga dengan nasi impit. Saya tak buat kuah kacang.
Saya masak rendang dengan menggunakan pes rendang Bonda Rozita ni haa...rasanya?....serius sedap. Ni antara barang yang adik saya hadiahkan 2 hari sebelum raya jadi saya pun try la masak. Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan pes rendang (saya masukkan 1 paket. Ada 3 paket dalam ni), letak serai yang diketuk 2 batang, santan, masukkan air sedikit ikut kepekatan kuah rendang yang kita nak, masukkan cili api hiris halus, masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu dan last sekali daun kunyit yang dihiris halus. Tunggu air kering sikit baru tutup api. Memang sedap. Memudahkan sungguh. Dah orang bagi jadi saya cubalah masak ye tak?.
Lepas zohor tengok movie sama-sama "Shif Malam Raya" lakonan Yoe Parey, Asif dan lain-lain.
So simple je la sambutannya sebab duduk rumah ajer. Solat aidilfitri pun kena buat dekat rumah. Kalau tak, boleh solat dekat surau dekat dengan rumah atau kalau balik kampung, solat dekat masjid di kampunglah.
Selamat Hari Raya Adilfitri
buat semua di mana pun anda berada!
Stay safe ya!
Raya you alls bagaimana pula?




Salam lebaran
ردحذفmaaf zahir batin
new normal yang terpaksa diterima semua..
ردحذفtapi alhamdulillah nampak kawan2 semua tetap seronok..
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
eid mubarak ezz & family
ردحذفSalam lebaran sis
ردحذفselamat hari raya...maaf zahir batin. saya tak sempat nak vid call...busy nau kat dapur... habis busy kat dapur dah comot...hilang mood nak tgk kamera
ردحذفKita pun video call dengan mak kat KL je hari raya hari tu. Walaupun tahun ni mmg giliran first raya ngan mertua, tapi patut kan leh balik lepas tu. Ni sbb xleh balik rasa sayu dia lain sgt...
ردحذفNak cuba la beli fempah bonda Rozita tu. Tak pernah nampak lak. Jual kat mana ek?0
ردحذفSalam lebaran.. pastinya tahun ini raya kita lain dari yang lain kan..
ردحذفSelamat hari raya maaf zahir batin
ردحذفTertarik plak tengok pes tu. Nak try gak la. Rawlins nyer rutin raya simple je - solat raya single, cari lemang tapi takde dijual, tengah hari tu kawan ajak beraya, pastu beraya sampai malam hahaha
ردحذفThis is the same way my family and I celebrated raya this year. We didn’t go anywhere. Only video call family and friends.
ردحذفRaua tajun ni memang berbeza sangat dengan raya yang lepas kan. Rasa sayunya pun lain sangat. Tapi tetap juga bersyukur sebab ada peluang sambung raya walaupun negaravdi landa pandemik Covid-19. Selamat hari raya buat sis sekeluarga.
ردحذفhaa tak sama macam biasa, tapi tetap ada benda yg pertama kali. alhamdulillah
ردحذفSelamat Hari Raya.
ردحذفMemang raya tahun 2020 ni penuh keunikkan.
Dek penangan Covid-19
Moga cepatlah ia berlalu pergi
Rindu nak jumpa sanak saudara dan kaum keluarga.
Saya tak kemana kecuali p ziarah nenek. lpas tu terus balik. kubur pun p ziarah hari raya ke2 . nak elak berjumpa dengan orang ramai.
ردحذفSangat lainnyaa....menangis kali ni time raya bukan sebab apa, tapi sebab tak dapat peluk cium Emak sendiri walau depan mata...sedih sangat sangat!!!
ردحذفWalaupun raya tahun ni tak sama macam yang lain, tapi yang penting macam mana cara kita menyambut dengan in San tersayang. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
ردحذفSelamat Hari Raya, mmglah raya yhn ni xsama mcm raya thn lps, kak pun xfpt blk kpg mcm raya thn lps tp vest jgk raya kat rumah sendiri sbb anak2 semua afa berkumpul n meriah sekali cuma xdpt nk jln2 gi open house..
ردحذفMemang tak semeriah dulu raya tahun ni. Tapi raya tetap raya cuma tak ada saudara mara je la. Rendang pakai pes tu pun nmpak sedap. Selamat hari raya!
ردحذفBonda Rozita ni mak aliff syukri kan? Mesti sedap pes dia sebab diorang memang pandai masak. Sama lah raya tak seberapa tapi okay lah semua selamat
ردحذفHuwaa memang tak sama. Malah merisaukan kalau nak keluar. Walaupun parent dekat Damansara. Nak pi pun saya risau. Nak bust test COVID-19 baru saya berani jumpa ibu saya. Dia dah tua.
ردحذفSELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
ردحذفhttp://acuyuhan.blogspot.com/
Nice
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.