Majlis pertunangan simple and sweet

Majlis Pertunangan sepupu saya berjalan dengan lancar. Bersyukur sangat. Sepupu saya dapat orang Sg. Buah Dengkil. Ibu sepupu saya ni kira kakak kepada arwah papa saya. Sepupu saya lelaki. Dalam gambar ni ibu saudara sedang menyarungkan 💍💍💍 ke jari manis bakal sepupu saya. 

Wah dapat 2 cincin terus. Ni cincin merisik. 


Ni pulak 💍💍💍 tunang. Untung la. Dulu saya 1 bentuk cincin je. Takde cincin merisik. Setting pelamin kat belakang ni pun sweet di mata saya. 


Bila Fina mula cium pipi bakal mertua, bercucuran la airmata ibu saudara saya yang saya panggil Mamamah ni....


Hantaran dari pihak lelaki 5 dulang. 


Dibalas 7 dulang oleh pihak perempuan. 


Ni, saya yang suruh pose macam ni. Sweet tak?. Ibu tunang sepupu saya dan ibu saudara saya cium Fina. 


Sekarang ni sepupu saya Izrul Razman dah sah menjadi tunangan orang. Selamat menempuh alam baru Abang Man. Fina ni pun nampak sopan je orangnya. 

Jangan pandang-pandang....duduk renggang-renggang.....😃😃😃


Nak puji makanan yang disediakan oleh pihak tuan rumah, sedap sesangat. Seleksi kuih muih sangat la banyak. 

Moga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin hendaknya.....

26 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. الردود
    1. Terima kasih. Moga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

      حذف
  2. cantik..simple..alhamdulillah..tahniah dah selamat majlis

    ردحذف
  3. Tahniah dan selamat bertunang buat mereka.

    ردحذف
  4. pelamin so cantik tau. btw, selamat bertunang ya sepupu awak :)

    ردحذف
  5. Emi pun kalau nak bertunang nanti kalau boleh nak buat style simple je. Just ajak family terdekat dan rakan baik. Orang kata bertunang ni biarlah sederhana je. Time kawen nnati baru grand sket. Hihi

    ردحذف
  6. Pergh zaman sekarang bertunang pun dah siap ada pelamin memang grand lah anak muda sekarang..
    apa pun taniah semoga ikatannya akan sentiasa utuh till jannah

    ردحذف
  7. Tahniah abang Man dan Fina.. tengah berdarah manis sekarang ni.. moga hubungan sampai ke jinjang pelamin

    ردحذف
  8. Tahniah..semoga kekal hingga ke syurga..

    ردحذف
  9. oh mamamia,, semoga berkekalan sehingga ke pelamin ye, jaga jaga sekarang tengah darah manis tu weee.

    ردحذف
  10. simple tapi cantik. tema yang sangat sesuai :)

    ردحذف
  11. Tahniah diucapkan. suka juga tema warna lembut begini.

    ردحذف
  12. Ini yang Bonde suka... Sangat cantik sekali walau simple... Ahamdulillah majlis dah selesai, Tahniah diucapkan

    ردحذف
  13. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke jinjang pelamin..seterusnya ke Jannah...

    ردحذف
  14. Kalau bertunang baik simple & nice je. Kalau kahwin nanti baru buat meriah.

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.