Asal weekend je wedding, asal wedding je weekend...

Weekend ni ada wedding lagi. Anak kepada sepupu saya naik pelamin. Anak kepada sepupu saya lelaki. Majlis kat rumah pengantin perempuan dah diadakan tahun lepas bulan 12 kat Johor. Kali ni majlis diadakan di Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid kat dalam UTM KL. Sepupu saya lecturer kat UTM Skudai sebelum ni. 


Ni pun anak kepada sepupu saya. Nama si kecik ni Mawara. Comel dan cergas. Payah aunty nak ambik gambar Mawara ni.  

Jumpa adik saya Elza + family kat sini tapi tak berselfie pulak. Dia sibuk nak makan. Adik saya Erma pergi kenduri kat Putrajaya dulu baru singgah sini so tak jumpa la kita. Saya nak kejar masa sebab Dania tuition pulak. 


Sebelum balik siap tapau ni kat dessert table. Bake with 💖oleh aunty kepada pengantin lelaki. Kiranya sepupu saya la yang bake. Nak ambik 3 ketul segan tapi tuan rumah suruh tapau dalam tisu. Apalagi 3 ketul la 😆 Sedap pulak tu. 👍


2 photo di bawah ni saya ambik dari facebook sepupu saya Kak Pi. Rekaan pelamin ni oleh ayah pengantin lelaki. Kiranya keluarga sepupu saya ni memang kreatif bab bab kraftangan ni. Ditolong juga oleh student UTM. 


Sepupu saya yang pakai baju melayu ni. Namanya Kamal Azam. Rekaan pelamin atas ni beliau la yang reka. Kita boleh tengok kat sini Mat Saleh pakai baju melayu la...


Malamnya kami berpeluang makan kat Indus Putrajaya by Bora Ombak. Pilihan hubby ni. Hubby ajak makan kat sini. Kiranya pertama kali la makan kat sini. Terletak kat Marina Putrajaya berdekatan dengan Hotel Pullman Putrajaya dan Heriot Watt University Putrajaya. 

Lawa kan pemandangan?. 



Pilihan Dania Noodle Soup, Dania pilih mee. Boleh je pilih kuay tiaw, mee atau bihun. 


Nasi goreng Bangkok pilihan hubby. Sedap daging bakar tu. 


Nasi goreng crab pula saya yang punya. Ketam seekor digoreng dan dihidangkan dengan salad dan sambal. Ingatkan ketam tu dicampur sekali dalam nasi goreng. Kalau yang gemar kering ok lah. 


Pisang goreng bali pilihan pemanis mulut kami. 


Air serai ala Bali pilihan saya. 


Sempat la bersiar-siar kat tepi tasik sekejap. 


Kat sini Indus Sunset. Tempat ni dibuka jam 6.30 petang. Boleh makan di bawah sinaran bulan dan bintang. Next time boleh makan kat sini pulak. 


Weekend yang indah kalau dapat luangkan masa dengan yang tersayang. 

Anda bagaimana?. 

40 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. tkyah la masak..pi mkn kenduri....nice place bora ombak putrajaya tu

    ردحذف
  2. terliur plak tgk pic mknn tu heheh
    weekend ni i pun ada wedding invit...anak my colleague kawin..nak kena beli wedding gift nampaknya..

    ردحذف
  3. Haha emi time raya cina nanti berderet wedding nak kena attend. Bestfriend sejak kecik, sepupu, kakak sendiri, pastu adik emi pun nak bertunang time cuti raya cina ni. Mmg takleh rest la jwb nya. Plg best sbb blh makan2

    ردحذف
    الردود
    1. Time cuti ramai la nak buat wedding....boleh makan2 tu memang best...hee hee

      حذف
  4. betul tu. kalau musim cuti siap sedialah, mesti ada jemputan kahwin tu hehee

    ردحذف
    الردود
    1. Ye betul tu. Awak siap la dengan hadiah bagai...hee hee

      حذف
  5. Bagus la boleh gak makan kenduri kahwin. Saya ni tak de dapat invite langsung. Sape nak kahwin cepat jemput saya makan kenduri. hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti sooner or later dapat le invites tu. Kalau tak kenduri kahwin pon, birthday party pulak....

      حذف
  6. Heheheh jujur Fadzi cakap, Fadzi tak suka pergi wedding. Bukan sebab ape pun. Sebab Fadzi ni introvert. Tak suka jumpe orang

    ردحذف
    الردود
    1. Lar ye ke Fadzi introvert?. Akak bukannya apa...nak menyambung silaturrahim sedara mara sebab kedua mama papa dah takde. Cuma ada adik2 ajer. Akak lak anak sulung. Pepehal sedara cari akak dulu. Err err akak banyak cakap sama...huhuhu....

      حذف
  7. Pergi wedding simpan kuali, takyah masak macam2 ada kan kat sana

    ردحذف
    الردود
    1. Yayyyy itu yg best. Gantung kuali....hee hee....kalau kenduri akak suka lauk ikan masin masak lemak...

      حذف
  8. best tau, kalau ada wedding memang kitaorang pakat tak nak makan pagi pagi dan masak, rezeki tau dapat makan free every week eh bestnya bila orang nak ajak i pergi kenduri dorang ni aahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe....memang rezeki. Alhamdulilah...nanti ada la tu jemputan...

      حذف
  9. asal kenduri je kenyang, hehe alhamdulillah kann :D

    ردحذف
  10. It seem you having fun attend wedding too. Nice food and can go for a walk.

    ردحذف
    الردود
    1. Yes....this is the time i get to meet my aunt, uncle and cousins....

      حذف
  11. Dah laam giler tak pi kenduri.. kalau ada kenduri pun kat kg je.. nak balik tak boleh.. huhuhu.. so, tunggu lah kenduri sendiri kot.. tunggu anak kahwin ke.. hahahaha.. lama lagi tuuu

    ردحذف
    الردود
    1. Kenduri dekat2 boleh la. Kalau kat Kg kena balik kalau kenduri orang terdekat....

      حذف
  12. Wedding la seronok! Macam2 food ada. Gantung kuali kat rumah takya penat2 masak. Hehehe

    ردحذف
  13. Jarang ke majlis khawin, pikir 10 kali kalau nk gi..hehehe, buka apa, malas nak pening kepala nak pikir nak pakai baju apa, nak makeup bagai..tu yg malas tu

    ردحذف
  14. Serious cantik pelamin tu. Pandainya sepupu Kak Ezna buat pelamin. Sesuai kalau tema ala-ala taman gituee

    ردحذف
    الردود
    1. Sepupu akak (ayah pengantin lelaki) dan adik beradik memang terer menggubah, memasak sume...berseni mereka ni.

      حذف
  15. Sama dengan la kita tapi Sal curik masa la jugak untuk bawak anak² riadah..kalau gi wedding memang berdua je..huhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. Wedding ke riadah ke bertiga la kami. Anak sorang tu je yang gi mana2 dengan kami....

      حذف
  16. Saya suka pi wedding. Masa ni lah saya bleh pakai baju tradisional cantik-cantik dan tengok dekorasi majlis. Sebab tiap pengantin berbeza tema. Ada yg simple is nice. Ada yg berbunga. Ada yang taknak pelamin tp meja makan beradab cantik. Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kan...boleh tengok gaya / tema pengantin. Akak gi sebab nak sambung silaturrahim dengan saudara mara....mama papa akak dah takde....tumpang kasih ibu saudara yang masih ada....

      حذف
  17. Menarik suka pi wedding dan tengok tema pengantin selalu tak sama, kita pula yang teruja lebih. Zaman sekarang ada macsm-macam pakej menarik... Wow sangat...

    ردحذف
  18. wedding ni , saya suka dgn pelamin deco + makan
    dan makeup pengatin

    ردحذف
  19. Weekend, macam biasa la.. dok rumah jaga anak... time weekday je berjalan ke sana ke sini jika wife cutikkk

    ردحذف
    الردود
    1. Bro jenis yang jalan weekdays ye. Takpe bro weekend ke weekdays ke janji dpt luangkan masa dengan yang tersayang.

      حذف
  20. Kan... sbb pada hujung minggu lah tetamu bole hadir kerana cuti hujung minggu... buat buat lak musim cuti sekolah setiap minggu ada kenduri kahwin huhu

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.