Ada apa dengan Ostia?

Apakah Ostia tu?. Okay, Ostia Bandar Baru Bangi itulah terletaknya bangunan Wisma Jakel yang terbesar kat Malaysia ni. Saya telah mencari pasal selepas hantar Dania pergi sekolah. Pembukaan rasmi Jakel di Ostia Bandar Baru Bangi ni hari ini (25 Januari 2018). Kat gambar ni tak nampak sangat kereta yang berderet nak masuk sini. Kat bangunan ni juga ada Prima Valet. 


Saya telah terjebak ke sini sebab hello kat Bandar Baru Bangi ajer pun. Tak jauh dari sekolah Dania. 😝😝😝. Dania dok sibuk tanya, bila ummi nak pergi?. Dia pun sibuk nak ikut. 

Ni gambar selepas membeli ni. Dah siap bayar dah pun. 


Betapa besarnya bangunan Jakel kat sini yang menempatkan Jakel, Ariani, Ariani RTW dan Jakel Carpet. Pada saat ini bangunan ni tak dirasmikan lagi. Petang sikit Dato Siti Nurhaliza dan Nabil Ahmad ada. Saya balik awal. Kang tak pasal2 nak keluar kawasan ni pun susah sebab jam. 


Lace warna pink belacan, lining warna hijau epal dan sepasang kain lagi. Ini ajer. Tak beli banyak pun. Kain ni pun beli sama dengan Dania. Pandai2 le tailor tu potong. Nak hantar kat tailor dah ni. Cepat hantar cepat siapnya. 


Masa sibuk memilih tu terdengar salesman dok melaungkan Happy Hour! Happy Hour! Harga ratusan jadi puluhan ajer? 😨😨😨 Uihhh dok lelama sini takut purse bocor ajer 😝😝😝

Dah tak payah la saya pergi kat Shah Alam cari kain kat Jakel sebab kat sini lagi dekat. Tambahan lagi besar....

38 تعليقات

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. amboi kak.. shopping sakan nampak.. raya lambat lagi ni.. hee~

    ردحذف
    الردود
    1. Hee hee....dah terjebak membeli Atie. Penjimatan banyak gak ni..

      حذف
  2. wah buka smlm ..ezna dh rasmi awal juga...nice hasil shopping tu...cousin amy reporter smlm ada cover ms sidang akhbar ada TokTi

    ردحذف
    الردود
    1. Ah ah buka semalam Aimi. Tokti datang petang. Tak tau pun Tokti ada. Tengok IG, Tokti dan Nabil ada semalam. Nak masuk pun jam. Dijangkakan kalau nak keluar bangunan masa lepas Tokti agaknya lagi sesak.

      حذف
  3. ostia ? apa tu tapi i tengok memang menarik lah yang lace pink latest photo tu... tengok macam best... banyak penjimatan untuk musim ekonomi yang tak berapa cantik ni..... raya pun lambat lagi... huhuhuhh

    ردحذف
  4. Lama betul tak beli kain or shopping tpt camni. Menarik ni sbb tak jauh dari rumah.

    ردحذف
    الردود
    1. Kena terjah tu tapi kalau hari minggu dijangka crowd 2 kali ganda ni...

      حذف
  5. Baru tau..kalai masuk sini..mau rambang mata ni..

    ردحذف
  6. Wahh dah bukak eh ! Nanti nak singgah hehehhe

    ردحذف
  7. الردود
    1. Shopping memang best tapi duit makin menipis yang tak best. Hee Hee

      حذف
  8. Mak oiii....sure ramai giler terjah Ostia ni...SA memang tak merasa la nak pergi time tgh havoc ni...hehehe...cepat tempah baju raya..nanti tailor close order dah

    ردحذف
  9. memang right timing untuk mencari pasal la ni kan..tapi bab kata org, shopping adalah terapi minda bg wanita kan

    ردحذف
    الردود
    1. Ye betul tu. Terapi minda tapi tak boleh buat selalu tau....hubby jegil biji mata nanti. Haa Haa

      حذف
  10. O.. Ostia ni macam Nagoya atau Ramoda tu la yea.. bagus kalau ada dekat dengan TB.. hari-hari TB pi.. hahaha.. rambang mata jadinya nanti..

    ردحذف
  11. wah syokla shopping ya. memng rambang mata lah ye

    ردحذف
  12. Waaaaaa Jakel !! Keluarga sy mmg hantu beli kain ela dekat jakel. Kalau nak raya mesti dtg jakel beli kain ela

    ردحذف
    الردود
    1. Haa tu dia hantu kain ela. Tapi....mesti beli nak buat baju Zharif gak kan....

      حذف
  13. Wahh shopping byk ni msti sales gile2 kan..kalau ena pon rambang mata taw.

    ردحذف
  14. Wahhh dah prepare awal2 untuk raya ya nampaknya...senang lah tak yah rebut2 nak membeli lagi lps ni..hehehe

    ردحذف
  15. bestnya shopping..dapat pula time happy hour nya, memang laju je duit melayang hehehe

    www.maisarahsidi.com

    ردحذف
    الردود
    1. Tu la pasal. Buat tak dengar je la happy hour tu. Kalau layan jenuh kita....

      حذف
  16. Wahhh ada tok ti tu... bestnya. Dulu masa kat Jakel KL ada Che Ta. Lepas ni orang Bangi tak perlu la ke KL kalau nak pi Jakel

    ردحذف
  17. Hihi beskan jakel dekat dgn rumah. Saya pun kalau.datang jakel.. Mmg rambang mata beli kain untuk buat tudung. Suka jahit tudung :)

    ردحذف
  18. Nice this year I know Where to get new kaim for baju kurung.

    ردحذف
  19. Kawan Rawlins dari seluruh pelusuk Selangor jadi kela kabut hari tu hahaha

    ردحذف
  20. aisey.. klu cik en.. xtau la byk mana cik en borong

    ردحذف

إرسال تعليق

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.