Sabtu, Disember 30

Jumpa Fizo dan Mawar ke?

Alah takdenyer nak jumpa Fizo dan Mawar. Saya dan Dania makan kat Restoran FizoMawar je. Hee hee. Restoran ni kat Bandar Baru Bangi ni. Kalau sukakan makanan Thailand sila datang sini. 

Order set tomyam dan nasi plus additional nasi dan telur dadar. Air kan order air kosong je sebab setiap hari jumaat kan, FizoMawar ni bagi air teh o ais limau free. Sedap pulak tu teh o ais limau tu. Dania suka sangat. Tomyam pulak guna susu cair dan bukan guna santan. 


Lepas tu makan la sate ikan aka Lok Cheng. 


Teh O Ais Limau dan buah pisang ni free ajer hari jumaat kat FizoMawar. Ingat...hari jumaat order je la air kosong, Err air kosong pun free ajer tak payah bayar. Siang je kot yang free ni. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kenduri doa selamat sempena Tuan Rumah dapat panggilan Haji

Kawasan rumah saya ni banyak kawasan rumah tanah lot jadi rumah jiran yang ni kat tanah lot juga la. Majlis ni kiranya majlis kenduri doa se...