Jumaat, Januari 30

Perkhabaran duka

Malam semalam, hubby dapat sms mengatakan salah seorang bapa kepada ahli qariah surau rumah saya meninggal dunia. Sebelum ni bapa beliau koma dan Dr suruh bawak balik rumah kerana bapa beliau bergantung kepada mesin hayat. Semalam mesin hayat telah dimatikan dan bapa beliau meninggal selepas itu. Hari ini bapa beliau akan dikebumikan di Rembau. Takziah diucapkan buat Rashdan dan keluarga ya. 

Semalam juga masa saya dah nak ambik Dania dari sekolah agama, sambil nak tutup electric gate tu datang satu kereta. Confuse lak kereta siapa agaknya tu. Sambil buka tingkap rupanya anak kepada jiran saya. Saya baik sangat dengan ibunya tapi now dah jarang jumpa kat surau dah. Kami berbual. Kesihatan bapanya tak berapa ok kerana sakit jantung. In order nak buat operations jantung, berat badan bapanya (jiran saya tu) kena ditambah kerana urat dari badannya nanti akan diambil semasa operations. Mungkin juga nak tukar urat yang dah tersumbat agaknya. Ibunya pula (kawan saya tu) sakit juga. Setahu saya ada 'sesuatu' di badannya. 'Sesuatu' itu masih ada dalam dirinya. Berat pula saya rasa dugaan mereka. Anak kawan saya tu kata dah lama beliau tak jumpa saya. Lalu kat rumah saya , kebetulan saya ada kat luar saje nak tanya khabar. Terima kasih kerana masih ingatkan achik ya. Achik tak pernah lupa ibu awak. Jadi saya pesan kalau nak minta tolong in future please contact saya. Ye lah mana la tau kan. Saya kan fleksibel. 

Pagi ni pula di laman facebook, ada seorang kawan saya semasa sekolah menengah bernama Nazim @ Ajim, kehilangan anaknya yang berumur 6 tahun disebabkan anaknya terjatuh dari balkoni kondo rumah. Ya allah gerunnya dengar kan?....Syurga tempatmu nak....Moga Nazim dan keluarga tabah ya.

Moga dipermudahkan urusan mereka yang saya sebutkan di atas. 


Selasa, Januari 27

Travelog Umrah Ziarah Part 13 - Dari Mekah ke Malaysia

Hari ni dah nak meninggalkan bumi barakah ini. Selepas Zohor kena buat tawaf Wida' (Tawaf selamat tinggal) sebab kami akan bertolak pulang ke Malaysia. Lepas tu balik je bilik, housekeeping ada 2-3 orang dalam bilik. Sangatlah tak privacy. Mereka tengah siap-siap kemas bilik sebab ada group lain nak check in. Sangatlah tak privacy nak guna washroom sebab nak tukar baju. Kalau kat Malaysia takdenya housekeeping main terjah masuk sebelum kita check out unless nak kemas bilik. Itupun mereka kemas bila kita takde kat bilik kan....Nama je hotel 5 star. 


Khamis, Januari 22

Travelog Umrah Part 12 - Mekah

Hari ni acara bebas buat kami para jemaah. Bagi mereka yang nak buat umrah boleh ke Tan'iem untuk berniat umrah. Ada van yang disediakan untuk para jemaah. 

Ada sesi motivasi oleh Ustaz Zawawi Yusoh kat surau di dalam hotel. Kali ni mesti tokey Anjum takde sebab kalau tak surau ni berkunci. Sebelum ni kan saya cerita yang orang Arab ni tak suka orang berkumpul-kumpul ni. Sampai ustaz kata haa kunci pintu tu nanti orang Arab suruh kita keluar pulak. 


Rabu, Januari 21

Travelog Umrah Ziarah Part 11 - Mekah

Perjalanan umrah hari ni ke Masjid Hudaibiyah untuk mereka yang akan berniat umrah. Pada mulanya kami dijadualkan melawat ladang unta di Hudaibiyah tetapi disebabkan unta di Hudaibiyah dah tiada. Ini disebabkan unta-unta dipindahkan ke kawasan yang lain kerana unta terkena penyakit berjangkit. Jadi takdelah nak berjumpa dengan unta. 


Jumaat, Januari 16

Mengintai sekolah anak

Minggu ni agak sibuk la nak bayar yuran itu ini kat sekolah kan. Saya bayar yuran untuk Sekolah Rendah Agama Dania masa hari pertama. Bayar yuran kat kelas Dania yang terletak tingkat atas sekali. Phew nak naik tangga tu. Hari pertama ni agak lambat datang sekolah. Ingatkan Dania dapat tempat belakang tapi tup tup ada kosong kat depan sekali tepi tingkap. 



Ni kawan sekelas Dania la ni. Hari ni tak belajar pun. Yuran untuk Darjah 5 RM413. Boleh bayar one shot atau ansur-ansur. 



Kelas ni ramai perempuan. Lelaki cuma 1 row ni ajer. 


5 Taubat kelas tahun ni. Tahun 4 pun 4 Taubat juga. 


Sekolah ni ada 2 blok. Blok sekolah yang baru ni siap awal tahun 2013. Kalau tak sekolah ni guna bangunan lama. 


Datang lambat tapi dapat tempat depan. Ok la kan. 


Ni pulak kat Sekolah Kebangsaan Dania. Masa ni saya datang nak ambik duit bantuan RM100 tu. Saya antara orang yang terawal. 


Banyaknya bendera kelas Dania ni. 


Dania duduk baris kedua hujung sekali. 


Kelas Dania dari arah depan. Ada 7 kelas untuk murid darjah 5 kat sekolah ni. 


Dekat ajer nak gi toilet perempuan. 


Dania nak bersiap-siap nak balik dah. Lepas ambik duit bantuan boleh terus balik. Yang ibu bapa tak datang lagi kena tunggu sehingga habis waktu sekolah. Kol 11 pagi dah boleh balik. If not waktu balik kol 1.20 petang. 


Ambik gambar dulu kat pekarangan sekolah sebelum balik. Dania pakai uniform Tunas Puteri. Setiap hari rabu kena pakai uniform persatuan Ko Kurikulum. 


Travelog Umrah Ziarah Part 10 - Mekah

Ok sambung lagi entry Umrah Ziarah ni. Kali ni tempat yang dituju ialah Jabal Thur. Ambik gambar ajer kat sini. Tak pulak mendaki bukit ni.


Rabu, Januari 14

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan 2014

Tahun ni Dania dapat anugerah kat Sekolah Kebangsaan ajer. Tahun lepas for both school Dania dapat.
Ni cerita tahun lepas ni. Baru nak update. 


As usual pepagi lagi dah gi sekolah. Masa ni kena beratur ikut kelas dan anugerah yang mereka akan dapat. 


Perhiasan pentas. 


Persembahan tarian melayu. Ingat lagi masa saya sekolah rendah ada juga masuk tarian melayu. Wakil sekolah untuk pesta muzik. Saya tengok yang depan kiri tu agak tak relax posisi dia. Dah la tarian ni kena membongkok macam ni. 


Yang dapat anugerah ni anak kawan saya. Adam Mukhriz namanya. Eh eh macam nama Aaron Aziz dalam Adam Hawa. Tahun 5 ni sama kelas dengan Dania. 



Siapa sangka kan this boy pernah perform sama ngan Dania dalam Little Prince and Princess Pageant Sogo masa kecik dulu. Gambar ni dalam Berita Harian 10 Mei 2011. Adam belakang sekali. Dania yang pakai tudung tu. Masa ni tak kenal lagi mak Adam. Now dah kenal le. :-) 


Yang ni pulak kawan Dania masa tadika lagi. Nama dia Arisya Sufiyya. Darjah 5 tahun ni pun sama kelas ni. Arisya ni wakil Gimrama Wilayah Persekutuan. Bayangkan beliau dapat No. 1. Tak pergi tuition. Lepas kelas berlatih gimrama. Balik malam. Lepas buat homework tidur. Masa kelas je beliau berikan tumpuan sepenuhnya. Tau pun sebab tanya mak dier. 


Ok Ok ummi dah standby dengan DSLR bila Dania nak naik pentas. 


Belah kanan tu cikgu kelas Dania Pn. Siti Munawarah yang ajar subjek sejarah. 


Kena tunduk bila nama disebut. 


Alhamdulilah tahun 5 menginjak ke kelas 'berlian'. Kelas berlian terdiri daripada 2 kelas iaitu Kelas 5 Bestari dan Kelas 5 Cemerlang. Dania masuk 5 Cemerlang. Kelas ni untuk mereka yang mendapat result yang baik. Ummi pun tak sangka sebab masa peperiksaan akhir tahun ada hari yang Dania demam. Ini semua usaha Dania. Ummi dan ayah happy sangat. Dalam keseluruhan darjah 4 tahun lepas Dania dapat No. 24 / 285 dan No. 1 / 32 murid untuk dalam kelas. Sekolah Agama pula Dania dapat masuk kelas No.1 Kelas 5 Taubat. Tahun lepas dapat No. 25 keseluruhan Darjah 4 di Sekolah Rendah Agama. Dania kata nak maintain kelas pertama tu susah juga nak turun tu yang senang. Betul juga kan...



Apa pun tahun ni kena serius sikit sebab tahun depan dah nak naik darjah 6. Sekolah Rendah Agama pula tahun ni ada peperiksaan UPKK. UPKK ni pun kena lulus dengan cemerlang kalau target nak masuk Sek Men Agama. 

All the best sayang!!! 

Selasa, Januari 13

Travelog Umrah Ziarah Part 9 - Mekah

Ni view dari bilik kami ni. Bilik kami ni tak mengadap Masjidil Haram. Kalau mengadap Masjidil Haram kan best sebab tengok ajer dah dapat pahala. Bukit ni dipanggil Jabal Al Kaabah. 


Isnin, Januari 12

Pengalaman mendebarkan di Masjid Nabawi Madinah

Hari yang kami nak bertolak ke Mekah tu ada insiden subuh tu. Saya dan Dania ke Masjid Nabawi nak menunaikan solat subuh. Jadi saya dan Dania masuk le ke dalam. Entah macamana masa saya duduk, cari-cari Dania takde. Tengok kanan kiri tak nampak Dania. Saya keluar kejap pun tak nampak. Jadi apa saya buat?. Saya solat sunat hajat supaya dapat jumpa Dania balik. Lepas ajer bagi salam, saya bangun. Entah macamana saya toleh kanan nampak kelibat budak macam Dania. Saya pun bangun. Masa melintasi cleaner masjid orang Indonesia. Dia cakap dengan saya ada budak hilang mak. Kawan saya dah bawa ke depan. Terus la saya pergi dapatkan Dania. Nampak ajer saya terus Dania menangis. Kakak cleaner bagi coklat kat Dania nak pujuk la tu. Saya peluk cleaner tu ucapkan terima kasih.

Travelog Umrah Ziarah Part 8 - Madinah ke Mekah

Hari ni Hari Jumaat. Ni ambik gambar banyak-banyak kat Masjid Nabawi ni sebab nak meninggalkan Madinah dah hari ni. Ambik photo ni waktu subuh. Dania pakai tudung syria hitam ni je terus solat. 


Sabtu, Januari 10

Tuition Tuition Tuition

Dania baru nak mula tuition sebab tahun ni dah tahun 5. Saya focus untuk Matematik dan subjek agama. Ni cikgu Dania untuk subjek Matematik. Baru join malam tadi. Beliau ni owner Akademi Alfan dekat Bandar Kinrara 5 tu. Graduate in Maths and Computer Science di Universiti di US. 

Bila tanya Dania dia kata automatik dia seronok tuition Maths kat rumah owner Akademi Alfan. TQ Teacher Fairuz. Fairuz ni anak dia masih sekolah di sekolah agama swasta Dania dulu di Bandar Sunway. 


Kat Akademi Alfan ni pula Dania tuition Arabic and Diniyyah. Kelas 2 jam seminggu sekali. Tenaga pengajar Ustaz muda tu dari University Morocco. Dekat Akademi Alfan ni ada banyak kelas tuition seperti piano, drum, violin, guitar, renang, memanah dan macam-macam lagi. Paling penting harganya sangat berpatutan. Boleh layari di sini http://akademialfan.com/ Now instead of kelas malam, dah tukar time jadi kelas petang hari sabtu pulak. Takpelah sacrifies masa untuk Dania la tahun ni. If not Sabtu hari jalan jalan satu family. 


Dah masuk waktu, ustaz jadi imam solat Isya'. Cair hati ummi tengok Dania solat. Alhamdulilah. 



Khamis, Januari 8

Travelog Umrah Ziarah Part 7 - Madinah

Hari ni agak relaks sikit ziarah luar kerana kami akan melawat Kilang Al Quran dan Bukit Magnet. Walaupun destinasi Masjid Quba takde dalam jadual lawatan tapi paginya kami singgah Masjid Quba'. 

Ni kat pintu masuk Masjid Quba' untuk jemaah perempuan. Ambik photo ni lepas solat sunat. 


Rabu, Januari 7

Tak tahan godaan Tefal Hello Kitty

Ada satu hari tu saya dan Dania hantar hubby kat KLCC. Hubby half day ajer hari ni. Saya la kena hantar hubby sebab tangan hubby belah kanan kan patah. Sementara hubby gi office, saya dan Dania menghabiskan masa kat KLCC. Masuk Isetan dan ternampak set comel ni. Saya call hubby boleh tak beli ni. Hubby kata nak buat apa beli sebab dah ada tempat masak air kami tu. Err akhirnya saya yang menang. Siap alasan saya kalau guna flask tu air lambat masak. Guna Tefal kettle ni cepat sikit masaknya kot kot nak minum kopi cepat kan. Kih kih kih. 

Tinggal display item ajer. Saya terus grab sebab sales girl kata mereka tak repeat beli lagi Hello Kitty kettle ni. Habislah kat shelf ni. Harganya RM135 je kot. Ringan. Kalau nak bawak travel pun boleh ni. Yang penting comel. Alasan nak masak kopi cepat sikit tu hanya alasan :P


Ada kawan fb saya pun beli kettle yang sama di Harvey Norman, Bandar Sunway. 

Travelog Umrah Ziarah Part 6 - Madinah

Hari ni pun ada ziarah luar jadinya nak kena berkumpul kat lobi. Lif kat hotel ni ada 5 ajer untuk cater 1 bangunan ni. Of course la tak cukup. Bila time nak solat fardhu atau balik dari solat fardhu ataupun time makan, lif ni kena tunggu lama sikit. Kalau jemaah dari Indonesia tu suka tapau makanan lepas tu masuk dalam lif. Adakalanya air tumpah, lauk-lauk tumpah menyebabkan lif kotor. 


Selasa, Januari 6

Travelog Umrah Ziarah Part 5 - Madinah

Alhamdulilah pagi ni boleh berjemaah subuh di Masjid Nabawi. Saya siap2 dulu sebelum kejutkan suami dan Dania. Tiba Masjid Nabawi dalam pukul 4.30 pagi sebab subuh pukul 5.35 pagi. Masa saya tiba tu pun Masjid Nabawi dah ada ramai jemaah perempuan. Hubby pergi lewat sikit. 

Pagi ni jam 7 dah kena berkumpul kat ground floor sebab hari ni ada ziarah dalam. Sebelah saya tu abang ipar Ustaz Zawawi. 


Isnin, Januari 5

Travelog Umrah Ziarah Part 4 - Istanbul ke Madinah

Berdebar-debar juga hati ni sebab akhirnya masa bercuti dah berakhir. Tiba masa yang dinanti-nantikan selama ini. Kami check out dari hotel pagi. Jam 9 pagi dah gerak menuju airport Istanbul. 


Sabtu, Januari 3

Travelog Umrah Ziarah Part 3 - Turki

Kebetulan anniversary saya yang ke 11 tahun saya berada di Turki. Alhamdulilah. Memang tak plan pun. Umrah Ziarah kami memang Eiman Travel dah plan awal lagi. Paginya sebelum breakfast ambik photo bertiga sementara lif tak tiba lagi our floor. Hari ni kami pakai baju berwarna ungu. Saje beli baju warna ungu khas untuk hari ni. :-) Siapa yang plan? Siapa lagi...hehehe...hubby ikutkan ajer bini dier ni. 


Khamis, Januari 1

Travelog Umrah Ziarah Part 2 - Bosphorus Cruise Turki

Lepas Isya terus berjalan ramai-ramai menuju ke jeti untuk menikmati Bosphorus Cruise.Boleh tahan jugak berjalan kaki selama 20 minit tu. Letih tu kurang terasa sebab berjalan dalam sejuk. Kami akan naik cruise dalam salah satu kapal kat belakang tu. Penumpang dalam kapal ni semuanya group jemaah Umrah Ziarah kami. Kami tak campur group lain.