Isnin, Disember 30

Janda Baik Part 2

Ok nak habis dah entry Janda Baik ni :-) Paginya ada breakfast untuk 2 orang kat Coffee House. Dania kena bayar RM10 ajer. Jangan risau tentang makanan kat sini. Sememangnya halal kerana hotel ini dipunyai oleh orang muslim. Bolehlah makan tanpa was was. 


Jumaat, Disember 27

Shawl dan tudung sana sini

Me sangat jarang shopping. Bukan jenis yang suka shopping tapi, bila sekali shopping banyak juga yang me beli :-) hihihi.

Selendang dari Anggerik Avenue ni yang warna biru firus dan ungu gelap. Shawl bercorak harimau ni bukan dari Anggerik Avenue. 



First time nampak shawl berbunga ni terus jatuh hati. Beli kat booth kecik kat Masjid Negeri Shah Alam. Harga shawl nak compare dengan harga tudung biasa, murah lagi shawl tu :-) Tudung Dania yang warna cream dari Anggerik Avenue dan polka dot Little Haya dari Pearl Haya. 



Dah ada anak perempuan yang pakai tudung, dah beli untuk kita tak sampai hati pulak tak beli untuk dia unless shopping sorang-sorang masa Dania gi sekolah. :-)

Khamis, Disember 26

Dettol Star Mum

Me ada komen forum di Detik-Detik Kasih facebook Dettol. Selain tu me ada aktif kat twitter #dettolkasih selain aktif dalam live chat. Me aktif dalam live chat, forum, twitter minggu Wardina ajer...hehehe :-) Ada few celebrities seperti Aishah Sinclair, Diana Danielle, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar. Akhirnya me dipilih sebagai salah seorang star mum untuk forum 6 :-) Me kena submit gambar bersama anak. :-)


Tahniah juga ibu kepada 5 orang cahaya mata, Ayu Rafikah :-) 


dan......Ayu ibu kepada 2 orang cahaya mata :-)


Tahniah semua :-)

Selasa, Disember 24

Makan Time - Andak's Place Jungle Cafe, Janda Baik Pahang

Lepas berehat dalam bilik, tibalah masanya nak mengisi perut untuk makan malam. Keluar pun awal jugak la dalam kol 6 lebih petang. Andak's Place Jungle Cafe menjadi pilihan. 



Menu yang menjadi pilihan me ialah Nasi Goreng Ah Seng. Memang recommended. Nasi Goreng Cina sebenarnya tapi sebab nak bagi nama tu lagi glamour. Hehehe. 



Nasi goreng Ah Seng yang katanya menggunakan sayur yang fresh. Sedapnya. Rasa yang sedap ni me pernah rasa kat cafe Pangsapuri Seri Permata kat Shah Alam. Masa zaman me belajar dulu. Sama je rasanya. 


Ni nasi goreng kampung pilihan hubby me. Me makan keropok ajer. Ohhh telur goreng pun me mintak sikit. 


Dania ni memang suka makan nasi. Lauknya ala carte ayam panggang. Pun sedap. Ingatkan boleh tapau kat hotel. Rupanya habis licin ayam ni. Hihihi. Serious sedap jugak. Ada air asam untuk pencicah. 



Kalau you alls stay dekat Hotel Cherengin Hills. Simpang kat jalan keluar Hotel Cherengin tu belok ke kanan, kemudian ada simpang lagi belok ke kiri. Andak's Place ni terletak kat sebelah kiri. 

Isnin, Disember 23

Janda Baik Part 1

Ni hubby punya plan ni. Kalau boleh nak gi bercuti sebelum Dania masuk sekolah. Nak cuti week sebelum sekolah buka takut jalan jam. Bertolak dalam pukul 10 pagi dari rumah lepas breakfast. Tiba hotel awal tapi tak boleh check in sebab check in kol 3pm. 69km ajer dari rumah me. Perjalanan mengambil masa 1 jam ajer. Me just check nama je la. Lepas tu pusing kat area Janda Baik ni, makan kat gerai kakak ni. Gerai ni terletak kat sebelah sungai jadi boleh dengar air sungai tu mengalir. 


Khamis, Disember 19

Bag tag dah tiba. Jom ke sekolah :-)

Me ada tempah bag tag Dania kat sini Ni my cousin's business ni. Nama Sew Fabby. Bukan bag tag ajer. Macam2 ada. Comel2 semuanya :-) 


Ok. Dah siap letak kat bag sekolah kebangsaan Dania pun. Bag sekolah ni pun beli kat Tesco guna voucher yang dimenangi :-) Selebihnya sehelai baju sekolah warna putih dan sehelai kain sekolah agama warna hijau. Baju sekolah lain guna yang lama ajer sebab me beli masa tengah tahun. Beg Dania ni ada warna ni dan ada warna pink dengan star tu warna hitam. Bagi me yang ni lagi colorful. :-) 


Info lebih lanjut tentang Sew Fabby :-)

Arabian Bay Suite Part 2

Ni entry masa me and family cuti2 Gambang. Entry sebelumnya di sini. Punyalah lama entry ni nak keluar yer....hehe. Ok...paginya dapat breakfast untuk 4 orang for free. Kami 3 orang ajer. Tempat makan sangatlah luas. 


Isnin, Disember 16

Anniversary kami di ......

Hari anniversary semalam, kami duduk kat rumah pagi sebab hubby terkena keracunan makanan. Pening dan asyik nak muntah. Tengahari sebab semua malas nak keluar order pizza ajer. Kalau me nak kuar ngan Dania dengan hubby tak sihat tak syok plak. Try order online for the first time. Senang la sebab kita boleh tahu terus status pizza hut kita tu. 



Petang sikit hubby nampak segar so beriya ajak pergi Giant Kelana Jaya sebab nak beli beberapa barang. Termasuk jugak kupang segar. Hihihi. Ada promo kupang kat Giant Kelana Jaya. Siap ada resepi lagi haa. First time nak masak kupang nih. Alhamdulilah sebab dapat beli guna voucher kat Giant. Just tambah RM15 ajer. Alhamdulilah. Sempat juga pekena rojak kat food court Giant Kelana Jaya. Hubby pulak beriya makan. Dah sihat sikit la tu.

Lepas Maghrib, hubby tetiba kata jom la nak makan kat mana?. Terus me kata kat Ana Ikan Bakar Petai Bangi. Alhamdulilah kenyang dengan lala masak cili, kailan ikan masin, sotong 3 ekor celup tepung dan ikan masak tiga rasa. Errr sampai kena tapau balik sotong celup tepung dan lala. Kenyang sangat2. Rezeki malam anniversary. 





Sabtu, Disember 14

My 10th wedding anniversary :-)

Photo taken from here

Hari ni 10 tahun yang lalu, me baru bergelar seorang isteri. :-) Pengantin lelaki lama terkena keracunan makanan. Alehaiiii. Nampaknya celebrate kat rumah ajer la walau ada plan nak makan kat luar. Moga cepat sembuh ya....

Rabu, Disember 11

Buku latihan done

Hari ni ambik kesempatan sempena Selangor cuti so singgah la kedai buku sekolah Dania yang alamat KL tu. Tak ramai pun ibu bapa datang beli buku latihan. Buku2 latihan ni harga RM77++. Senang beli awal2 so takde la nanti berebut nak beli kat book shop dengan ibu bapa yang lain. Buku teks syok sebab dapat yang bantuan. Errr nak kena tolong ambikkan my friend punya anak jugak since my friend tu kat Bali on the 20th. Hihihi dah kirim fm 1 :-) 


Tudung pulak beli sehelai. Senang sebab siap lencana dah. 


You alls dah settle nak masuk sekolah anak-anak ke? 

Isnin, Disember 9

Hadiah awal anniversary ke 10

Disebabkan me memerlukan sangat jam jadinya hadiah jam terpaksa dibeli awal. Hehehehe. So ni lah jam yang me pilih. Brand Solvil Titus. Err brand bukan issue pun. Me kalau berkenan any brand boleh. Jam ni ada dua warna strap. Hitam dan putih. Me dok berkenanlah warna putih ni. Tambahan frame warna rose. Kalau strap hitam frame warna silver. Ringan sangat jam ni. Dalam tu cam bling bling dan diperbuat daripada sea shell. :-) 


Bakal nak menginjak 10 tahun melayari bahtera perkahwinan. 

Rabu, Disember 4

Makan time : Ana Ikan bakar petai, Tanjung Lumpur Pahang

Ni malam kami tiba tu. So me tau kat Tanjung Lumpur ada deretan ikan bakar. Kena lalu Bandar Kuantan dan menyeberang jambatan untuk ke Tanjung Lumpur. So ni ler kedai makan yang me singgah. Ada cawangan di Bandar Baru Bangi jugak. Tak lain tak bukan Ana Ikan Bakar Petai. Drive dari Gambang dalam 40km. Jauh juga. Kena lalu kawasan jalan dalam yang gelap gelita. 

 

Arabian Bay Suite

Me and family baru je balik Arabian Bay kat Bukit Gambang. Ni first time kami pergi ni. 


Isnin, Disember 2

Aktiviti cuti sekolah 2013 di Tesco

Actually 1 day before me sesaje jalan2 Tesco sebab ada free voucher nak belilah beberapa barang. Tengah nak keluar tu ada staff Tesco approach me kata nak masuk tak Kids Best Dressed Superheroes Contest. Dania me daftarkan No. 1 lagi tu. Tambah menarik sebab hadiah ditawarkan ada 8 tempat. Staff tu kata dia pilih 8 peserta ajer. So semua akan dapat hadiah. 

Ni ler barisan peserta. 


Catwoman Dania tengah Cat Walk :-) Pemalu anak ummi ni. :-) 


Sungguh le tak sangka Dania dapat No.1 :-) Hadiah Dania ialah voucher Tesco bernilai RM200. 


Dah settle pertandingan terus le jenjalan dalam Tesco Bandar Puchong Jaya ni cuci mata. :-) Dania terpaksa me masukkan dalam troli ni sebab lama dah berdiri sebab me tunggu staff Tesco charge handphone baru me :-). Actually my BB dah wajib tukar dah since phone me dah terkopek dah frame dan selalu sangat hang. Selain frame getah dah tercabut sana sini. Nak keluarkan phone pun segan...hehehe....so yang baru pun me ambik BB jugak. 


Ni la phone yang me beli. Paling best sebab me tak payah bayar pun handphone ni. Me guna voucher Tesco ajer :-). Dania pun dapat Lego Friends. Guna voucher Tesco yang Dania menang tu. Hubby me pun dapat 1 handphone juga. Alhamdulilah kesemuanya menggunakan voucher Tesco :-) 


Staff Tesco excited sebab banyak voucher me guna. Kalau kena bayar sendiri me tangguhkan lagi pembelian handphone ni....

Ahad, Disember 1

Cuti Cuti Sekolah :-)

Pagi ni lepas selesai semua benda nak buat kami akan bercuti :-)



Taken from here

Moga perjalanan kami lancar...:-)