'I need the whole stadium to jump' tu ialah lirik dalam lagu BTS Body to Body dalam album Arirang. Kelab peminat BTS dari seluruh dunia BTS Army mengalu-alukan kedatangan anggota BTS membuat persembahan konsert di negara mereka.
BTS pun akan mengadakan persembahan di Jakarta jadi....Jakarta akan bertukar warna kepada ungu di 8 purple light out point. Ada juga digital display. Fanny boleh la menyaksikan lampu-lampu ni.
Kenapa warna ungu? Sebab ada seorang BTS nama V kata I purple you (borahae) instead of I love you. V pun ada kata yang 'purple is the last color of a rainbow'. Bermaksud I will trust and love you for a long time. Ada pernah BTS buat concert, army pakat2 letak plastik warna ungu kat luar army bomb untuk bagi 'Purple Ocean'. Kononnya surprise untuk BTS.
Credit : Google
Ni pula bangunan di Kaohsiung yang terletak di Taiwan bermandikan warna ungu. Sebelum ke Malaysia, BTS mengadakan persembahannya di sini. Ada video anggota BTS pergi pasar malam dan masa beli kat satu gerai ni....makcik ni kata Annyeonghaseyo. Wahhh makcik ni pun kenal BTS agaknya.
Credit : Google
Di Malaysia, BTS dijangka mengadakan persembahan di Malaysia pada 12 & 13 Disember 2026. Jadi, ada independent Army yang menganjurkan kutipan untuk menerangi bangunan di Kuala Lumpur kepada warna ungu. Bukan free la nak pasang lampu ungu ni. Kena bayar kat respective bangunan ni la.
Akhirnya kutipan berjaya dikumpulkan dan 3 bangunan ni akan bertukar warna ungu.
Target : RM43,200
Berjaya terkumpul : RM43,601.45
Balance pula katanya dibawa untuk projek BTS yang lain pula.
Diantara 3 bangunan ni saya cuma tahu KL Tower sahaja. Lagi 2 tak familiar pula.
Credit : Google
Selain itu, ada iklan di billboard untuk menyambut kedatangan 7 boys ni. Ada billboard kat NZ Curry House. Saya rasa ni berdekatan dengan bangunan KLCC ni.
Credit : Google
Ini pula billboard di Thailand sempena birthday Jin. Salah seorang anggota BTS. Katanya berdekatan dengan stadium yang BTS akan buat persembahan di Bangkok.
Credit : Google
Ini pula iklan LCD di TRX Mall sempena hari jadi Jin. Akan ada display ni pada 4 Disember 2026. Kebetulan tarikh ni saya nak teman Dania ke Starhill, Bukit Bintang ada BTS Pop Up Arirang in Kuala Lumpur. Ada merchandise BTS yang saya jangkakan harga dia mahal. Saya plan nak tengok sahaja. Hehe. Rasanya memang nak naik public transport je. Saya tak drive kalau kat Kuala Lumpur ni.
Credit : Google
Memang Kelab Peminat BTS ni hard core ya. Sanggup invest yang mahal-mahal ni. Mesti ada yang donate. Kalau yang jutaan donation pun ada yang akan bagi....inikan hanya puluhan ribu sahaja....
Rasanya tak pernah ada lagi kumpulan artis yang mana-mana yang Kelab Peminatnya sanggup buat macam ni. Saya rasa sebab BTS ni pandai mengambil hati para Army. Saya dan Dania pun BTS Army juga. Daftar sebab nak beli tiket khas untuk hari yang Army sahaja boleh beli tiket. 😅
XOXO,
Ezna







wahhhh... anak lynn minat betul dengan BTS ni...
BalasPadamfamous betul BTS ni yer..zmn2 kita remaja dulu2..i minat KRU jer hhaahh local artist ajer
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.