Kawan saya seorang ni memang pandai menjahit dan saya selalu juga tempah baju dengannya. Kak Tie suruh kami datang jam 3.30 petang sebab jam 3 petang ada customer lain. Kami keluar rumah 30 minit awal jadi singgah beli makanan kat gerai-gerai tepi jalan dulu la.
Beli keropok nipis ni. Dania yang nak keropok ni.
Deretan peniaga.
Ada apam balik juga jadi beli juga sebab Dania memang peminat apam balik. Ada belikan juga untuk Kak Tie keropok nipis dan putu bambu. Saje la bawa buah tangan kan. Kalau nak belikan apam balik ni takut bila sejuk dah tak sedap nak makan pula.
Jam 3.25 petang gerak dari gerai ni terus ke rumah kawan saya. Ambil masa 5 minit je. Ni lah kawan saya ni.
Tips menjahit kain linen :
Kena basuh dulu buat pertama kali kalau nak jahit kain linen. Kak Tie kata bukan basuh beria tapi kena basuh dulu kainnya sebelum jahit. Ini bagi memastikan benang di kainnya rapat (kain linen ni benang dia jarang-jarang). Haa ni lah pengalaman tukang jahit ya. Setelah dibasuh, barulah boleh mula menjahit.
Bila tengok bilik ni penuh plastik baju yang nak baju disiapkan bulan Disember. Mungkin nak pakai untuk kenduri la. Saya dan Dania nak pakai raya nanti. Haaa awal-awal dah hantar. Raya pun tak lama lagi dah ni tahun depan bulan Mac kan....sebab kita berpuasa nanti bulan Februari. UPM pun 8 Februari 2027 - 7 Mac 2027 dah start bercuti selepas final exam. Tak silap kita berpuasa 8 Februari 2027 kalau ikut kalendar la.
Cepat betul la masa berlalu sekarang ni...
Kak Tie tengah ukur Dania ni. So far baju yang Kak Tie jahit ni memang selesa dipakai.
Hantar awal-awal tak kalut la sementara Dania tengah free ni. Kalau sibuk nanti nak cari slot susah pula. Mungkin Dania akan ada field trip nanti...
Kalau dah hantar tailor, tak adalah baju ready-to-wear / beli siap. Hantar je awal, siapnya tahun depan. 😅
Ada yang dah hantar baju ke?. Atau beli ready-to-wear?
XOXO,
Ezna





awal akak bagus...
BalasPadamnieyl tgh mencari kain lagi ni..nak tempah awal juga ni..
tapi biasanya tailor tempat nieyl tu setiap tahun akan simpan slot 2 pasang utk nieyl..hehehe...
Kalau orang yang kita biasa ok je kalau tempah last minute sebab selalunya dia terima tapi akak punya baju akak minta siapkan tahun depan je.
PadamWahhh..Awal ni sis.Sy dah ada warna tema. Cuma kain mmg tak cari lagi. Tgh fikir nk cari yg RTW atau jahit sndiri mcm tahun ni =D
BalasPadamHantar je awal Nieza tapi siapnya tahun depan. Kena cari masa free ikut jadual Dania.
PadamSetakat ni tak pernah lagi tempah baju raya, selalu beli yang dah ready made je. Masa kecik dulu mak yg jahit baju raya kami adik-beradik, rasanya tu je la baju raya yg betul2 jahit ikut sukatan saya 😅 Belum fikir lagi nak warna tema apa utk raya tahun depan.
BalasPadamBab mak jahit masa kecik2 dulu ya. Mama sis pun jahit baju sendiri. Hantar sini sebab banyak dapat gift orang bagi kain ela. Ada 1 tu kain batik lukis Terengganu. Ada lagi kat rumah orang bagi kain tak tempah lagi.
Padamlama tk antar tailor..skarang beli mix and match or bj ready to wear
BalasPadamLagi senang ready to wear tu tapi kita....banyak kain ela yang orang bagi. Alang2 tu tempah je Amy.
PadamHantar awal tak kalut katanya. Macam saya. bersederhana sahaja. Pakai je apa yang ada.
BalasPadamYa hantar awal tak kalut. Kain untuk buat baju saya kebanyakkan orang bagi jadi tempah je la alang2 tu kan. Dania je yang beli kain.
PadamKami pun ingat nak tempah awal juga, sementara Abang tengah cuti ni.
BalasPadamSy nak beli siap je kot tahun ni.
Ikut kesesuaian PH kan....saya ada beberapa kain orang bagi jadi saya buat yang tu je....
Padambetter hantar awal... ye laa bln 2 dah puasa. skrg bln 10... rs nya tailor hjg bln 12 dah nak start tutup order dah...
BalasPadamTailor kadang tutup awal kan. Dah ada kain terus hantar. Siapnya akak kata tahun depan je sebab tailor sibuk nak siapkan tempahan yang minta siapkan bulan 12.
Padamp/s komen2 dlm spanish / portugis tu fellow blogger jg. ada dr brazil, equador, portugal, spain etc
BalasPadamOh....memang ramai orang dari sana kalau tengok komen kat blog anies.
Padamwahh awalnye buat baju raya Dania., hehe
BalasPadamAwal. Kain dah ada dan masa pun ada. Teruslah tempah.
PadamSaya beli saja kak. Di sini tailor mahal sangat. Jadi memang lebih worth it beli jadi . Untungnya size baju untuk badan saya memang banyak , jadi lebih mudah juga.
BalasPadamUntuk raya tahun depan dah adaaa 😄. Beli saat Sislin, kak Retna dan Karni datang ke Jakarta june lalu. Trus pas saya ke rumah kak Lin, dibagi pula baju oleh kak Lin, jadi saya nak pakai pas raya 😄.
Kainnya aja ada yang kawan dan adik bagi gift. Jadi kakak buat baju dari kain tu. Kat rumah ada lagi beberapa kain yang kakak tak hantar. Banyak lagi kainnya. Wah rezeki la dapat baju dari Kak Lin.
Padami dh lama tak tempah baju kat tailor, memang beli yg dh siap ajer ...betullah ezz...puasa start awal feb..hrp2 dptlah i travel dgn my family sblm puasa tu..kena tgk jadual exam my zharfan, so now tak leh nak beli apa2 tix flight lagi ni
BalasPadamMacam UPM next year habis semua paper sebelum puasa jadi masa 1st day puasa tu dah cuti sem sampai raya. Sem jadi macam pendek pula I rasa sebab subjek elektif Dania ada 2 nak plan field trip jadi macam kelam kabut juga sebab sem yang pendek ni.
PadamDulu pernah buat tempah, tapi harga gan kain uishh mahal dari beli readymade.. now beli readymade aja laa, tapi ke kedai, bukan online
BalasPadamBestnya ada tailor fav yang boleh jahitkan...
BalasPadamSaya dah lama tak hantar baju untuk jahit sebab takde dah tailor yang kena dengan selera saya...sejak takde memang beli ready made je Kak Ezna..malas nak fikir dah
SA beli RTW je..kain2 yanga kak notie bagi hari tu pun x sempat nak hantar tailor..ntah bila la nak pi hantar.kat Seremban ni x ramai tailor..kalau ada pun tempat2 lain la...
BalasPadamBeli ready to wear je senang.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.