Kalau siangnya makan di Canning Dimsum, malamnya kami ke Sunway Pyramid. Setelah shopping baju kat Uniqlo dan solat maghrib kami pun ke sini.
Cili Kampung ni kat tempat Celcom dulu tak silap saya.
Dania sibuk nak naik buaian kat sini. Masa kecik-kecik suka sangat naik buai kat taman permainan sampai sanggup menunggu budak lain selesai main buai. Hehe
Luas tempatnya berbanding kat Alamanda. Saya tanya staff bila disuruh ke tempat makan area sini. Bila tanya sejuk ke? Dia kata sejuk sikit je. Kooooo bukan sikit ya....sejuk sangat ni. Dah la kat luar masa ni lepas hujan.
Dia tanya bila nak ambikkan gambar dia boleh ambik. Sekali saya kata sebelum makanan tiba dan selepas makanan tiba. Tiba2 dia cakap tak apalah saya ambik selepas makanan dihantar ke meja. Eh.....tadi dia yang tanya....😅
Cepat-cepat cakap Abang....cepat ambik gambar la....Hubby je order teh tarik. Saya dan Dania memilih air mineral sahaja.
Jom tengok apa yang kami order...
Terung bercili. Saya dan hubby je makan ni. Dania tak suka terung tapi bila ummi masak, ummi masuk je dalam pinggan Dania. Tak menjawab apa....terus makan 😅
Masak lemak cili api daging. Hubby dan Dania suka lauk ni. Tak habis-habis puji sedap.
Ikan masin.
Ayam goreng berempah. Sedap....kami semua suka....
Desserts pula pisang ni.
Gambar kami....gaya lebih kurang je. Letak sini je la nak buat kenang-kenangan. Bila makanan sampai kat meja kan staff tadi kata dia nak ambikkan gambar. Hehehehe.
Ni masa nak bayar ni.

Suasana kat luar Terraces @ Boulevard Sunway Pyramid. Deret ni semua restoran....luar daripada Sunway Pyramid Shopping Mall tu tapi within walking distance je. Kanan ni Sunway Pyramid la.
Menyerupai The Great Sphinx of Giza di Mesir.
Alhamdulilah sedap makan kat Cili Kampung ni. Memang boleh repeat lagi la. So far dah pernah makan kat Cili Kampung di Alamanda dan di Sunway Pyramid.
XOXO,
Ezna














Orang yang dekat pun belum sampai lagi. Mungkin sikit masa lagi.
BalasPadamLagi dekat senang sikit....
PadamDah lamaaa saya tak ke sunway pyramid 😅. Terakhir kesana 2017 kalau tak salah.
BalasPadamCili kampung nih memang sedaap sangat. Belum saya tulis lagi pas makan di sana, karena nak selesaikan trip yang tahun lalu dulu.
Paling suka memang daging salainya. Sedap sangat , walau kurang pedas. Yang saya coba di HIDANG, itu pedas soalnya
Lain kali kalau turun Malaysia boleh la cuba lagi makan di sini atau restoran lainnya. Kalau dapat Rembayung....boleh try masakan Khairul Aming.
PadamNampak berlemak masak lemak tu.
BalasPadamMungkin la sebab akak tak sentuh pun masak lemak tu. Konon nak enjoy makan yang lain tak nak makan yang masak lemak tu malam tu. Dania dan ayah dia je yang makan.
PadamSy sekali je jejak kaki ke Sunway Pyramid ni. Itu pun zaman belajar dulu :)
BalasPadamBelum try mana-mana restoran Cili Kampung ni, tapi mmg nampak menyelerakan lauk-pauknya. Plus, tempat pun cantik dan selesa.
Yg kat Sunway Pyramid ni lebih selesa sebab besar sikit dari kat Alamanda.
PadamKelako pulak adik tu ye...dia yg tanya pastu dia pulak yg decided hahaha...
BalasPadamHaha...tu la akak sebenarnya nak tergelak jugak. Dia tanya...aleh2 dia kata dia nak ambik masa makanan tiba. Akak cakap nak dua2. Hahaha.
Padamsy tau psl cili kampung ni sbb ada org compared dgn rembayung
BalasPadamtp tgk makanan dia ni mcm lain je hehehe
Katanya lagi sedap daripada Rembayung tapi sebenarnya tak boleh compare la....masing2 ada kelebihan masing-masing kan....cumanya sebab keduanya menghidangkan masakan autentik melayu la mungkin.
Padamezz...cili kampung ni bukan ker yg terpalit isu tabung haji tu? i dh ingat2 lupa
BalasPadamAlamak Suzz...ye ke? I bab Tabung Haji ni I tak ambil tahu pula. Nanti I google ya....
Padambtul tu aritu ada terbaca juga..org soh boikot....skarang dh byk cawangan cili kampung...dlu 1st outlet buka kt kl dkt hartamas...kita mkn kt situ tp time tu ada slot time kena pilih...skarang ada slot time ke???
PadamLer ye ke?. Nampak betul tak ambil tahu pulak pasal ni. Memang tak tahu....tak pernah pula ada slot time tu Amy. Boleh masuk sebab ada kosong. So far yang gi Alamanda dan sini tak perlu pula booking nak makan pukul berapa.
BalasPadammasa tu cili kampung br 1st outlet kt kl ...kita pi dlu 2023...maybe ramai nk gi makan so mmg kena pilih slot...bila pi mkn ada slot time dlm sejam lebih je tk syok la...mcm rushing gitu...skarang dh byk outlet okla ...anytime bole pi mkn...
Padam**isu TH tu related dgn owner cili kampung..nanti bole baca :-p
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.