Hari sabtu minggu lepas ada ke Mid Valley. Selain nak jalan-jalan, hubby nak mencari seluar kerja. Ni rasanya dah jumpa seluar kerja kat AEON ni. Kemudian kat ruang legar ada EV Proton E.mas la. Hubby sibuk nak bergambar sebelah Proton E.Mas 5 ni sebab warna hijau. Kononnya sedondon dengan warna baju, seluar dan kasut.
Cantik juga E.mas mint green ni. Sweet je.
Lepas tu nak makan kat Mid Valley ni hmmm payah gak ya. Ada je yang fast food ni tapi kami tak nak fast food.
Kalau tak ada tempat makan yang ok, kami nak makan kat luar je tapi came across Upeh ni.
Deko kat dalam ni macam warna kayu.
Masa kami datang, kami je yang ada. Pernah lalu sini siang tapi penuh. Kali ni lengang pula. Tak lama lepas kami duduk, ada satu family pula masuk.
Menu Upeh. Meh la tengok nak makan apa.
Hubby pilih nasi goreng. Nahhhh portion dia besar sangat ni. Kalau saya kena share, nanti tak habis. Hubby kata ok lah rasanya.
Saya dan Dania pilih menu yang sama iaitu Yee Mee. Lama tak makan dan sedap. Saya makan dengan cili potong yang diberikan sekali. Ya ampun....pedas dia terasa sampai ke hidung. Bila kena kat tekak, terbatuk-batuk saya. Bahan dalam ni pun banyak.
Dessert ni order 1 je. Share la kami bertiga. Sagu gula melaka ni pun sedap. Sepatutnya manis kan rasanya sebab pemanis mulut tapi rasanya kurang manis. Ok lah kan...
Kalau nak makan selera melayu asli boleh la ke sini.
Upeh @ The Gardens Mall
Lot LG230B, The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Ada yang pernah makan kat sini?
XOXO,
Ezna









Tak pernah cuba lagi dan tak perasan lokasi kedai ni. Saya ni jarang2 ke MV tapi klu pergi situ nanti saya cari.
BalasPadamSA pernah makan kat UPEH tu...sedap gak..boleh la...nak amsuk tempat lain paham2 je la situ sentiasa penuh...mana nampak kosong tu masuk je...E.mas tu memang cantik...tapi tu la...hehehehe...
BalasPadammenarik tgk menu nasi goreng tu,,,menu ezna tu slalu kita pilih kuehtiow sbb tk mkn yee mee
BalasPadamAnak sedara tgh brsabar tggu e-mas 5 dia keluar... =D
BalasPadamTengok nama Upeh tu pun dah klasik, baguslah kalau makanannya pun authentic Malay food .
BalasPadamMemang jarang ke Mall ni
BalasPadamSejak ada MM, dan Mall dekat2 je sini
Bagus jga kan ada menu melayu tgh bandar ni.
Cantik colour e.mas tu.
BalasPadamKalau ke Mid Valley bawa anak akan makan kat Texas Chicken je.
BalasPadamkreatifnya nama upeh! i terliur sagu gula melaka tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.