Patut semalam Dania balik jam 5.00 petang tapi Dania kata balik lewat sikit sebab nak cari 💩🐔 (tinja/taik ayam). Alamak...risau kalau Dania kena bawa balik dalam kereta ni. Takut ummi tak lalu nak makan je. 😃
Nasib balik la 💩🐔, Dania letak dalam lab. Hari ni, Dania kena ke lab dengan 2 kawan. Nak kena keluarkan gas pulak. Bawa juga syringe. Ini untuk subjek Livestock waste management (Pengurusan sisa haiwan).
Sebelum masuk lab, kena ambik gambar dulu 😅.
Inilah eksperimen yang mereka buat. Kena cari tinja 🐔 ayam /🐄 lembu /🐐 kambing & food waste. Ada yang guna kulit limau, sawi, kulit pisang.
Group Dania pilih sawi dan tinja ayam. Mereka kena bakar dulu tinja ayam dan sawi tu. Eksperimen yang mereka lakukan ini ialah biogas. Group 6 tu menggunakan tinja kambing campur dengan kulit pisang. Tengok gas bag dah kembung sangat tu. Mereka kena keluarkan gas secepat mungkin. Kalau tidak, boleh meletup. Ada je kes gas meletup. Senior Dania dulu katanya ke lab jam 10 malam sebab nak keluarkan gas.
Mari kita lihat sini fungsi biogas. Sebenarnya dengan tinja haiwan dan sisa makanan boleh dijadikan gas alternatif.
Credit : Google
Fungsi biogas :
1. Bahan Api Memasak dan Pemanasan: Gas metana dalam biogas boleh dibakar secara terus untuk digunakan sebagai bahan api dapur bagi menggantikan gas petroleum cecair (LPG) atau kayu.
2. Janaan Elektrik dan Haba: Biogas boleh digunakan dalam enjin gas atau sistem gabungan haba dan kuasa (CHP) untuk menghasilkan tenaga elektrik serta haba bagi kegunaan rumah atau industri.
3. Bahan Api Kenderaan: Setelah dibersihkan dan dinaik taraf kepada biometana (atau dimampatkan seperti CNG), biogas boleh dimanfaatkan sebagai bahan api kenderaan.
4. Pengurusan Sisa Organik: Menukarkan sisa pertanian, najis haiwan, dan sisa makanan daripada terus mencemarkan persekitaran atau bertimbun di tapak pelupusan sampah.
5. Penghasilan Baja Organik: Sisa enapan (digestate) daripada proses penghasilan biogas kaya dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus, menjadikannya baja yang sangat baik untuk pertanian.
6. Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Kaca: Mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan bertindak sebagai tenaga yang lebih mesra alam.
Pelajar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) ni tidak sekadar mendengar teori, malah berpeluang melihat dan menguji sesuatu fenomena secara terus.
Nampak macam remeh je kena kumpul taik haiwan kan?. Taik pun nak kena kumpul ke? 😅 tapi rupa-rupanya taik pun ada kegunaannya. Kadang-kadang benda yang kita sangka tak ada kegunaan tu, rupanya banyak manfaat kepada kita. Taik? Ya taik haiwan boleh dijadikan sumber gas alternatif.
XOXO,
Ezna




boleh tahan juga aroma-aroma experimen Dania.. dulu arwah mak kak ana ajak lah pi ambil tahi lembu kat kandang vetarinar kat kampung, hadaplah bawa naik kereta isi dalam guni buh dalam bonet, demi mak kan, ikutkan saja.. kenangan dah semua tu Ezna.
BalasPadamDania kata taik ayam paling banyak gas. Bau dia bila bakar....semerbak....Rupanya ada nostalgia juga buat Kak Ana ya....
PadamKalau tinja lembu & ayam dkt kg senang nk dpt...=D
BalasPadamYa betul...tapi kat UPM ada haiwannya kat tempat amali Dania. Ayam CP pun ada juga...
PadamSetiap sesuatu ciptaan-Nya pasti akan kegunaan serta kebaikannya.
BalasPadamBetul...walaupun tinja....ada kegunaannya.
PadamMenarik eksperimen biogas Dania, siap bandingkan pelbagai jenis tinja haiwan dan sisa makanan! 😮 Beg gas kumpulan2 tu nampak aktif betul.
BalasPadamMesti kena tahan nafas jugalahkan sepanjang menguruskan tinja ni. Dibakar pulak tu, adalah baunya tu. Skrg banyak kajian/penghasilan dari biogas, biodiesel semua tu kan. Renewable energy/ technology.
BalasPadambio gas ni commercialize ker kat msia? mcm tak tahu kewujudan mana2 company yg buat bisnes biogas
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.