Masa tiba kat Mitsui ni jam 10 lebih pagi tapi yang bestnya sebab kita boleh pilih nak parking kat mana. Orang masih tak ramai. Seronok sungguh la.
Nak ke sini sebenarnya. Nak tanya pasal parking. Mereka yang beratur ni nak ambil parking pass. Kena pick up parking pass kat sini. Staff yang pakai tudung tu staff Bahrain. Pandai la berbahasa inggeris. Sebelah dia orang Malaysia. Dia ada cakap yang SIC tak sediakan parking motor. Jadi, dia pun park dekat Bandar Enstek dan akan naik bas Rapid KL ke SIC. Ada 95 bas beroperasi pada hari tersebut. Adik tu kata sentiasa akan ada bas. Bas Rapid KL ni pula free ajer untuk mereka yang akan bekerja / menonton F1.
Bergambar je la dengan board yang ada tulis Bahrain Grand Prix ni.
Ada juga jualan barangan Petronas di ruang legar. Mereka berdua ni pemandu F1 untuk team Mercedes. Petronas penaja utama team ni ya. Belah kiri yang muda sikit tu Kimi Antonelli. Lahir tahun 2006. Dania tua 2 tahun dari Kimi ni. Nampak Kimi dah sampai Malaysia kemudian main air kat Gamuda Splashmania. Amboi seronoknya. Sebelahnya George Russell. George Russell pula dengan lagi 4 orang pemandu F1 naik private jet ke Langkawi.
Ni team Audi pula.
Ada juga yang mula mencari-cari T Shirt team kesayangan masing-masing.
Hubby nak mencari kot ada walking shoes dalam Adidas tapi nan hado.
Masuk pula Puma ni ada kolaborasi dengan pemandu FI dari team kesayangan Dania iaitu Ferrari. Haaa belah kiri yang handsome tu pemandu pilihan Dania bernama Charles Leclerc. Belah kanan pula, Lewis Hamilton tu pernah jadi pemandu team Mercedes. Dulu memang ada la kat Kuala Lumpur. Kadang KLCC, kadang UTP kat Perak. Pemandu pilihan Kim Kardashian ya (girlfriend)....Kim Kardashian ni Dania kata sokong Is****, manakala Lewis Hamilton ni pernah bagi bantuan untuk Palestin. Macam mana hubungan nanti entah la.
Close up muka Charles....menantu rupa macam ni encem juga. 😅
Hubby kan nak mencari kasut walking kan....senang nak briskwalk nanti. Ada promosi la pulak berharga RM139. Kalau ada tag kuning....beli 2, percuma 2. Kita kena bayar 2 yang termahal dan lagi 2 for FREE. Hard to resist eh?.
Ada dua kasut Puma ni. Biru gelap ke hijau?
Hubby pakai selesa katanya. Nampak harganya pun 'selesa'. Hehe. Hubby pilih warna olive ni sebab kata kalau biru tu selalu sangat. Hijau ni rare sikit.
Pergi ke bahagian T Shirt ni pun ada tag berwarna kuning. Ramai bertumpu kat sini. Dania kan team Ferrari....jadi ummi pun tengok la T Shirt team ni. Hari tu Dania ada beli T Shirt Adidas tapi team Mercedes. Kali ni saya belikan Dania dan saya T Shirt team Ferrari nak matching masa menonton F1 nanti.
Kalau nak cari kasut wanita kat sini. Tapi...saya tak beli sebab sebelum ni dah ada kasut Vans & Adidas dah. Vans warna maroon dan Adidas warna light purple. Vans beli kat JPO, Johor masa naik ETS dan Adidas kat Sports Direct IOI City Mall dan keduanya berharga RM100++. Harga asal memang RM200++.
Keluar Puma dan inilah hasil tangkapan. Berbaloi saya rasa sebab bila bahagikan 4 barang ni tak sampai RM100 satu barang. Dalam RM60++. Beli 2, percuma 2.
Dapatlah sepasang kasut, 2 helai T Shirt dan 1 seluar 3/4 untuk hubby. Rasa-rasa bagi you alls berbaloi tak?. Memandangkan harga Puma ni pun bukannya kategori murah kalau harga asal.
Lepas tu take 5 dulu kat Dunkin Donuts.
Kopi Ais dan donut original. Hubby air panas apa terlupa pula. Kopi Ais ni zaman belajar dulu saya rasa paling sedap la tapi sekarang bila minum terasa pahit la pulak. Tak sure resipi berubah ke apa ke....
Lepas tu dah nak balik dah ni....nampak Tefal pulak.
Masuk nak cuci mata je. Hehe
Saje tengok seterika. Seterika rumah kami ni panas tapi bahagian wap tak keluar air macam tersumbat.
Tercuci poket pula dengan seterika yang ni. Comel je seterikanya tapi Tefal dual power namanya. Besar sikit pada tapak tangan. Bila seterika tu rasa kekok la sebab seterika kecik. Sebelum ni besar sikit.
Selesai beli....keluar la Mitsui tapi nak survey lagi hentian di De Village, Bandar Enstek. Pitstop bas Rapid KL ke SIC dari Bandar Enstek. Kemudian, ternampak pula iklan....ok lepas ni saya update.
XOXO,
Ezna

ammi punya iron pun dah buat hal..beli yang Amway collab dengan Philips dulu. Patutnya guna iron ni kita gosok 1 side je dah cukup, tapi lately jenuh juga nak iron kene tekan2 dan kena pulak iron both sides baru elok. Dah berumur sangat dah iron ni kot
BalasPadamDatang awal ke Mitsui memang best, parking pun masih banyak pilihan. 😄 Info pasal parking motor tu berguna juga, siap tahu alternatif park di Bandar Enstek dan naik bas Rapid KL ke SIC.
BalasPadambest shopping kat mitsui ni kalau dpt rege yg kita nak..
BalasPadamNi namanya sambil menyelam sambil minum air ye tak? hihi. Sambil tanya pasal parking pass, sambil cuci poket.
BalasPadamKat rumah saya pun pakai steam iron jenama Tefal. Tapi jujurnya, saya prefer lagi iron Philips dari Tefal. Sebab bila iron tudung / baju, walaupun iron Tefal tu panas tapi masih lagi nampak garisan renyuk tu jadi kena spend time lama sikit iron smp licin. Tapi iron Philips sekali jalan je dah licin. Kalau iron tudung, saya biasa lipat dua nak muat atas ironing board, dua2 belah terus licin jadi jimat masa.
Tapi tak tau la sama ada iron saya tu yg bermasalah atau mmg iron jenama Tefal ni tak cukup power. Tu pengalaman saya la yg dah pernah guna dua2 jenama ni.
Meriah nampaknya sebab ada F1 la kot. Time Sy pergi bukan 8 hari tu agak sendu di sini. Berbaloi tu beli. Berkenan Sy tengok kasut ayah Dania, sbb Sy minat warna hijau hehe
BalasPadamEh kalau ke Mitsui ini ada jalur MRT dari KL kak? Raka dah bilang, di KL nanti pokoknya dia harus ke Mitsui 😂😂😂. Nak shopping sakan katanya. Ya Allah suami saya tuh memang shopholic sangaaat lah 😵💫
BalasPadamKalau tak saya masukkan ITIN ke Mitsui, bisa merajuk.
Mana jauh pula dari KL.
Saya pun memang tak tertarik kalau cuma beli kaos, baju, bag, atau sepatu. Sebab saya biasa beli online. .
Kecuali kalau ada brand VIVAIA dj sana, baruuu saya kalap 🤣🤣
Tapi VIVAIA cuma ada di TRX
Tak pernah lagi ke Mitsui ni.
BalasPadamDefinitely worth buying kat Puma tu.
BalasPadamRasa dua kali je pergi Mitsui dulu.
Pergi sekarang bestlah banyak merchandise F1.
Berbaloi sgt ni sis if total item below rm100..Sbb tu kdg2 sy suka jgk pegi Mitsui ni. Tapi jauh kebenor..hahaha
BalasPadamDah lama sebenarnya tak ikut perkembangan F1..last masa ada schumacher dulu je..lepas tu taktau apa dah..ni bila FI datang kat Malaysia baru rasa wahhh bestnyaa....untuk siapa yang dapat join...
BalasPadamBerbaloi tu Kak Ezna...worth buy tu kan...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.