Kafe Kopilot 14780 & Kisah X Files

Ada stu weekend yang kami jalan-jalan ke Puchong dan tiba kat Kafe Kopilot 14780 ni. 
Ada air teh tarik, teh o ais dan strawberry. 


Saya dan Dania order mi kicap. 


Ada cucur bilis juga. 


Hubby pilih mi bandung. 


Kafe ni agak unik sebab dibina macam rumah kampung tapi tak ada pintu dan tingkap la. Konsep terbuka luas. 


Parking pun luas tapi bersebelahan dengan Kafe ni kawasan perumahan tanah lot. 


Sudut di dalam kafe ni. 


Kami memilih ruang hadapan. Mejanya pula panjang. 


Ada kerusi kayu pula di tengah macam ala ala pelamin. Belakangnya dihias dengan kain net dan bunga. 


Alamat Kafe Kopilot 14780 :

 6, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

Kemudian saje la lalu depan sekolah memandu ni. Jika anda pernah dengar, ada gangguan di sekolah memandu ni. Boleh tengok video kat tik tok. Ini scary kalau tengok video tu. Dan...paling misteri ada ternampak CCTV (Sam & Man) 2 orang pemuda pekerja sekolah memandu yang turun tangga kemudian tiba bahagian bawah tak ada nampak pemuda yang turun. Kat mana pulak menghilangnya?. Kehilangan keduanya pun sampai sekarang macam tak ada khabar berita. Ada yang kata cerita ni sempena nak keluar filem bertajuk Bangunan tapi ada yang kata cerita ini kisah benar. 

You alls pernah dengar ke?


Tapi....kalau kisah mulut ke mulut ni macam lagenda pun ada. Mungkin ada yang benar, mungkin ada tokok tambah tapi video CCTV tu memang real ya. Kalau berani tengok la....

1. Masa perempuan ni tengah tunggu tunang, meja dan kerusi bergerak. Macam ada entiti tolak tapi 'entiti' tu tak nampak. Nampak la perempuan ni cemas. Ya lah tunggu seorang kat dalam bilik tu kan....perempuan ni akhirnya nampak pengsan kat lantai. 

2. Masa seorang pemuda ni cuba tengok kamera, kemudian bila dia ke tempat lain...kamera tu bergerak dan cermin di depan ada lembaga hitam lalu. Kemudian pemuda ni lari keluar pintu dan pintu yang sepatutnya pemuda ni keluar tak ada kelibat pemuda ni.

3. Ada seorang pemuda nak mematikan komputer dalam satu bilik yang banyak komputer. Elok je suis dipadamkan, komputer menyala semula. Haaa ini seram kan?. Kemudian pemuda tu berlari ke bawah tapi kat tangga bawah tak ada kelibat pemuda ni. Jadi, di manakah gerangan pemuda ni? Termasuk alam lain ke?.

Pernah tengok CCTV ni?




XOXO,
Ezna
 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Yang macam pelamin tu tempat bergambar kot Ezna, ringkas tapi lawa dekonya.
    Tak pernah pulak Sy tengok video-video tu.. Lama tak buka TT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau search cerita seram sekolah memandu mungkin ada.

      Padam
  2. kita suka mi bandung...lama xmkn...tktau kisah seram kt sekolah memandu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita tu dulu macam selalu kita terlalu kat TT Amy.

      Padam
  3. cafe tu menarik tapi masuk bab seram tu...
    adoi, nieyl ni mmg penakut dan x berani nak tgk , dengar atau baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu kena elakkan baca atau tertengok Nieyl. Nanti teringat-ingat susah.

      Padam
  4. sama mcm Nieyl.. MA ni penakut..kalau boleh memang x nak tgk benda2 yg mistik ni
    cafe tu..cantik & nice sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh MA pun sama ya. Takpe...jangan tertengok atau terbaca nanti teringat-ingat.

      Padam
  5. Alamakk sis.. part mistik² ni seram nak tgk or baca hahaa... tak mengingau² memlm. Dah le kita ni sejenis cepat rasa seran 😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut bila teringat-ingat kan....tak payah tengok la video kat TT tu.

      Padam
  6. sedapnay cucur! i suka baca kisah2 mistik kat thread or FB wpun i ni spesis penakut hahah sbb level of curiosity is very high gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun berani berani takut you. Selalu lalu citer ni kat TT I.

      Padam
  7. oooo area Pulau Meranti ye..adik bongsu SA kerja kat LKIM Pulau Meranti tu..berulang hari2 dari Bangi...

    BalasPadam
  8. Dua cerita dalam satu. Ingatkan rancangan X Files yang kat TV tu. Ada rezeki nanti nak JJCM kat sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.