Hari interview, hari pertama & hari akhir

Hari interview

Lepas hari last kuliah, saya siapkan resume Dania dan fotostat sebanyak 20 copies. Lepas fotostat baru pick up Dania. Tarikhnya pada 3 Julai 2026 (hari jumaat). 

Dania dah siap isi borang dan kena tanya tanya sikit dengan Assistant Store Manager, Kak Shu. Dania panggil Kak Shu la. Bukan Watsons sahaja kami hantar resume tapi ada tempat lain jugak. Masa tengah tanya-tanya tu bila part Dania ada kenderaan ke nak ke sini? Saya menyampuk....saya akan hantar ambik tak kira siang ke malam. No problem. Saya free. Ha kauuu....sebab after all memang saya driver utama hantar dan ambik pun. Kalau ayah dia free memang ayah la punya turn hantar dan ambik. Ikut masa tu la waktu bekerja hari biasa memang saya la yang hantar ambik kecuali hari bekerja waktu pagi...ni ayah Dania boleh hantar sebab ayah Dania pergi kerja lewat sedikit. Malam tu memang ayah Dania yang ambik tapi selalunya saya ikut. 

10 Julai 2026 (hari jumaat) seminggu selepas interview Dania dapat whatsapp dari Kak Shu untuk lapor diri pada 22 Julai 2026. Masa terima whatsapp ni Dania belum final exam lagi. Tengah bercuti 'study week'. Terkejut badak sebab Dania habis final exam 21 Julai 2026. Dania ok kerja awal so ikutlah. 


Dapat tahu diterima bekerja 10 Julai 2026, 11 Julai 2026 ajak hubby dan Dania nak beli / top up seluar kerja Dania. Tudung dan seluar boleh warna apa pun. Seluar tak boleh seluar cargo dan jeans. Blouse kena berwarna hitam. Kasut kena bertutup. 


Hari pertama

Lapor diri pada 22 Julai 2026. Habis paper last final exam pada 21 Julai 2026. Awal Dania dapat kerja kali ni. Memang urgent nak pakai orang rasanya. Masuk jam 10 pagi dan kena kerja la sampai jam 6.30 petang. Nak kena ada sijil SPM juga untuk mereka lihat ajer sebenarnya. Nasib baik la ada dalam email saya. 

Waktu bekerja : 
8.30 pagi - 5 petang
2.00 petang - 10.30 malam

Unless ada keperluan kena masuk awal seperti ada hari tu kena masuk jam 7.00 pagi. Ni sebab auditor dari Hong Kong nak datang. Watsons ni memang berasal dari organisasi dari Hong Kong pun. 


Hari terakhir

Hari terakhir Dania pada 30 September 2026. Nampak ceria bila ummi masuk store. Kemain lebar senyuman heh. Dah selesai jaga cashier la ni lepas tu kena berjalan keliling store bagi basket. Kat sini tak boleh duduk statik ya. Kalau kena jaga self service counter tu dan tak ada customer...kena ada inisiatif buat benda lain seperti stock up barang-barang, susun barang-barang bagi kemas, bagi customer basket....kena sentiasa bergerak. Tu yang part ni Dania masa awal-awal tu kata lenguh. Bila dah biasa ok lah. 


Dah nak balik dah ni sempat bergambar dengan Amir dan Magdalina. Sebelum tu Amir tanya saya...Dania sambung belajar ke?. Saya kata ya. Lepas tu saje menyakat....tak sedih ke Dania nak berhenti?. Haha malu dia gais....Aunty Ezna pun 😅. Mag ni pun Dania cakap macam Dania juga tak banyak cakap. 


Say cheese guys....


Ummi ajak makan la kat Ali, Muthu & Ah Hock. Air bersaiz besar ni share 2 orang je la dan sepinggan Chee Cheong Fun ni pun share berdua. 😅


Gaji Dania untuk bulan September 2026 ni pun tak dapat lagi. Staff Part Time akan dapat gaji setiap 7hb bulan yang baru jadi kes Dania ni 7 Oktober 2026 baru dapat. Dah masuk UPM baru dapat gaji. Dania awal-awal dah cakap nak belikan ummi tudung bila dapat gaji. Awwwww.....thank you sayang...

So far kerja kat Watsons ni best Dania kata. Mana taknya memang Dania suka masuk Watsons sebelum kerja kat sini pun. Colleague pun ok je. Tapi...bersedialah dengan orang yang ramai. Dania kata sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. Tau tau nak balik dah. Dania ok, jadi saya pun ok. 

Pekerja pun ramai wanita....saya ok kalau ramai wanita ni. Kena jaga cashier yang agak mencabar tu. Dania jumpa latar belakang yang berbeza. Ada juga orang luar negara macam Brunei, China, Thailand, Hong Kong etc. Pakcik Hong Kong yang terlupa password apps Watsons yang Dania assist. Orang Thailand yang tanya mana nak beli getah rambut warna hitam yang Dania assist pergi kedai Chic Chic...kemudian orang Thai tu masuk balik Watsons semata-mata nak ucap terima kasih kat Dania. Orang China yang bagi duit beribu nak beli pin Touch and Go. 2 kali Dania jumpa orang China yang sama. Keduanya beribu dia beli pin. Terjumpa kawan sekolah menengah, cikgu sekolah menengah, kawan sekerja ummi dulu, lecturer asasi UPM, kawan sekelas masa Asasi UPM, kawan UPM, jiran saya....

Ada juga yang tanya beli lip balm beli kat mana, lip balm apa. Mulanya 2 orang yang tanya 2 hari berturut. Sebelum berhenti tu ada yang tanya juga. Kalau la Watsons jual lip balm Innisfree tu mesti laku kan...Watsons ada jual beberapa barang Innisfree macam face mask tapi Lip balm tak ada. 😅. Dania citer ada 2 kakak kata dah tak ada dah budak baik kerja kat Watsons. Maksud 'baik' ni tak tau la apa yang 'baik' tapi ummi sejuk la mendengarnya. Mungkin tak banyak cakap kot. Ada seorang kakak pula cakap dengan Dania dia suka Dania sebab tak banyak cakap. Pun ada...apa pun impression yang baik buat kita pun rasa tenang juga kan....

Dengan itu, Dania officially berhenti kerja part-time sebagai Customer Assistant di Watsons, IOI City Mall. Dania bekerja selama 2 bulan dan 10 hari. Lepas ni profesion Dania bertukar menjadi seorang pelajar semester 5 di UPM pulak. Ada berbaki lagi 3 semester untuk selesai. By 2028, tiada halangan semua grad la Dania...Insya Allah. 

Apa yang saya cerita ni untuk kenangan di masa hadapan. Ambik yang mana yang baik....yang buruk jangan ikut pula....





XOXO,
Ezna









 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Wahhhh suka tengok kadang kadang anak anak isi masa lapang cuba kerja ini cuba kerja itu. Banyak pengalaman dan boleh bantu untuk merancang masa depan. Tahniah buat ibu sentiasa menyokong anak untuk explore segala peluang yang ada !

    BalasPadam
  2. Waaah tak terasa memang yaaaa, dah selesai kerja part time di Watson. Nanti libur kuliah lagi, bisa lah daftar lagi

    Memang lebih bagus kalau serve ramai orang. Dulu saat saya di HSBC, saya lebih suka di cabang yang ramai, daripada cabang yang sepi.

    Sebab kita jadi banyak belajar. Lebih banyak ketemu orang dengan berbagai karakter. Kalau di cabang sepi, tak banyak yang bisa dipelajari.

    BalasPadam
  3. Tak sedar je dah habis kerja part time. Rasa baru je lagi dia iv.

    BalasPadam
  4. tahniah dania! pengalaman yg sgt2 bermakna dan dpt gaji jugakkk!! i pun suka ronda2 dlm watsons sbb byk benda menarik..ada jer yg berkenan..td singgah watsons melawati mall..masuk beli panadol ajer pun sbb stok kat rumah dh habis..redeem points so dpt diskaun RM4, berbaloi2 sgt!

    BalasPadam
  5. Rajin Dania kerja sementara tunggu semester baharu. Nanti dah dapat gaji, bolehlah beli barang yg diidamkan jika ada.

    BalasPadam
  6. Rasa sekejap pulak eaa dah 2 bulan..
    MOga Dania terus berjaya dalam dunia pelajaran dan akan dapat lanjutkan pelajaran dalam kelas yang lebih tinggi

    BalasPadam
  7. Amboi Ummi nak ship kan diorg ke tu? Hehe...
    Salute dgn Dania, rajin cari duit poket sendiri 👍🏻

    BalasPadam
  8. Untung la umi dapat tudung....
    Eh, uncle ni tak dapat tudung juga ke? hehehhee

    BalasPadam
  9. Oo.. patutlah kadang bila tak ramai orang, kat kaunter kosong.. memang mereka buat kerja lain. Takde lah duduk statik tunggu customer. Mostly budak² Watson yang saya semua bagus².
    Good job Dania... pandai berdikari.. masa kerja betul2 kerja.. masa study betul2 study.

    BalasPadam
  10. Bagus Dania rajin bekerja tambah pengalaman dan duit belanja. Nanti lepas anak sulung habis SPM nak suruh dia buat part-time jugak la. Boleh mantapkan skill komunikasi dgn org dan belajar handle perangai orang bila kerja dalam bidang customer service mcm ni.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, pengalaman bekerja di usia muda adalah sesuatu yang berharga dan tak boleh dijual beli. Semoga terus maju jaya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.