Betul ke ada hantu di Sunway Pyramid ni? Ada....tak percaya tengoklah hantu kat bawah ni.
Mundar-mandir je menakut-nakutkan pengunjung kat sini. Bawah ni macam Zombie je tapi bawa pisau la....ditunjuknya saya pisau tu. Seram jugak la sebab imagine pisau betul.
Dania takut ni tapi takut takut berani ambik gambar dengan hantu jururawat ni. Apa yang dipakai kat mata sampai putih tu ya?.
Ada sekali saya tengok apa entah sekali hubby saya tunjuk-tunjuk sebelah saya. Eiiii ada pulak hantu ponti tapi yang ni ponti versi hindustan mari. Ala ala rupa Kajol daaa....sebenarnya kalau tengok mata yang merah ni macam dalam Twilight. Mereka tak minum darah lagi. Kalau mata kuning, mereka dah cukup dah menghisap darah. 😁
Saya rasa ni macam nak mempromosikan Night of Fright 12 Festival of Fear dekat Sunway Lagoon ni. Tu yang hantu-hantu ni lalu lalang sini. Kalau jumpa dengan orang melatah, memang kena la hantu-hantu ni.
Yang mana paling seram diantara ketiga-tiga hantu ni? 👻💀
Tujuan datang ke Sunway Pyramid ni sebab nak makan malam kat sini. Kat mana?… Later saya update.
Ada juga kedai Calvin Klein. Gambar yang ni ada dekat IOI City Mall tetapi yang ni bezanya ianya dekat cermin. Ayah Dania membebel kata apa gaya macam ni?.
Gambar ni pertama kali saya tengok. Haaa kan sopan macam ni.
Gambar yang ni betul-betul kat cashier jadi minta izin nak ambik gambar. Cashier siap ke tepi kejap dan cakap memang selalu orang ambik gambar pun 😅
Dania check la harga seluar Calvin Klein ni....ok harganya RM700. Kat manalah asalnya jenama Calvin Klein ni ya....jawapannya berasal dari Amerika. Banyak duit nak bayar Jung Kook ni.
Haaa kalau menyandar ni ok la dari terkangkang tu 😅
Lepas tu masuk Gentlewoman pulak. Haaa yang ni brand dari Thailand pulak.
Cantik pula bag yang Dania cuba ni.
Ni denim yang warna pekat sikit. Tengok je. Belinya tak pun. Dekat Gentlewoman ni boleh tahan juga harga bajunya walau tak cukup kain tu....RM200++ ke atas. Tapi takde satu pun yang saya berkenan. Tak kena dengan jiwa 😅. Masuk sekadar nak cuci mata sahaja.
Coach dekat Sunway Pyramid ni ada Coffee Shop la.
Walaupun ada nama-nama coffee kat board putih belakang tu tapi harganya dia tak letak situ.
Kemudian singgah Uniqlo pula. Jalan-jalan kat sini sebab hubby nak tengok baju T Shirt Proton. Kalau kat Uniqlo IOI City Mall tak ada design Proton. Hanya di Uniqlo yang besar je ada. Uniqlo kat Sunway Pyramid ni 2 tingkat.
Ok...kat sini ada servis untuk print pilihan kita kat baju putih T Shirt Uniqlo. Ada IPad disediakan untuk kita memilih gambar yang kita nak ke baju.
Hubby tengah melihat saiz yang ngam.
Lepas tu nak tunggu selesai print tu dalam 15 minit. Kami semua singgah solat maghrib dulu kat surau yang dekat je dengan Uniqlo ni.
Bila saya habis solat....ewahhhh dah siap pakai baju baru la. Klasik betul design ni.
Lepas tu, kami bertiga pun ke tempat makan ni....kat mana?
Nanti lepas ni saya update.
XOXO,
Ezna













Cantik dan terberkenan pulak dengan denim bag yg Dania pegang tu. Eh, hantu2 tu wpun kita tahu olok² tetap rasa takut laaa, hahahah
BalasPadamItulah Dania pun berkenan tapi bila tanya nak ke tak? Dia kata tak tapi dalam hati nak. Takpelah selamat duit ya. Haha
PadamWah! ada datang Sunway Pyramid Mall. Saya pun ada pergi situ juga. Tapi ceritanya akan muncul sikit masa lagi.
BalasPadamNanti nak baca la kat blog. Update apakah itu?
PadamYe design yg ayah Dania pilih tu mmg ikonik, good choice.
BalasPadamPH...ayah Dania ni pun 'ikonik'. Tu yang pilih design gitu. Tapi...memang kedai belakang tu, pakaian orang tu memang zaman dulu punya style.
PadamKalau hantu dr sunway lagoon rasanya mmg iye sbb kwn cosplay kami ada yg keje jadi hantu je dkt sunway lagoon tu =D
BalasPadamYe ke Nieza?....eiii seram juga tiba2 hantu muncul ni. Boleh mengigau je....
Padambuka-buka je blog akak, terperanjat nieyl kak..
BalasPadamadoi lemah semangat...
Maafkan akak Nieyl. Hantu2 ni memang suka mengusik....seram kalau lalu tepi dia. Ponti tu akak tak perasan dia tengok akak kat sebelah.
PadamSeramnya hantu tu. Kalau betul tu lari tak cukup tanah.
BalasPadamHaha....memang ya....tapi kalau yang lemah semangat boleh menjerit....tapi ada hantu tu duduk sebelah makcik tu makcik tu relax je. Cayalah makcik....kita pun gelabah kalau hantu ni kat tepi....
PadamHantu jururawat tu seram jugak. Kalau kita yg tak tau apa2 tiba2 dtg org bawak replika pisau kejar kita mau lintang-pukang lari sambil terjerit2 🤣 teringat pengalaman di Bandung, kiteorg lalu satu area ni masa nak turun dari Lembang dan masa tu kereta bergerak perlahan sebab macet. Saya duduk tepi tingkap dan tgh tengok phone, sekali bila toleh ke cermin sebelah ada "pocong" tengah perhatikan saya dari luar. Auto terjerit sebab terkejut hahaha! Rupa2nya byk "hantu" berkeliaran kat situ cari duit sedekah dan dieorg bergerak dari kereta ke kereta menghiburkan penumpang & pelancong.
BalasPadamEh baru tau ada perkhidmatan print t-shirt dekat Uniqlo. Menarik tu.
seram juga bila ada hantu jadian berlegar2 dlm mall mcm ni. Kena kat org yg latah mahunya dipukul hantu2 tu. hahaha...
BalasPadamuishh takutnya kena kejar ngan antoo!
BalasPadamgentlewoman ni saya tahu terkenal ngan tote bag dia yg besar2 tu je. tktahu pulak ada jual baju.
wahhh design UT proton tu cantik! haritu gi ioi tak nampak pulak design tu... rupanya kat selected outlet yg besar2 je
Hahaha pontianak versi Hindustan ala Kajol tu memang lain macam! 😂
BalasPadamMacam di Braga Bandung , ada kawasan yang orang2 cosplay pakaj kostum hantu, lalu kalau kita nak foto dengan mereka bayar lah. Tapi seikhlasnya .
BalasPadamMata putih itu pakai contact lens kak. Ada yg warna putih , biasanya memang untuk cosplay begini.
Cantik memang design proton UNIQLO yang dipilih. Ini Raka pasti suka juga.
Gentle woman ini di jakarta ada cabang. Tapi saya kurang suka kalau tulisan GENTLEWOMAN nya besar sangat 😅😅. Saya memang lebih suka bag atau apapun yang tidak terlalu menampilkan tulisan brand .
Kalau saya mau tak lalu situ dah jadinya tu..tak jadi nak jalan-jalan...
BalasPadamCantik design yang Ayah Dania pilih...nampak ikonik
weiiiii awalnya dah celebrate halloween hahahaha
BalasPadamkalau nampak budak2 kecil ni mesti meraung nmpk hantu
lawa la ootd dania! so sweet
BalasPadamwow rare tu printed baju, photo mahal.
BalasPadamI don't like hantu-hantu ni, tengok citer seram pun tidak.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.