Saya ada beli sawi, telur puyuh dan burung puyuh masa UPM buat Farm Day kat Bangunan Pascatuai Unit Sayuran Pusat Pertanian Putra.
Masakan saya :
Sawi tumis dengan ikan bilis.
Sambal telur puyuh.
Ada telur ayam juga sebabnya nak campur dalam sawi tapi terlupa. Hehe....Dania tanya eh ummi ni ada telur ayam ni....jadinya masuk sekali dalam sambal ni. 😅. Masa makan, hubby tanya eh telur ayam pun ada?.
Puyuh ni goreng kunyit je. Besar juga la saiz dia sebab beli yang premium. Satu pek ada 10 ekor.
Ini je la lauk mudah saya ni. Dari ladang ke meja makan.
Masak apa tu?....
XOXO,
Ezna



nieyl pun klu masak simple juga kak..
BalasPadamjanji ada sambal..
Oh Nieyl suka sambal ya...akak pun suka.
PadamSedapnya. Fresh dari ladang pulak tu.
BalasPadamYa Carneyz. Alhamdulilah.
PadamDh lama x mkn burung puyuh. Nmpk garing nice je burung tu =D
BalasPadamTukang goreng ni suami akak Nieza. Tapi saiz puyuh ni macam besar juga. Daging dia pun banyak juga.
Padamsimple tapi sedappppp
BalasPadamsy suka lauk2 simple mcm ni
laju je bertambah nasi hehehhe
Haa bab bertambah nasi tu macam nak tambah juga....geram je kan....haha
PadamAlhamdulillah, dah beli tak kan tak masak kan. Dah lama tak makan burung puyuh. Telur puyuh sambal baru makan beberapa hari lepas.
BalasPadamMemang saya ni kalau weekdays saya masak. Weekend kadang2 makan kat luar.
PadamSimple tp fresh dari ladang
BalasPadamBertambah sedapp
Alhamdulilah.....kalau sayur tu dia tak guna racun perosak.
Padamsemua lauk ni sedap2 la ezz..terliur i hahahha
BalasPadamI pulak nak memikirkan nak masak apa pula kejap lagi ni.
PadamFrom farm to table bestnya !
BalasPadamLama tak makan puyuh... Goreng garing sedap, tulang dia pula kecik, boleh gigit² :)
Siap makan tulang dia krup krap bunyinya PH. Kebetulan dalam UPM ni memang ada bela burung puyuh jadi burung puyuh dan telurnya boleh dibeli juga kat sini.
Padamlama tk mkn puyuh goreng
BalasPadamSedap2 semuanya tu. Tumis sawi tu nampak menyelerakan.
BalasPadamPuyuh goreng tu, ratah je sedappp
BalasPadamLama x makan telur puyuh..nanti nk beli la..
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.