Bila Dania keluar dengan kawan rapatnya

Dania ni kalau kawan rapatnya masa asasi selalu akan make time. Kebetulan Dania free hari jumaat. Tak ada kelas sem ni hari jumaat. 

Dania pakai tudung baru dari Tudung Ruffle iaitu Modal Shawl. Senang bentuk dan flowy bila pakai. Baju pula warna dusty pink dan seluar berwarna putih. Bawa beg Tante Fanny ya. Boleh pakai dua cara iaitu jadikan beg sandang atau pakai di bahu. 

Tujuan Dania bawa beg ni senang la nak masukkan small gift dan games bawa dari rumah. Mungkin salah satunya UNO BTS. Tempat mereka akan makan dan lepak ni selain ada makanan, ada juga games. Boleh duduk lama-lama juga kat sini. Dah jadi tempat lepak student UPM. Malah, bila time nak final exam, study kat sini pun ada. 


Gift kali ni. Mana yang tak ada tu nanti Dania masukkan sekali dalam gift graduation. Coloured lip balm Alia. Bila google rupanya brand ni halal-certified homegrown dari Malaysia. Kat Watsons ada jual. Ada promosi juga kat Watsons. Harganya jatuh lagi murah. Eh Watsons ni banyak tau promosi yang menarik. 


Gambar yang dapat dari whatsapp Dania. Mereka bertiga je yang ada.
Durrah : Tak datang sebab ada plan dengan kawan yang lain.
Corina : Intern kat Johor selama 1 tahun
Ayuni : Scholarship tak masukkan lagi duit jadi kena berjimat 

Dari kiri, Dania, Wafa dan Hana. Nama Elisha Hana tapi bukan melayu tapi orang Sarawak. 


Gang yang ni Dania kata dah biasa dah ummi depan camera 😅. Nak dekat 5 tahun berkawan ni. Next year kesemua mereka grad kecuali Dania. Dania agak sedih juga bab ni. Dan faham dah kalau nampak Aunty Ezna mesti nak snap snap gambar. 😅


Dalam bekas bulat tu Dania buat banana bread. Gigih nak bagi kawan rasa. 


Ni game yang mereka main. Bukan main ala ala kat Casino tu ya. Main terup biasa je ni. Awal-awal kena beritahu. 

Lepas tu mana gambar makanannya? Dania kata terlupa nak ambik. Sekadar bagi tahu Dania makan buttermilk, Hana makan salted egg dan Wafa pula spaghetti. 😭


Dania makan dengan kawan-kawan dan ummi nak me time ummi ni. Kat mana?. 




XOXO,
Ezna








 

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. i singgah BW ni ezz...jap lg nak kuar antar razeen gi tusyen

    BalasPadam
  2. Haha rindu zaman student kan.. syiok bila dah lepk sama²..

    BalasPadam
  3. Masih berkawan baik, seronok tengok friendship Dania & kawan-kawan.
    Tudung Dania tu lawa.

    BalasPadam
  4. wahhh biar betul tu
    intern selama setahun?
    selama ni dgr sekitar 6 bulan je...

    BalasPadam
  5. Menarik juga lip balm alia tu.. tengah nak cari hadiah sesuai untuk kawan-kawan Wafi. Nanti nak ambil dia akhir tahun sebelum cuti mesti kawan-kawan dia cari ibu Wafi. Adalah buah tangan nak bagi.

    BalasPadam
  6. Isssh saya nih pengen belajar lah nak pakai shawl , sampai sekarang susah nak rapi pakaj ini 🤣😂. Padahal kalau pandai styling tudung shawl cantik sangat.

    Btw, tulisan yang benar TANTE kak ☺️. Tak pakai R di belakang 😉

    Watson nih memang menarik2 barangnya. Kadang kalau dah masuk sini, susah nak stop beli

    Waaah nak rasa lah banan bread Dania 😄. Saya suka banana bread. Saking sukanya, papa jadikan sebagai best seller bread di toko bakery kepunyaan papa di Medan 😄

    BalasPadam
  7. Sweet nya semua. Moga ukhuwah kekal selamanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.