Saya compile bekal yang Dania bawa ke tempat kerja. Selalunya memang bawa bekal. Ada la sehari dua yang Dania beli je makanan. Mungkin ada yang boleh bagi idea untuk bekal ke tempat kerja / sekolah. Ada yang sama je resipi tapi padanan buah mungkin lain atau bahan yang digunakan dalam masakan lain.
1. Wrap Mac & Cheese.
Letak Mac & Cheese dalam wrap.
2. Blanket Dumpling dipadankan dengan nasi.
3. Spaghetti telur masin
Letak juga tomato ceri.
4. Egg drop soup dengan nasi
Nasi ni letak asing la kan.....nasi ni bentuk bulat elok sebab letak dalam cawan. Kemudian baru masukkan dalam mangkuk tingkat.
5. Phad Kra Pow
Ada telur goreng dan ayam. Ayam ni sepatutnya dicincang halus tapi saya potong besar.
Makan dengan nasi.
6. Spaghetti Bolognaise
Dalam mangkuk tingkat yang lain letak spaghetti dengan daun salad dan apple merah.
7. Sandwich sardin dan burger ayam.
Burger ayam ni ada 1/2 cheese yang dibahagi dengan sandwich sardin.
8. Makaroni goreng ni potluck. Buat 8 bekas untuk Dania makan dengan kawan-kawan.
Dalam ni saya letak udang, sotong, telur dan sawi.
9. Nasi dengan lauk (Barat & Timur) :
a. Kentang grill
b. Snow Crab rebus
c. Pucuk paku dengan ikan bilis
d. Lala bercili
e. Sos tartar
10. Nasi goreng udang dengan apple merah
11. Nasi dengan kobis tumis dan sambal tumis ikan bilis.
Ada juga sambal tumis ikan bilis.
12. Mac & Cheese udang dengan lala.
13. Kuetiau ladna.
Kuetiau ni saya gaulkan dengan kicap kemudian gorengkan sekejap. Saya beli ni kuetiau halus.
Kuah ladna ada isi ketam, udang dan sotong.
14. Spaghetti Bolognaise dengan buah naga dan daun salad yang dihiris halus.
Kuah spaghetti bolognaise.
15. Makaroni dengan sup ayam dan buah naga.
Sup ayam.
16. Mi sanggul goreng daging ada telur goreng dan keropok lekor.
17. Nasi dengan wantan goreng dengan sup.
Sup ni ada sawi, udang, carrot dan cendawan butang.
18. Salmon Grill dengan sos tartar dengan nasi
Salmon saya grill dengan bawang putih dan cendawan butang.
Nasi ni letak daun salad.
19. Nasi goreng ayam dengan buah apple.
20. Nasi dengan telur dadar, kerang rebus dan pucuk paku tumis serta 1 slice pizza udang dan anggur.
Ada juga 1 slice pizza udang dengan anggur muscat shine.
21. Nasi dengan anggur muscat shine dan sayur kacang buncis bawang putih dan sambal tumis udang.
Sambal tumis udang dalam bekas lain.
22. Mi sanggul dan telur rebus.
23. Bubur nasi berlauk dengan telur rebus.
Buburnya tak nampak. Dah kena tutup dengan telur rebus.
Lauk bubur nasi ni...ayam goreng dihiris dan sayur kacang buncis bawang putih.
24. Nasi dengan telur kicap, sotong goreng tepung dan kucai tumis.
25. Spaghetti goreng ala cina.
26. Bihun goreng.
27. Nasi dengan lauk masak lemak cili api ketam, telur masin dan daun salad.
Ketam siap-siap buka la cengkerang atasnya. Senang nak makan.
Kuah masak lemak ada tambahan sedikit.
28. Wrap ayam yang diletak daun salad, buah tomato, sos cili dan cheese.
29. Nasi goreng dengan telur mata dan nugget Muiz Hot Chicken.
30. Wrap berisi daun salad, buah tomato, telur rebus, udang dan bihun. Letak mayonis, mentega dan sos cili.
***Kita buat dia. Wrap ni versatil nak masukkan isi apa pun boleh. Masukkan bihun ni alang-alang nak buat bihun sup. Udang tak nampak sebab bawah bihun.
Wrap ni letak isi banyak pula kemudian terkeluarlah isinya. Ni belah dua.
31. Nasi dengan lauk kari sotong, daun salad dan rice paper pancake.
Macam mana nak buat rice paper pancake ni?. Isi dalamnya udang cincang, lada sulah, daun bawang, garam dan tepung jagung sebatikan. Ratakan atas rice paper yang keras (jangan letak air). Oh ya udang tu perlu dikeringkan dulu ya. Kemudian ambil rice paper lain tutup isi tu. Macam sandwich la. Atas bawah ada rice paper. Kemudian tekankan sedikit. Dalam pan, letak minyak sikit dan gorengkan sampai udang dalam tu warna merah. Balikkan kedua belah ya. Makan masa panas memang rangup ya.
32. Wrap pizza dengan udang dan cendawan shitake.
Sos pasta tumis dengan bawang besar, udang dan cendawan shitake. Dah siap ratakan atas wrap dan saya letak cheddar cheese yang saya potong halus2 kemudian tabur atas sekali. Terus cair dah cheese tu. Udang saya letak 4 ekor udang dan saya potong kecil-kecil untuk letak sekeliling wrap. Nak cantik sikit warnanya letak la daun bayam atasnya. Bahan ni je ada dalam peti jadi bahan ni je yang saya letak.
33. Mac & Cheese ayam dengan cendawan.
Ada letak lada benggala warna hijau.
34. Nasi goreng simple. Nama lainnya nasi goreng bodoh.
Hanya letak cili api, cili merah, bawang besar, daun bawang, telur dan sedikit kicap. Letak sedikit daun salad.
35. Nasi dengan lauk sambal ikan bilis dengan bunga kantan, telur dadar dan paprik sotong.
Paprik sotong. Panjang tu serai.
36. Nasi goreng udang pedas. Letak sekali daun salad.
Terletak banyak pula cili keringnya. Bila makan ehhh pedas la pulak 😅. Nak kurangkan kepedasan, letak la sikit kicap manis.
37. Mi kering tumis ala Minang by Sheila Rusly.
Cili merah, cili padi, bawang merah bawang putih tumbuk ./ blend. Goreng udang, fish cake dan fish ball ketepikan kemudian tumis bahan tumbuk / blend. Masukkan serbuk kari, kemudian air, telur jangan kacau...biar dia dalam tu. Last baru sawi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Dalam pada itu celur la mi kering (dried noodles namanya). Nak makan baru masukkan kuah.
Kuahnya yang ada fish cake, fish ball, sawi, telur dan udang.
Bekal selalunya letak dalam mangkuk tingkat ni la. Ada 2 tingkat dan 3 tingkat. Jadi gilir2 gunanya kejap pink kejap hijau. Tengah yang hijau ni bukan pair dia tapi boleh guna juga. Berbaloi la beli kat Wow Shop rasanya. Masa travel pun bawa juga sebab senang nak tapau makanan.
Inilah resipi yang saya sempat masak untuk bekal Dania masa Dania Part-time kat Watsons. Harap boleh bagi idea la. Kadang masa Dania nak makan bekal, ada je kakak yang tanya Dania bawa apa...nak ambik idea nak bawa bekal apa la kot.
Selamat memasak.
XOXO,
Ezna
























































semua pun sedap2 ni ezz..yg penting, dimasak dgn penuh kasih sayang!! i pun bwk bekal roti letak tuna ati ni (folo menu diet meal)
BalasPadamSedap betul..SA skrg dah start dah bawak bekal...kena simpan duit SA nak buat operation buang gigi geraham bongsu..tgh merana ni sakit gigi...
BalasPadamThx for sharing sis =D
BalasPadamSemua sedap. Good job Ummi Dania 👍🏻
BalasPadamsedap2 belaka bekal utk dania tu...rajin or tk je nk buat kan
BalasPadamAlhamdulillah, macam2 menu.
BalasPadamMacam-macam ada haaa...bestnyaa...
BalasPadamPaling teringin tengok Dumplings Blanket tu Kak Ezna..nampak betul-betul sedap yang tu....
Boleh la buat idea nak masak kat rumah ni.
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamBertuah sunggu Dania! Rajin mamanya sediakan bekal ke tempat kerja. Halalan toiiyiban.
Ini bisa jadi referensi saya juga kalau bingung nak masak apa 😍😍😍😍. Saya sukaaa menu simple begini kak. Apalagi tak butuh banyak waktu. Kenyang, sehat dan mudah 👍👍.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.