Tahniah Dania untuk result Final Exam Semester 4 2026


Keputusan peperiksaan Dania untuk semester 4 baru je keluar dan kali ni on the dot dean's list. Alhamdulilah. Subjek makin naik semester memang makin mencabar juga. Kali ni Dania sangat runsing dengan subjek Livestock Breeding. Kesinambungan subjek Animal Genetics. Ni pun adik- beradik Genetics juga. Dania kata dia banyak kena ingat tapi nampaknya kedua adik-beradik Genetics ni Dania dapat A. 

Bila habis final exam, Dania kata dia takut jugak Meat Animal Science. Lecturer pun agak strict. Kemudian takut juga dengan Dairy Science sebab ada satu soalan kira-kira yang Dania kata tak yakin betul ke tak. Mungkin kira nutrien pemakanan ternakan agaknya yang masa buat assignment berhari-hari nak dapat jawapan sampai kena buat kerja berbincang dengan kawan-kawan. Assignment tu siap jam 1 pagi camtu 😅. Poultry Science pula Dania kata macam tak yakin juga dengan jawapan yang diberikan. Eh....pun takut jugak. Dan.....Swine Science pula soalannya Dania kata tak tahu apa yang Prof nak dalam jawapannya dan tak confident dengan jawapan yang diberikan juga. 😨. Lepas tu ada yang cadangkan Dania ambil elektif Advanced Swine Science untuk sem 5 ni. Errr Dania kata yang Swine Science ni pun tough...nak ambil yang Advanced pula. Tu yang kena pilih elektif ni betul-betul. 

Pengsan la ummi....semua pun tak yakin 😭. Jadi saya buat relaks buat peace je la. Tak harapkan apa-apa tapi kalau dapat itu bonus. Bila keluar keputusannya....boleh la menarik nafas lega. On the dot pun kira rezeki juga sebab subjek semester 4 ni boleh tahan susah. Ada kawan Dania bersedih sebab result turun. Dania pun whatsapp balik kata nanti bila nak ambil elektif, kena pilih betul-betul. Ada elektif yang susah jadi kalau boleh elakkan ambik elektif yang tu. Subjek English pula dah last dah Dania ambik ni. Ikutkan plan belajar tu semester 7 baru selesai semua English tapi Dania tarik subjek English ambil awal. Dibolehkan...ikut la kita boleh cope ke tak. Dania dapat Gred tertinggi untuk English. Ada gred 1-4. Kalau gred 1 tu kena la ambik lagi.  

Macam contohnya....bila kena ambik subjek bahasa...kat UPM ni ada Bahasa Myanmar, Thai, Turki, Jerman, Perancis, Mandarin, Jepun, Tamil, Melayu, Arab, Korea, Sepanyol....ada lecturer yang strict sangat nak bagi markah jadi elakkan ambil dengan lecturer tersebut. Melalui pengalaman kawan-kawan Dania juga. Dania kebetulan ambil Bahasa Turki yang student cakap-cakap lecturer ni sangat baik. Memang ya....err Dania mana la boleh dengan orang yang garang-garang ni susah nak masuk minda. Bahasa Korea yang Dania ambil pun dengan lecturer yang fun dengan aktiviti kebudayaan dan makanan dan memang baik juga. Alhamdulilah. Bila dah minat, carry marks Dania markah penuh. Tapi lecturer Bahasa Korea ni dah tak ada. Tips dia pilih lecturer yang ok. Kalau lecturer main subject tu memang tak boleh pilih la. 

Next sem Dania kena ambik Livestock Waste Management dan Meat Science serta kena ambil 4 subjek elektif. Dania dah advance ambil 2 subjek elektif lebih awal dari kawan sekelas jadi tengok la mungkin this sem ambil 3 sahaja subjek elektif. Nak kurangkan jam kredit yang diambil jadi boleh la fokus. 

Nak kekalkan CGPA untuk First Class Honours tu pun jenuh juga jadi Dania kena bekerja keras lagi la. Moga yang baik-baik ajer untuk semester ke 5 nanti. 

Terima kasih buat Prof. Loh Teck Chwen, Dr. Suraya, Dr. Sharmila, Dr. Iswan Budy, Dr. Mamat Hamidi dan Puan Sharifah Aflinda. 

Apa pun tahniah buat anak ummi dan ayah!




XOXO,
Ezna

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Tahniah Dania.. Oh ada subject elektif kena pilih lg ye.. All the best utk semester 5 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada subjek elektif kena pilih iaitu 11 elektif di mana 2 kena ambil bahasa asing (Dania dah ambik 2 dah) dan 9 elektif dari animal science.

      Padam
  2. Congrats dania!! moga dpt maintain dean's list utk the coming semester plak. memang subjects akan jd lg tougher bila dh semakin naik tahun 3 dan 4 (eh course dania ni 4 tahun ker)..zharfan coursenya 3 tahun setengah ajer (termasuk intern, rasanya). apa2 pun tahniah once again!! terbaek sgt!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Course Dania 4 tahun you. Kalau batch Dania yang tak tukar course...insya allah tahun depan grad. Dania pula insya allah 2028 grad. Oh course Zharfan 3.5 tahun ya. Dania pula akan intern sem ke 8. Terima kasih Suzz and terima kasih di atas doanya.

      Padam
  3. Alhamdulillah dah Tahniah Dania. Moga terus cemerlang

    BalasPadam
  4. Congrats untuk Dania..bukan calang calang ye nak dpt result bagus kan.. semoga Dania akan terus cemerlang

    BalasPadam
  5. Tahniah Dania! Power la ambik course animal ni boleh score & dean's list.

    BalasPadam
  6. Tahniah Dania...
    Semoga terus cemerlang..aamin

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Tahniah Dania...!
    Semoga Dania terus cemerlang, Aamiin...

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulillah. Tahniah Dania.

    BalasPadam
  9. Tahniah Dania, semoga terus sukses.
    Insyaallah akan grad dengan 1st class honor nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.