Star Coffee kini dibuka di Fakulti Pertanian, UPM

Dekan Fakulti Pertanian yang mengajar Dania subjek Swine Science (Sains Babi) ni selalulah promote pasal Star Coffee yang akan buka di Fakulti Pertanian. Mulanya bangunan ni saya rasa bangunan untuk menempatkan security guard tapi, security guard selalu duduk di pondok sebelah. Bangunan ni macam kosong. 

Pada hari pembukaannya pada 17 Ogos 2026 yang lalu kami ada pergi. Kebetulan Dania pun off day. Off day Dania tak tentu. Kadang weekdays yang harinya tak tetap. Weekend sangat jarang tak kerja. 


Star Coffee ni terletak betul-betul kat pintu masuk. Tak payah masuk sampai ke dalam Fakulti Pertanian ni. 

Fakulti Pertanian ni tak jauh pun dari pintu masuk utama Farm Fresh @ UPM tu. 


Bangunan Star Coffee dari hadapan. 


Ada produk dari CP juga ya. 


Burger CP bersusun dalam cermin.         


Latte bentuk bunga. Ini air untuk hubby. 


Burger CP Shrimp untuk saya dan Dania. 


Makanan dan minuman di atas meja yang ada hiasan pokok kaktus hidup. Kami duduk tingkat atas. Breakfast kami pagi ni dengan burger CP ya. Sedap la Burger CP Shrimp and Fish ni. Saya suka la. 


Ni saya ambil dari tangga ni. Bentuk bangunan ni bulat. 


Mesin yang digunakan. 


Pekerja siap memakai apron. 


Masa kami pergi ni beli 1 coffee, dapat 1 burger free. 


Masa pergi ni macam ramai staff Fakulti Pertanian je. Ternampak juga lecturer Dania dan jiran kawasan saya yang juga seorang lecturer di Fakulti ini. Beliau berkepakaran untuk subjek Entomologi (Kajian Serangga) / Pengurusan Perosak (Pest Management).  


Baru buka pula time student Bacelor cuti semester. Kalau nak busy kena tunggu semester baharu bermula.

Baru-baru ni di Star Coffee dalam bulan September ni ada perasmian. Papan tanda CPF dan CP dah naik dah. Masa saya pergi hari pembukaan tu masih tak naik lagi papan tanda ni. Tiga dari kanan ialah Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Credit : Fakulti Pertanian UPM

Belah kanan sekali ialah Dekan kesayangan Fakulti Pertanian iaitu Prof Dr. Loh Teck Chwen. Prof juga mengajar subjek Swine Science kelas Dania. Fatherly betul cara mengajarnya. Harap-harap Prof bukalah kuota elektif Feed Processing Technology untuk next semester. Dania berminat nak masuk kelas Prof. 

Credit : Fakulti Pertanian UPM

CP ni memang selalu bagi barangan free kat Fakulti Pertanian. Masa Dania dan kawan-kawan anjurkan blood donation, CP ni yang sumbangkan makanan untuk diberikan kepada penderma darah. Dania selaku AJK dapat la makanan CP ni. Pun salah satu yang memberikan hadiah kepada pelajar terbaik dari Fakulti Pertanian. Selalu juga ada booth untuk ambil student bekerja dan intern dari Fakulti Dania ni masa Agriculture Career Fair. Ada rezeki boleh la Dania intern kat sini. 

Tahukah anda yang CP Group ni beroperasi di bawah organisasi konglomerat multinasional dari Thailand, iaitu Charoen Pokphand Group?. Kalau ke Thailand selalu jumpa burger CP kat 7E kan? Sekarang ni dah senang dah....teringin nak makan burger CP je beli kat Fakulti Dania alang-alang menghantar Dania ke kelas. Tak pun ummi me time dulu kat sini 😅





XOXO,
Ezna



 

7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sy pun suka shrimp burger CP tu.
    Seronok pergi time tak ramai orang. Nampak menarik bangunan cafe ni. Stand alone senang nak parking la agaknya kan

    BalasPadam
  2. Bestnya ada burger CP. Skrg kat 7E cafe pun dah ada jual burger tu. Tapi saya tak pernah beli dan makan lagi. Mungkin sikit masa lagi.

    BalasPadam
  3. Wahh./.Lps ni senang la nk beli kopi..Dekat je =D

    BalasPadam
  4. Sekali pandnag bangunan tu mcm ufo plak hehe... menarik kan ada cafe camtu kat area fakulti. Ini b4 masuk kelas confirm ramai student singgah situ dl ye 😅

    BalasPadam
  5. Bagus strategi dieorang jual burger CP yg famous ni. Untung la budak2 UPM ada port lepak baru di Star Coffee lepas ni 😄

    BalasPadam
  6. Betul kata kak ret. Bentuk bangunan unik 😄 macam UFO.

    Burger cp nih saya tak sempat2 cobaa lah. Padahal kemarin saat menginap di Moxy KL, dekat sangat dengan SevEl, dan di SevEl pun banyak jual kan. Tp tak sempat cari.

    Nanti lah pas Desember harus bisa merasa 😄

    BalasPadam
  7. penat2 study...bdk2 upm bole lepak sini ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.