Hari Kebangsaan ke 69, terpahat di hati. Ni cerita tengahari pulak ni ya. Mulanya kami ke Subway, Dania makan berat kat Subway sebab saya dan hubby ada kenduri nak pergi. Pagi, kami makan roti je buat lapik perut. Dania order Subway yang panjang sikit jadi potong dua. Half lagi makan masa rehat nanti.
Lepas tu kami sama-sama menuju ke surau untuk solat Zohor. Dania pakai baju kat bawah ni la. Kain lipat batik kat depan. Masa duduk kat surau....penyambung kat kain Dania depan tu tertetas. Itu sekali.....sekali lagi Dania bersila....tertetas kali kedua. Tak boleh jadi ni. Walaupun memang Dania dah pakai seluar panjang pun kat dalam tapi tak proper pula kain depan tertetas besar pulak 😅. Takut tertetas lagi sudah.....
Lepas solat, terus bergegas ke Bayu Somerset. Call hubby yang solat tu nasib baik dah selesai sebab hubby nak ke Watsons tempat Dania sebab ada PWP pewangi Soflan harga murah. Hubby nak borong 3. Semenjak Dania kerja Watsons, cari barang pun kadang kat sini jugak. Hehe.
Pilih baju mana nak pakai sebab memang emergency pun. Pilih yang memang dah aim lama...ummi je buat tak tahu 😆. Sebijik kat bawah ni. Butang cheongsam baju kurung ni tapi design oriental. Dania kena pakai baju kebangsaan kat Watsons masa Hari Kebangsaan. Tapi....kena cari yang senang masuk dengan tudung warna ungu.

Credit : Bayu Somerset
Ada je baju ni warna ungu tapi Dania suka warna biru lagi. Boleh masuk jugaklah tudungnya. Dah pilih suruh staff Bayu Somerset gosokkan. Tukang gosok orang lelaki ya. Nasib baik masa kami masuk tu kami je yang ada kat kedai. Lengang kedainya. Terpaksa la minta extra service. Errr tapi kasutnya sukan la pulak sebab senang nak bergerak. Kali ni kainnya berkipas di belakang. Kalau kain berkipas ni selesa juga nak bergerak. Memang kemas la budak ni gosok. Kiranya Dania pakai warna color block.
Since cerita ni berkaitan jadi saya jadikan 1 entry je la sebab lepas hantar Dania, saya dan hubby ada pergi kenduri dan MAHA. Later saya cerita.
Malam, Dania dok whatsapp saya kata Watsons blackout dari jam 7 malam. Saya kata boleh balik tak?. Huhuhu. Memang tak la ya.
Malam, masa nak balik shutter stuck sebab elektrik tak ada balik (on and off). Dania kata shutter tak boleh buka jadi stuck kat dalam. Hubby masa ni dah tiba kat IOI City Mall tapi kelibat Dania tak ada lagi. Lewat sampai 15 minit dari masa sepatutnya. Saya bagi tau yang Dania stuck kat dalam kedai. Boleh ke pergi tengok. Kalau saya tak ada....mak mak kan mesti nak hantar wakil juga. Bapa bapa ni jenis boleh lagi buat relaks buat peace.
Masa tiba tempat kejadian, hubby tak nak saya risau jadi dia hantar la gambar ni. Dah ada electricity balik.
Hubby hantar pula gambar ni. Hubby tengah bercakap dengan Dania ni. Dalam masa bercakap tu....(gambar atas) nampak tak yang cuba tanggalkan Jualan Mega tu....masa ni ada pekerja Watsons 2 orang cuba buka shutter secara manual dari luar. Entah macam mana terkena dengan tangga tu dan tangga tu bergoyang. Apa lagi budak atas tu panik dan hubby kata terjun tangga. Tersalah terjun terjatuh kena kat rak kat belakang. Aduhhhh sakit tu. Kemudian landing kat lantai terhentak bahagian belakang badan.
Hubby dapat menyaksikan depan mata la.
Bila keadaan reda, Dania sambung buat kerja sampai jam 11 malam....nak kena kemas barang sebab 1 September 2026 (keesokannya), ada auditor dari Hong Kong nak datang audit. Tapi....errr 1 September 2026, Dania diminta untuk datang jam 7 pagi tapi Dania datang jam 8 pagi sebab penat kerja malam sebelumnya tak habis lagi. Dania whatsapp pagi tu kata masuk jam 8 pagi. Begitulah kisahnya....peristiwa mendebarkan bermula dari petang sampai ke malam.
XOXO,
Ezna




terperangkap dalam store memang agak mendebarkan. macam macam kita ni fikir.
BalasPadamMemang ya pun Yan. Kalau panik sangat kot umminya pecahkan shutter tu je. Hehe
PadamPernah dulu terperangkap di atas puncak KL Tower. Masa tu baru seminggu kerja. Lift tak ada. Tak kan nak turun tangga. Memang tak la. 2000+ nak tangga.
BalasPadamHaaa tudia...eh nak naik puncak tu bukan naik lif ke? Ke lif rosak masa tu?. Tinggi tu nak turun.
PadamNasib baik Dania x ikut panik...macam-macam hal ye..harapa staff yg jatuh tu OK la xde yg mudarat..
BalasPadamEsoknya pening kepala dan bahagian belakangnya sakit SA....
PadamCantik baju Dania, manis jer..
BalasPadamTerima kasih....baju pilih pun cepat2.
Padambila black out memang stress dan mcm2 boleh jadi...dania keje watsons sampai abih bln ni ke ezz? uia new sem start 28 sept
BalasPadamYa Suzz sampai selesai 30 September ni. UPM masuk 5 Oktober 2026 untuk student lama ni. You.....result final exam pun tak keluar lagi ni....UIA memang pantas.....jadi ada 4 hari la cuti sebelum masuk belajar.
PadamPenatnya Dania, lepas melalui petang yang mendebarkan masih kena sambung kerja sampai malam demi persediaan audit 😮💨 Semoga urusan audit berjalan lancar dan dipermudahkan.
BalasPadamAudit pun dah selesai dah tapi penat la yang kena kerja malam, lepas tu esoknya pagi pulak.
PadamDania nampak relax je. Harapnya staff yg jatuh tu tak de apa2. Klu cedera & kena pergi klinik boleh claim SOCSO tu.
BalasPadamSelalunya yang panik confirm ummi dia. Haha. Esoknya katanya staff tu sakit kepala Carneyz. Dia kerja dulu baru gi klinik. Dania kata...kalau Dania sakit memang MC terus la.
PadamBeli terus pakai ye. Mujur kejadian kat mall dapat la cari baju yang sesuai.
BalasPadamAh ah, baju inner lengan panjang dan seluar dah siap dah pakai kat dalam jadi ok sikit la. Selalu baju memang basuh dulu baru pakai. Ni emergency dah ni Cie.
PadamYa Cie sebab dalam dah ada inner lengan panjang dan seluar. Bila pakai ok la sikit. Selalunya memang basuh dulu tapi kali ni emergency dah ni. Nak masuk kerja dah.
PadamBab terperangkap dlm kedai tu paling risau huhu...
BalasPadamBagus juga staff BS tu boleh tolong gosokkan baju. Untung Dania, dapat baju baru hehe
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.