Makan, mencari BTS dan Adidas

Dania balik petang sebab kena kerja pagi, jadi saya ke Watsons kejap nak bagitau Dania suruh tunggu saya kat mana. Ni saya ada beli coklat kot. 


Lepas tu singgah la Boat Noodle. Cari tempat paling tepi. Boleh la sesekali tengok orang main ice skating. Meja pun kecik sangat. Sesuai la saya seorang je. 


Order teh thai dan wantan goreng. 


Rupa wantan goreng. Sedap sebab rangup. 


Lava Egg Kra Pow. Bawah telur tu nasi. 


Menu nak makan apa....


Saya order tu air Cha Yen @ Thai Iced Tea. 


Bila teringin nak makanan siam tu yang datang sini tu. 


Sementara menunggu Dania, saya jalan-jalan dulu dalam mall. Singgah Laneige nak ambik gambar Jin BTS. Staff situ kata akak influencer ke?. 😅. Tak beli ya. Hanya ambik gambar je. Pssttt staff Laneige ternampak sikit je dalam gambar. Saya nak ambik gambar Jin je. Guna kamera tu agaknya influencer tu 😜


Ada pula muka J Hope BTS kat iklan Colgate Optic White. 


Asal Dania masuk kerja je lalu depan J Hope BTS la. 


Yang ni tak perlu diperkenalkan lagi. Selalu je masuk blog post saya. Duta Calvin Klein pula ialah Jung Kook BTS. 


Ni iklan kat peti ais Coca Cola dalam FamilyMart. Ada muka Taehyung @ V BTS pula tapi nampak pelik sebab kepala besar pulak. Salah angle ke...sebab kena edit ke....entah la. 


Dania selesai kerja je dia bawak ummi ke butik Adidas. Nak tunjuk T-Shirt F1 warna ungu gelap. Kalau dekat-dekat boleh nampak ada design bunga juga tapi halus je. Dania minat team Mercedes dan team Ferrari. Kalau pemandu, Dania minat Charles Leclerc dari team Ferrari. Awal-awal lagi dah tau nak beli apa. Bila dapat je gaji boleh terus beli ya. Elok dari warna putih yang cepat kotor nanti atau hitam pula takut panas pula. 

Tak lama dah nak tengok team Mercedes dan Ferrari beraksi di Bahrain Grand Prix di Malaysia. Tak sampai sebulan pun....


Begitulah kalau dah minat kan.....




XOXO,
Ezna





 

20 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Nak beli putih, risau kotor.. nak beli hitam, menyerap panas..
    Last² banyak warna hitam je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi yang warna putih tu cantik juga.....Dania pilih ungu gelap ni. Katanya nanti kalau kena turun ladang boleh pakai....kena cari baju 2 in 1 ni.

      Padam
  2. Kalau minat sanggup buat apa sahaja. Tapi kena berpada2 lah. Pesanan khidmatan masyarakat ini ditujukan pada semua yang membaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya minat kena ada sempadannya juga. Buatlah apa yang tidak melanggar batas.....kena jaga maruah sebagai seorang wanita.

      Padam
  3. Lama betul tak makan di Boat Noodles...sampai cawangan yang kat rumah dah tutuplah hahaha...
    Tapi sebagai peminat Teh Ais, memang suka Thai Iced Tea dari Boat Noodle...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lerrr Boat Noodles ada yang tutup jugak ya?. Iced Tea ni sedap tu yang dok ulang minum yang sama kalau ke sini.

      Padam
  4. Balasan
    1. Baju dengan harganya nice Nieza. Nasib baik guna duit kerjanya....ada la something beli dari titik peluh sendiri.

      Padam
  5. lava egg krawpaw die bg telur mata plak...kita mkn dlu telur dadar...kita suka menu chicken krawpaw tp skarang dh tkde...roti sangkaya tu fav juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah dia bagi egg yang tu Amy. Roti Sangkaya tu kalau sorang2 tak order. Kalau ada Dania kita order.

      Padam
  6. Hamboiii... siap ditanya influencer lagi.
    Ada aura tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nak tergelak pulak siap cakap ehhhhh bukan....bukan......

      Padam
  7. cntik baju warna hitam..aunty SA sukaaaaa...kalau putih cepat kotor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang warna hitam juga Aunty SA....Dania akhirnya ambik dark purple.

      Padam
  8. Akhirnya dapat yang dihajati ye Dania 👍🏻

    BalasPadam
  9. ooo tulah yer baju yg dania aim nak beli tu....dpt gaji boleh terus beli tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat pos ni ditulis dah beli pun. Alhamdulilah. Masa dia beli pun ada orang lain beli design yang sama jugak. Penaja besar team ni Petronas. Tu yang lambang Petronas kemain besar.

      Padam
  10. Warna gelap tak cepat kotor dan tak jarang kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mulan tapi kena pakai baju lengan panjang juga sebab baju ni lengan pendek.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.