Kita bersaudara?

Kenduri yang saya pergi tengahari pada hari kemerdekaan merupakan kenduri kepada anak kawan hubby bernama Azmisharulzaila. Hubby panggil Sharulzaila. Kawan satu batch di MRSM Beseri. Pada hari yang ditetapkan, kami tiba la kat majlisnya. Adik saya Erma pun dijemput kerana isteri kepada Sharulzaila ni dulu kerja dengan adik saya Ema (nama panggilan adik). Ema pegawai kepada isteri kawan hubby ni. Eh...kecik betul dunia ni ya. 

Nak jadikan lagi kecik dunia ni....eh kenapa ada sepupu papa saya pula kat majlis? Apa kena mengena pulak?. Saya rasa kelakar sebab sepupu ayah saya ni memang selamba. Ex Army dan Pakcik Pian reply 'Ko jangan tanya aku. Aku pun tak tahu apa kena mengena'. 😅. Uncle Pian ni la yang duduk meja utama masa saya kahwin dulu sebab sekepala dengan papa saya dan lagi seorang Pakcik Lan. Rumah bumbung biru kat Siputeh, Perak. Papa dan Pakcik Lan dah meninggal. Tinggallah, Uncle Pian Alhamdulilah masih kuat lagi....


Awal-awal lagi dah jemput ke kenduri akikah cucu kat Port Dickson bulan 12 nanti tapi kami tak tahu pulak anaknya kahwin bila. Pakcik Pian tanya....'ko tak pergi ke majlis kahwin?' Saya kata tak. Hahaha....tau tau dah ada cucu pulak ya....😅. Sebenarnya Uncle Pian dah key in nama kami semua dalam phone tetapi bila Pakcik Pian pun lupa nama apa...macam mana nak cari dalam phone 😅. Orang tua kan....


Nak dijadikan cerita, isteri Pakcik Pian ni bersaudara dengan ibu mertua kawan hubby Azmisharulzaila tu. Dua pupu kepada ibu kepada isteri Azmi la. 


Gigih saya menanya kat ibu mertua kawan hubby tu ya. Disebabkan perkahwinan ikatan persaudaraan pun terjalin. Belah isteri kawan hubby ni orang Kelantan, belah kawan hubby orang Perlis. Isteri Uncle Pian ni orang Kelantan rupanya. 


Kanan depan ni anak sulung Pakcik Pian. Pernah kerja sekali dengan adik ipar adik saya dulu. 



Camelia ni la anak kepada kawan hubby ni tapi nampaknya macam hubby seorang je dijemput ke majlis perkahwinan dari wakil MRSM Beseri, Perlis. Azmi kawan hubby ni masuk perkhidmatan PTD junior dari adik saya. 


Dalam lif dengan anak saudara saya. Depan sebelah saya Eerfan, Sofiah dan Musyafee. Adlina tengah kerja sebelum masuk IPTA nanti akhir bulan September ni. 

Jadi, tema kami tiga beranak ni purple. Saya dan Dania tudung purple, hubby baju purple. Dania kat tempat kerja la dengan tudung purple tu. 

Kecik kan dunia ni?. Mana la tahu bila ke kenduri selepas ni jumpa pula saudara yang lain. 





XOXO,
Ezna





 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. kiranya sedare bau bau bacang lah kan ni..best dpt jumpa sedare mara kat tempat kenduri. merapatkan silaturrahim gitu. sweet lah ut OOTD tu ezz..baju kurung design gitu nampak muda hehehhe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.