Sepanjang Dania kerja ni tak pernah la dapat ikut ummi dan ayah kenduri. Selalunya Sabtu dan Ahad kendurinya Dania kena kerja. Tak ada rezeki nak pergi bertiga.
Kenduri kali ini berlangsung di Azue Event Hall dalam Evo Mall, Bandar Baru Bangi. Majlis ni rumah jiran sederet dengan rumah saya. Anaknya kahwin. Hall pula sangatlah cantik.
Kat siling berjurai bunga-bunga.
Pelamin pun cantik sebab banyak betul bunganya. Macam kat dalam taman bunga.
Jalan menuju ke pelamin tu di bawahnya ada lampu LED. Tetamu nak lalu pun takut bukan apa sebab nampak macam kaca kan?.
Bunga di dalam pasu cantik berukuran tinggi sepanjang ke pelamin.
Di kejauhan nampak meja panjang makan beradab.
Jalan yang menuju pelamin ni boleh nampak pantulan dari siling.
Memang cantik dewannya ni.
Close up pelamin nan indah.
Sebelah suami ni jemaah kat surau yang datang tanpa pasangan jadi join la kami berdua. Beliau bercerita anaknya lelaki nak kahwin dengan orang Kazakhstan dan banyak la prosedur kena lalui. Bakal menantunya kerja di salah satu syarikat di Malaysia. Bila imigresen Kazakhstan key in dalam sistem nama sekali dengan bin tanpa 'surname' jadinya akan ada masalah jika nak daftar perkahwinan sebab perlukan nama sendiri dan 'surname'. Imigresen key in mengikut nama di dalam passport. Kita mana ada 'surname' kan terus nama kita dan ayah. Anaknya hampir give up la nak handle sebab kena pergi dapatkan surat dari kedutaan, kemudian ke imigresen kemudian daftarkan perkahwinan barulah selesai semua dan dibenarkan berkahwin. Akhirnya....tetapi ada satu masalah lagi iaitu nenek bakal menantu meninggal dan budaya di Kazakhstan ialah berkabung selama 1 tahun. Maka, pihak lelaki berbincang la untuk at least nikah dulu dan majlisnya setelah 1 tahun. Alhamdulilah, semua dipermudah dan keluarga perempuan pun bersetuju.
Bukan apa....kan ke perempuan ni bekerja di Malaysia. Kalau tak ada ikatan selama 1 tahun tu susah juga kan. Dah ada ikatan, tak adalah benda yang tak baik berlaku. Nak tunggu 1 tahun baru nak bernikah mungkin agak lama kan....tu la bila berkahwin dengan warga negara luar nak kena juga ikut budaya mereka tapi kita pula kena ada toleransi dan kesepakatan untuk mencari titik tengah kan. Seronok pula mendengar ceritanya. Kalau tak cerita, kita pun tak tahu budaya sana kan?.
Nak dijadikan cerita, besannya iaitu bapa kepada menantunya (anak yang dah kahwin sebelum ini) sama sekolah / sama batch pulak tu kat MRSM Beseri dengan hubby. Terjumpa dengan hubby masa kat surau. Kecik dunia ni ya?.
Ni lauk pauk yang saya makan. Saya ambil nasi putih. Tak terlihat dalam gambar ialah tapai yang ada 3 tangkai. Saya agihkan kat suami dan sebelah suami tu. Nasib baik saya agihkan sebab bila makan tapai tu manis walaupun sikit je tapainya. 😅
Masa ni tunggu hubby dan yang duduk dengan kami ni ambik makanan. Saya cop tempat je la. Hehe
Nak ambik makanannya kat hujung sana tu.
Ni lah pengantinnya.
Memperkenalkan Irfan & Melissa. Anak jiran saya yang perempuan.
Peramah juga Irfan ni. Saya kata pandai pilih yang cantik ya?. Happy la Irfan.
Lagi gambar pengantin.
Bila kami nak balik, yang duduk dengan kami tu pun nak balik.
Marilah kita wefie....sempat juga saya ambik gambar jiran saya dan keluarga.
Saya dan jiran saya ni Dr. Mohd Khafidz Mohd Ishak. Beliau adalah Dr pakar ketagihan dadah jadi pernah bagi talk pasal ketagihan dadah kat surau. Isteri Dr Khafidz bernama Kak Rabiah. Patut la anaknya Melissa lawa. Tengoklah Kak Rabiah pun. Kak Rabiah pakai warna Strawberry Matcha. Saya pula lebih senang jubah hitam je. Beg tangan pun hitam.
Tahniah buat kedua ibu bapa dan pengantin. Moga dikurniakan perkahwinan yang bahagia.
Hari ni hari terakhir Dania part-time kat Watsons. Alhamdulilah, jadualnya Dania kena kerja pagi dan balik petang. Macam kejap je masa berjalan....jadi, lepas ni komitmen Dania menjadi seorang pelajar. Kena bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred yang baik. Insya-Allah.
XOXO,
Ezna


cantik hall nya...selamat pengantin baru utk pasangan mempelai
BalasPadamCantiknya dewan dan dekorasi pelamin! Nampak gah sangat dengan tema bunga-bunga tu. Tahniah buat jiran Ezna dan pasangan pengantin baru, Irfan & Melissa. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke jannah
BalasPadamCantiknya dewan dan pelamin. Moga berbahagia selamanya buat pengantin
BalasPadamCantik2 dewan2 kawin sekarang. Masa ke depan anak2 kita nak kawin nak cari dewan yang manalah gamaknya ye.
BalasPadamSerius cantik hall ni sis =D
BalasPadamCantik pengantin perempuan. Dewan pun alahai cantik betul deco nya tu. Meriah.
BalasPadamSemuanya tampak cantik dan sempurna alhamdulillah. Banyak prosedur ye nak kahwin dgn orang luar ni.
BalasPadamTahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Betul la…laluan ke pelamin tu macam kaca, ragu-ragu nak melangkah 😄
BalasPadamKita yang dengar ni pun dah rasa rumit urusan kahwin dengan orang luar. Syukurlah semuanya dapat diatasi.
Azue Event Hall tu nampaknya memang cantik, dari bunga berjuntai di siling sampai laluan LED ke pelamin, mesti terasa macam masuk taman bunga.
BalasPadamHaa betullah.. cantik pengantin perempuannya.. maknya pun sama.
BalasPadamMmg comel pengantin nya ye hehe... sedap mata memandang.. emak nya pun lawo juga rupanya ehhee...
BalasPadamPape pun selmat pengantin baru
lawa sungguh hall nya. bride nya pun lawa!
BalasPadamBila sis cerita pasal prosedur nak kahwin dengan orang luar negara ni, teringat pengalaman adik saya nak kahwin dengan warga Singapura. Kena turun naik Wisma Putra, jabatan agama, pergi pejabat high commission Singapura lagi nak submit macam2 borang... Memang banyak la prosedurnya nak berkahwin dgn bukan warganegara ni tapi takde la serumit nak berkahwin dgn org Kazakhstan. Nikah pun kena buat dalam bahasa Inggeris sebab adik ipar saya tak pandai berbahasa Melayu walaupun orang Melayu sana. Bila tok kadi bagi ceramah sebelum nikah tu macam itik dgn ayam la dia bercakap dgn adik ipar 😅
BalasPadamBtw selamat pengantin baru buat Melissa dan Irfan 💕 semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
sweet muka pengantin, sekali pandang macam hannah delisha
BalasPadamLerrr patut la masa tengok hari tu kenapa macam pernah tengok muka ni ya lah....macam Hannah Delisha sikit. Patut la sebab tengok citer 'hantu' Hannah Delisha sekarang ni yang ibunya Umi Aida.
PadamWaaah memang cantiiiiik dekorasinya. Pelaminan dah macam kursi singgasana Krn ada hiasan di belakangnya 😄❤️.
BalasPadamApalagi banyak pakai bunga begitu . Memang serasa di taman kak.
Tapi jalanan LED tuh tak licin kah? Krn dulu ada kejadian di sini, pakai kaca macam tuh, dan salah satu tamu terpeleset, sebab licin sole sepatunya ketika berjalan di atas kaca
Tadi baca ulang ceritanya, sebab awal2 saya pikir si Melissa ini yang orang Kazakstan. Ternyata bakal menanti dari tamu yang duduk sebelah suami kakak yaa.
Tak sangka rumit juga nak menikah dengan Kazakhstan. Saudara2 saya banyak yang menikah dengan foreigners, tapi mostly dengan Belanda, dan US .tak lah serumit itu prosedurnya.
Cuma memang beda negara, beda aturan kan . Kalau memang cinta akan dilalui ðŸ¤
Cantik semuanya..tahniah kepada mempelai, selamat pengantin baru!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.