JJCM di Kuala Lumpur?. Bukan saya...tapi Dania. Ayah dia ajak la breakfast dulu. Kami ke Tamam Tea & Coffee sebab satu jalan je nak hantar Dania ke MRT. Kebetulan masa keluar ni off day Dania la ni.
Roti canai sarang burung.
Nasi lemak telur mata untuk hubby. Ada keropok juga tapi keropok ni saya yang perabihkan 😅
Dania makan roti planta. Plan nak jumpa Iman Aimuni di MRT tu jam 10 pagi.
Sebelum makanan tiba snap la gambar Dania. Jenuh tanya ummi kena ke pakai shawl ni dengan baju ni?. Dania sangat particular dengan pakaian ni...kalau tak match jenuh nak cari shawl warna lain pulak. Mungkin anak perempuan agaknya kan?.
Gaya Dania pada hari tersebut. Baju Poplook ni Dania ada warna navy, kuning dan light blue. Dania padankan dengan baggy jeans. Kasut pulak kasut NB selesa nak berjalan sebab dalamnya ada cushion. Bag LC warna Petal Pink ni senang nak masuk semua barang dalam tu.
Dania whatsapp ummi gambar dalam MRT nak tunjuk dah dalam perjalanan la. Saya ok je Dania keluar dengan kawan perempuan ni. Dah bagi tahu Dania awal-awal ummi tak suka Dania keluar berdua dengan lelaki. Tak pernah pun. Kalau keluar ramai2 lebih perempuan pada lelaki saya ok lagi sebab pernah Dania dan kawan2 sekelas pergi makan nasi tengahari bersama-sama.
Ke mana pitstop Dania dengan Iman ni?. Amboiii Iman dah siap-siap plan nak singgah mana dulu....Iman ni jenis suka proper planning.
Makan tengahari mereka berdua di 1. Oriental Kopi, TRX. Kat sini jalan-jalan dan solat zohor juga kat sini.
Iman order Pan Mee.
Dania order Hor Fun.
Ada event F1 juga di TRX.
Dania kata ada tengok event ni juga. Maklumlah tak lama lagi ada event The Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.
Naik pula public transport ke destinasi kedua iaitu 2. KLCG berdekatan dengan Central Market. KLCG ni ada halal dah ya.
Minum petang pula kat sini. Tengok la apa yang dipesan ni.
KLCG ni pernah lalu je tapi tak pernah singgah.
Aneka pastries la...geram tengoknya.
Tart la, kek etc......
Singgah juga 3. Central Market. Dania tak bagi pula gambar kat CM ni.
Gambar bawah ni masa Dania keluar dengan saya dan ayahnya. Letak la gambar CM dari tak ada. Hehe.
Solat Asar kat Central Market ni la. Dania kata bila lif bukak gelap kat situ tapi ramai orang. Surau macam baru renovate dan ada karpet. Ummi susah nak imagine sebab takde gambar.
Next pitstop ialah 5. MyTown. Ni tak ada gambar tapi memang ada stesyen MRT yang direct ke stesyen Kajang. Katanya kat sini ke Butik H&M nak tengok ada sale ke tak 😅
Bawah ni gift untuk Iman. Saya ada buat teka jenama lip balm yang Dania pakai sebab masa Dania kerja, ada 2 orang pelanggan Watsons 2 hari berturut-turut tanya lip balm yang Dania pakai. Jadi, saya suka2 la letak kat IG Story saya teka jenama lip balm yang Dania pakai. Kalau betul, saya akan belikan Innisfree dengan code warna Rose Brick yang sama Dania pakai dan..... Iman reply Innisfree. Iman siap cakap betul ke Aunty nak belikan?. Aunty Ezna ada tipu ke? 😅. Tak percaya la tu kan....teruslah saya order online jenama dan code yang Dania pakai tu. Top up juga 1 face mask dari Innisfree jugak. Lepas tu saya tambahkan juga Vanity Pouch dan sticker dari Bayu Somerset. Saje suka-suka sebenarnya. Ikutkan beli lip balm tu ajer.
Lip balm Innisfree ni pula kebetulan ada kolaborasi dengan Toy Story jadi bekas dia pun Toy Story juga. Comel ada Mr & Mrs Potato Head. Nampaknya blogger Fanny dari Indonesia pun ada beli juga ya. Hehehe. Comel masalahnya....
Tapikan....beli kat Tik Tok Innisfree harganya lagi berbaloi la berbanding website Innisfree.
Letak dalam blog boleh jadikan reference sebab saya lupa bagi apa kat kawan-kawan Dania ni. Ni buka semester ni ada juga gift untuk 3 orang kawan yang Dania baik kat kelas. Sebelum bercuti tu seorang kawan ada bagi gift kat Dania dan 3 kawannya. Mereka ni dalam kelas baik 4 orang. Jadi ni saya prepare gift untuk mereka bertiga la....nanti kena letak juga dalam blog untuk reference.
Jadi....seronok la Dania pergi JJCM kali ni dengan Iman. Terima kasih Iman sebab ajak Dania keluar dan plan nak pergi mana.
XOXO,
Ezna
















Macam tu la kan bila anak perempuan kena control betul2 bab lelaki ni. Keluar dengan perempuan ok la.
BalasPadamCie....ada anak besar Dania jenuh nak kepung...cumanya nasib baik Dania masih nak dengar cakap ummi dan ayahnya. Mungkin ada family yang tak kisah pun anaknya keluar berdua. Kalau ummi....cakap direct je tak suka keluar dengan lelaki...(buat masa sekarang sebab masih belajar).
Padambyk tmpt jjcm tu...dessert kt KLCG tu slalu gk tgk..skarang dh ada halal bole la singgah nanti
BalasPadamYa katanya sebelum ni belum ada halal lagi.
PadamHahaha faham sangat bab shawl kena match dengan baju tu 😄 Dania nampak jenis teliti bab penampilan. Siap fikir kasut selesa dan beg praktikal, memang lengkap gaya berjalan!
BalasPadamBoleh murung kalau tak match SR. Belum lagi kalau shawl tak jadi pula...adehhhh
Padamnice la ootd dania. nampak fresh dan sweet, sesuai utk teenager mcm dania
BalasPadamYg penting Suzz....tutup mana2 yg patut tutup Suzz....
PadamCantik je ootd Dania tu. Baggy jeans nampak cantik 👍🏻
BalasPadamSeronok dapat keluar dgn kawan, banyak tempat juga cover tu. Best Iman dapat hadiah best dari Aunty Ezna.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.