Bila Dania masuk kerja petang dan ayah Dania bagi idea makan kat Madam Kwan, jadi saya pun ok menurut perintah. Hehe.
Madam Kwan kat IOI City Mall ada Halal Jakim ya jadi makan la dengan tenang. Dah banyak cawangan Madam Kwan ni tapi inilah pertama kali kami makan kat sini. Kat mana-mana cawangan pun tak pernah kami merasa sebelum ini.
Hiasan kat siling. Tumbuhan hijau tiruan la ni. Macam ala ala makan bawah pokok.
Nasib baik la masa kami kat depan Madam Kwan ni dia bagi masuk dan ada tempat kosong untuk kami bertiga. Kalau tak ada, kena la beratur kat depan.
Hiasan dalamannya bertemakan kayu. Nampak cosy sangat.
Hubby order teh tarik dan ada biskut nostalgia ni juga. Ok rasanya sebab tak pekat sangat tehnya.
Saya makan bihun sup wantan. Sedap ya....ada sekali dengan cili kicap dan sambal merah tu katanya untuk cicah Wantan. Saya letak cili kicap tu dan ada cili api tu sedap gigit-gigit bagi pedas sikit.
Isi wantannya sedap sangat. Penuh isinya.
Order pula Air Batu Campur (ABC). Isi dia banyak ya terletak kat bawah sekali.....siap tapau lagi ni sebab banyak. Saya share dengan Dania. Air kosong pun ada juga untuk saya dan Dania.
Hubby makan kuetiau goreng. Sedap juga. Saya pun pass juga wantan saya kat hubby. Ada 3-4 kot wantan dalam sup saya.
Dania pilih mi sup wantan. Pun sedap juga. Dania memang peminat mi pun.
Mi sup wantan pun datang sekali dengan cili kicap dan sambal. Sama je supnya… Bezanya isi apa kita nak letak… mi ke, kuetiau ke, atau bihun?
Ada keropok juga diletak kat meja kalau nak merasa....kena beli dulu la ya....
Ni gambar masa makanan tak tiba lagi.
Ok dah nak gerak dah....sama-sama ke musolla untuk solat zohor. Lepas tu Dania masuk kerja. Ummi dan ayahnya balik la rumah.
Lagi berapa hari je lagi bulan September nak melabuhkan tirai. Ini bermakna Dania pun nak bye bye kat Watsons. Minggu depan 30 September 2026 ialah hari terakhir Dania bekerja. Eh kenapa rasa cepat ya? Surat berhenti dah bagi pada 22 September 2026. Kak Shu kata eh Dania nak berhenti?. Kak Shu saje je buat lawak sebab memang Dania dah bagi tahu nak berhenti 30 September ni masa kerja bulan Julai. Kak Shu juga yang mengambil Dania bekerja. Terima kasih Shu 💜
Sehari duduk rumah....hari Jumaat - Ahad F1 pun bermula....Isnin nya pulak dah mula kelas pertama untuk Semester 5. Alhamdulilah. Cepatnya masa berlalu kan?.
XOXO,
Ezna


Dekorasi kayu memang bagi suasana cosy dan selesa. Dah dapat duduk, bolehlah tenang-tenang pilih menu pula. 😋
BalasPadamNasib baik ada tempat kosong SR. Kalau tak ada kena la beratur kat depan tu haa....
PadamCepat masa berlalu, semoga di permudahkan urusan sem 5 untuk Dania.
BalasPadamYa cepat sangat masa berjalan ya.
PadamSy dh lama x pegi mdm kwan...Sy pun suka kueyteow goreng dia sis =D
BalasPadamDulu rasanya pernah makan kat Madam Kwan ni.
BalasPadamwahhh 3 bulan jugaklah yer dania keje kat watsons tu...uia start new sem 28hb ni ezz..i pun dh ada lecture 28.9 tu.. mdm kwan memang mknn sedap2 kena dgn tekak, yg penting certified halal!
BalasPadamMenarik packaging keropok.
BalasPadamTak penah lagi makan di Madam Kwan, teringin nak cuba kuetiau goreng tu.
Nasi Bojari femes kt sini..kita suka Cantonese Beef Fried Noodle sbb daging nya byk..menarik gk menu mi sup wantan
BalasPadamMasa kerja kat KLCC dulu mmg selalu makan kat Madam Kwan's ni tapi skrg dh lama tak makan kat sini. Dulu selalu pesan Nasi Bojari tapi portion mmg besar la 😅 suka lauk2 masakan baba nyonya kat sini jugak mcm asparagus belacan, udang sambal petai, lauk salted egg etc.
BalasPadamRamai juga dlm restoran nampaknya, mmg pilihan ramai la MK ni... Sedap hirup sup wantan tu panas-panas kan...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.