Selain dari pembelian di sini untuk hadiah graduasi, saya mencari lagi beberapa item untuk hadiah kawan yang Dania baik masa asasi ni. Lain sikit la hadiahnya sebab selalunya bagi bunga kan?.
Item yang saya beli ni Naelofar x Polly Pocket. Sekarang ni memang ada harga yang berbaloi kalau nak beli. Jadi....apa yang saya beli?
Cap dan set stokin Naelofar x Polly Pocket.
Dalam satu set stokin ni ada 3 pasang stokin jadi boleh bagi seorang satu pasang stokin. Saya beli 2 set. Dania punya saya bagi 6 pasang ni (Hadiah birthday bulan 11 ni 😅). Dah beli siap-siap. Jadi, Dania ada both set. Untung beli awal-awal sebab bila ada harga yang berbaloi...kita boleh beli lebih.
Credit : Naelofar
Ni pula cap corduroy warna hitam ni saya borong 5 terus. Dania pun ada warna pink. Pun dah beli awal-awal lagi untuk hadiah birthday.
Credit : Naelofar
Saya pilih click & collect kat Naelofar IOI City Mall. Dah alang-alang nak ambik Dania tu, bila barang dah sampai Naelofar, kita akan terima email & whatsapp. Bila nak ambik barang, kena tunjuk la whatsapp atau email.
Bila dah pick up, ada link kita kena click untuk menunjukkan kita dah pick up.
Nasib baik Naelofar ada kat IOI City Mall ni jadi senang la kalau nak beli barang pick up je kat sini. Jadi...hadiahnya setakat ni cap, stokin dan Tigger squishy & makeup sponge collection. Tigger squishy & makeup sponge collection tu baru-baru ni saya borong lagi sebab nak bagi gift untuk graduation kat girls kelas Dania (Graduation tahun 2028 ya 😆, saya dah siap beli).
Mana boleh fikir panjang kalau harga satu tu 80 sen je. Kalau cari item yang sama kat shopee kan....harganya RM5 satu. Beza banyak tu. Kelas Dania ada 30 orang girls dan 7 orang boys. Boys ni Aunty Ezna fikir lagi nak bagi apa.
XOXO,
Ezna



cute sangat dan harga berbaloi2!!! happy saturday ezz
BalasPadamHappy Saturday Suzz. I baru balik wedding ni.
Padamcantik warna2 stokingnya
BalasPadamtebal tak?
Anies....tebal Anies macam stokin biasa tu. Harga dia RM20/set. Beli beli....
PadamSama la PH borong tudung baru ni pun plannya nak bagi anak2 buah raya nanti. Tumpang jumpa yg offer murah, kita beli siap2 la kan. Baru tau macam² produk Nealofar selain tudung
BalasPadamLar PH macam saya juga la. Betul....sebab untung bayar dengan harga yang berbaloi. Errr padahal tahun depan mereka ni graduasi tapi hadiahnya dah ada.
PadamCantik2 la warna stokin tu. Bagus la aunty Ezna ni siap belikan untuk semua classmate Dania. Mesti happy semua nanti.
BalasPadamMoga2 happy la...itu je Aunty Ezna boleh bagi gift. Boys ni tak tau nak bagi apa.
PadamComel je kaler2 dia
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.