Care Bears kini di Naelofar

 Masa nak Click & Collect dekat Naelofar IOI City Mall tu, ada promosi barulah. Ni kartun saya tonton masa kecik-kecik ni. Kalau sezaman dengan saya mesti kenal kartun Care Bears. 

Mengembalikan nostalgia zaman saya kecik-kecik la. Sementara menunggu staff ambil barang saya...saya jalan-jalan la dalam kedai. 

Tote bag polkadot ni comel pula. Macam sesuai juga beg bayi, beg santai. Ada printed Care Bears kat tepi beg. Jikalau buat kolaborasi dengan kartun bagai ni memang tak murah sebab kena bayar fees la untuk kolaborasi ni kan jadi harga barangan pun selalunya tinggi juga. Comel pulak stokin tu. 


Shopping bag pun ada. 


Ini pula hijab Naelofar x Care Bears. Care Bears nya kecik je. Kalau pakai pun mungkin tak perasan Care Bears tu. 


T Shirt ni ada lace pula kat hujung lengan. 


Promosi Care Bears kat luar Naelofar. Comel ada kapas-kapas tu macam ala ala awan.


Hijab lagi. Dania kata design macam ni cantik. Dania saya pernah belikan design Sanrio. Hello Kitty dan kawan-kawannya. 
 

Design bunga dan Care Bears. 


Ni macam warna Olive / Sage. 


Kalau nak print Care Bears yang besar pun ada. 


Baju lace tapi ada lapik (lining) kat dalam jadi selamat la bila pakai. 


Sweater dengan design bunga kecik. Manis warna dan desgn. 


Di satu sudut dalam Naelofar. 


Bila dah dapat barangnya....tamatlah saya jalan-jalan Naelofar tapi tak lekang la kat mulut saya cakap comelnya...comelnya.....


Haaa macam mana....comel tak?. Kalau hijab tu design Care Bears kecik beranilah saya pakai. Kalau yang besar....hehehe....macam tak berani je 😅




XOXO,
Ezna

9 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. i suka la tudung/bj polkadots lately..nanti nak buat entry esok haahhah anyway salam hari isnin to u...hari ni uia 1st day new sem, i ada kelas pukul 10 am jap lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Suzz....selamat mengajar ya. Thanks dtg say hi kat blog I. Hehe. Dania masih kerja petang pula hari ni. UIA memang cepat ya masuk sebab result final exam pun cepat juga keluarnya. UPM lambat sikit. Now student baru UPM tengah orientasi.

      Padam
  2. Comel sgt ni sis.Sy tgk jgk kartun care bear ni masa zaman sekolah dulu =D

    BalasPadam
  3. Betul, untuk tudung, lebih bagus yang motif care bears kecil. Sayapun tak confident pakai yg care Bears besar tuh 😂.

    BalasPadam
  4. Kalau nak tau Ahad leps SA dan suami ada kat IOI Mall..hahahaha....ada event kat concourse area tu yang rally car apa ntah..ramai sangat orang so SA x singgah situ..kami pi cuci2 mata dan makan tengaahri je...orang terlampau ramai buat SA x selesa..Tote bag polkadot dengan stokin tu memang menggoda betul! Sesuai sangat nak wat beg santai jalan-jalan

    BalasPadam
  5. ehh.. cantiklah tudung motif bunga Care Bears tu.. rasa macam nak jengok Naelofar.. kat Setia City Mall ada.
    Ni terus check price... rasa macam tak jadi lah, macam serammmm je 😅

    BalasPadam
  6. omeynyaaa.
    material tudung tu, sepertinya lembut benar ja, ke licin? pricenya harus kayangan jika big brand beginikan?
    polkadot teringat mz, dia cam da terjebak.
    ye kita dtg dr masa depan, hahaaa~

    BalasPadam
  7. Ala comelnyaa..ni kartun masa kecik nih...berapa puluh tahun dah kan....tapi still comel geram lagi kalau tengok....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.