Apa yang best di Ali, Muthu & Ah Hock?

Sementara menunggu Dania balik, saya dan hubby ke Ali, Muthu & Ah Hock dulu nak minum petang. Kalau kat sini, saya akan order Chee Cheong Fun yang kuah dia asing. Saya tak suka campur kuah sekali. Kalau nak makan / minum petang kat IOI City Mall ni kami datang awal sikit la sebelum Dania habis kerja. 

Kedai ni ada halal jadi moh la kita masuk. 


Hubby order roti bakar pula. 


Minum teh o ais limau. Segar je tekak ada limau ni. 


Hubby order kopi o panas. 


Dania solat asar dulu sebelum ke Ali, Muthu & Ah Hock ni. 
Bila Dania dah selesai semua....Dania datang sini la. Tak payah explain kat mana. Terer dah Dania layout IOI City Mall ni 😅. Satu roti ni untuk Dania dan satu lagi ayahnya. Air tak order pun. Share dengan ummi je. Dania pun ambik sikit Chee Cheong Fun. 


Dania nak tapau Nak Nak untuk makan malam jadi ayah dia layan je la. Tak ada gambar sebab ummi tunggu kat kerusi depan Harvey Norman. Dania pergi dengan ayah dia je. Hmmmm kalau tak pesan tak adalah gambar ya 😅. Anaknya bukan blogger macam kita ni. Sikit sikit ambik gambar. 😜





XOXO,
Ezna

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Rasanya saya tak pernah makan kat Ali, Muthu & Ah Hock ini

    BalasPadam
  2. rasanya i tak pernah try order chee cheong fun tu...kue teow lah tu kan?

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi makan di ali, muthu ah hock ni. macam tak pernah nampak sekitar kawasan jajahan saya ni

    BalasPadam
  4. Namanya macam pernah dengar, rasa anak Sis kot pernah makan sini.. nampak sedap pulak CCF dia tuhhh

    BalasPadam
  5. Last pergi Ali, Muthu & Ah Hock ni lepas solat raya haji tahun ni. Makan roti bakar dgn telur separuh masak je, sebab tengahari tu dah buat reservation dekat The Great Chase 😄

    BalasPadam
  6. kat sini SA suka Prawn Mee, nasi goreng dan mee goreng dia....lamanya x lepak sini..kat NuSentral tu ada..besar restoran dia...

    BalasPadam
  7. Teh o panas ke, kopi tu? Chee cheong fun kuah asing, pertama kali tengok.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.