Dalam hidup ni kan kadang-kadang tak ada kebetulan sebenarnya. Semuanya Allah dah tentukan. Janji niat kita ni baik. Jadi, Allah akan temukan kita dengan orang yang betul.
Apa yang saya nak cerita ni ialah....saya kan ada secure tiket BTS World Tour Arirang in Jakarta. Boleh baca di sini. Saya pun mencari buyer di threads. Kenapa nak mencari buyer pulak?. Saya nak cover ticket yang saya beli di KL. Lagi pun dah survey dah tiket flight akhir tahun ke Jakarta. Mahal betul...hotel berdekatan dengan stadium pun mahal juga jadi saya nak lepaskan la 2 tiket di Jakarta.
Threads ni saya sangat jarang juga update tapi lately ni baru la saya update. Dulu tak reti nak guna juga threads ni. Hehe. Message orang kat saya banyak rupanya tapi saya baru ternampak baru2 ni. Kena buka kat request. Dah sebulan message tu baru saya perasan.
Ok ni nak cerita Money Match ni pula. Ada seorang buyer tiket saya ni berasal dari Brunei. Bila nak buat pembayaran pada awalnya beliau menggunakan seller Brunei untuk transfer duit ke bank saya. Akhirnya duit saya tak dapat pun sebab rupanya yang dia minta transfer tu agaknya scammer. Hanya satu tick di whatsapp katanya. Parah juga la sebab saya juga perlukan duit tiket saya kan?. Puas la saya google la macam mana nak transfer duit dari Brunei ke Malaysia ni?. Baca kat threads dan saya terjumpa seorang Malaysia yang bekerja di Brunei selalu transfer duit kerja Brunei dia kat bank dia di Malaysia. Beliau menggunakan Money Match. Ada juga solusi lain. Travel ke Miri, Sarawak untuk masukkan duit secara manual ke bank di Malaysia melalui CDM (Cash Deposit Machine). Ini macam tak praktikal kan sebab kena drive pula ke Malaysia.
I told her about this (Money Match). Kebetulan beliau pun ada tahu juga pasal Money Match ni. Saya google ya....sampai pening kepala sebenarnya sebab susah juga bab Brunei nak transfer duit ke Malaysia ni.
Transaksi pertamanya berjaya alhamdulilah. Beliau transfer dalam jam 6 petang di Brunei dan keesokkan harinya...saya dah dapat duit dalam bank saya di Malaysia. Alhamdulilah. Fees sebanyak BND (Brunei Dollar) dikenakan. I think murah la berbanding kalau beliau ke bank transfer melalui TT (telegraphic transfer). Selalunya bank akan mengenakan caj yang tinggi.
Mind you....beliau juga telah ditipu beberapa kali pembelian tiket BTS sebelum dia jumpa dengan saya. Banyak juga duit tu (off the record). Saya pun cakap la saya tak nak janjikan bulan bintang tapi I will do my best. Of course la kan sebab memang saya yang membeli sendiri tiket tu. Duit Brunei tu berbanding duit kita BND 1 = MYR 3.137. Tinggi betul duit Brunei.
Rupanya Money Match ni berasal dari Malaysia dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 2017. Ada juga pejabat di Brunei iaitu di Bandar Seri Begawan. Thank you Money Match!
Jadi...jika ada diantara you alls yang menjual tu maybe boleh menggunakan medium Money Match untuk transaksi warganegara Brunei ke bank kita di Malaysia. Warganegara Indonesia yang ada Touch and Go boleh transfer direct ke akaun Touch and Go warganegara Malaysia tapi jika orang Brunei ada Touch and Go....tak ada fungsi transfer terus ke akaun Touch and Go warganegara Malaysia ya. Ini apa yang saya google. Ada few negara je boleh guna direct transfer melaui Touch and Go e wallet. Brunei bukan salah sebuah negara yang support function ni.
Bak kata orang Peghak, pening memikionya....
XOXO,
Ezna

Ya Allah kasiannya kena scam beberapa kali ðŸ˜. Tak berkah lah yg menerima duit tuh. Macam tak takut makan uang haram yaa.
BalasPadamItulah, sejak saya pakai TnG memang mudah nak TRF dari dan ke Malaysia. Sayapun bisa menabung Ringgit lebih murah . Dan nanti saya ke Hongkong dan Mongolia September, itu malas tukar HKD, jadi nak pakai TnG ini saja selama di Hongkong.
Kesian dia banyak kali kena scam.
BalasPadamKesian nya kena scam.. tapi, tetap usaha juga tu..memang peminat betul ni..
BalasPadamTerima kasih share info nya kak ezna
thanks for sharing info. very useful ni ezz!
BalasPadam1st time tau Money Match. Biasa kat office transaksi ke overseas guna TT je.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.