Tau tak yang sekarang ni ada tempat lepak terbaharu di Putrajaya. Tempat lepaknya atas bukit ya....
Kat mana?
Haa....kat Putrajaya International Convention Center (PICC) tu haa....saya pun baru tahu je ni.
Tempat ini dinamakan Chill. Jadi boleh bersantai-santai sambil menikmati permandangan Putrajaya dari atas bukit.
Tarikan kat sini ialah :
1. Ada live band.
2. Ada jualan makanan dan minuman.
3. Jualan vendor car boot sale.
4. Boleh menikmati permandangan dari atas bukit.
Jom tengok la gerai makanan dan minuman kat sini.
Ada banyak juga gerai makanan dan minuman. Harganya macam ala ala food truck tu la. Takde murah sangat dan saya rasa harganya sederhana dan mungkin mahal juga.
Saya makan Tteobokki. Ada la fish cake, rice cake dan sausage dalam kuah pedas ni. Pedas pun takdelah pedas sangat. Ok je.
Dania makan Sukiya Bowl. Ada daging masak madu, nasi beserta sayur-sayuran.
Ada juga Pizza dari Api ni. Mujur kali ni kejap je tunggu. Chicken Pepperoni pilihan kami.
Early dinner kali ni. Dania masih berbaju kerja lagi. Terus ke sini tak balik rumah lagi.
Ni minuman saya ni. Saya pilih air lemonade. Nak tunjuk bekas air ni cantik.
Bekas airnya berbentuk heart. Ada penutup heart dan straw juga berbentuk heart.
Lepas tu teringin nak rojak buah pulak.
Ni masa nak balik ni. Masih terang lagi haaa....
Kalau nak ke Chill di PICC ni buka hanya hari Sabtu jam 6 petang - 12 tengah malam. Boleh juga bawa picnic blanket atau kerusi healing dengan meja ala nak pergi camping tu. Nampak ramai je bawa sendiri.
XOXO,
Ezna












Bagus jugak tempat lapang macam ni dimanfaatkan utk chill dan menjana ekonomi. Kalau tak, kosong je sbb selalunya takde aktiviti pun dekat PICC waktu weekend kan.
BalasPadamSaya pun baru tahu kak. Terima kasih share. Nanti kalau ke Putrajaya bolehlah jalan-jalan dan lepak kat sini. Bagus jugakan mereka buat kat sini, dapat menikmati permandangan putrajaya juga.
BalasPadamMesti ramai orang kan. Kalau weekdays open, boleh try.
BalasPadamWahhhh ada rojak buah. Kalau tersinggah Putrajaya yang entah bila tu boleh la KSarie singgah dengar live band sambil makan sampai segah perut
BalasPadamNampak chill betul tempat ni! Bestnya dpt layan live band sambil ambik angin malam. Port healing Putrajaya paling santai bila bawa kerusi camping sendiri. Agak-agak pukul berapa paling ngam nak sampai biar tak sesak ya?
BalasPadamAiiiih macam topi bentuknya yaaa 😄😍😍. Jauh tak dari stasiun MRT kak? Atau stasiun apa tuh yg kita pergi waktu itu? Nak juga mampir lah dengan Raka nanti. Kalau tempat banyak jual makanan begini, memang sukaaaa 😄. Walaupun yg dibeli biasanya Krn lapar mata je 🤭
BalasPadamUniknya bentuk love cup air tu.
BalasPadamAlaa kenapa petang. Tapi nak pergi jugak lah nanti kalau balik sana.
BalasPadamoo petang aje erk setiap SAbtu...alahai....
BalasPadamtarikan baru di putrajaya...Tteobokki. fav tisya..kita pernh rasa sesuap...cute bekas air bentuk love
BalasPadamwahhh menarik ni! ala2 picnic versi lepak2 lah kan tu
BalasPadamMakanan yang Kak Ezna beli nampak sedapla...bestnya...nampak macam berbaloi...
BalasPadamTerima Kasih atas perkongsiannya.Semoga akan tersesat ke sini nanti.
BalasPadamWahhh..Bestnya =)
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.