Movie time & makan-makan

Masa Dania off day ambil peluang la menonton movie. Tiket saya dah beli siap online sehari sebelum. Selalunya saya akan pilih seats tepi sekali. Senang nak keluar. Kali ni seats kami ni seats mengurut. Kalau nak mengurut kena bayar la. Scan QR tu dan bayar la. 


Ummi dan Dania nak menonton Spiderman : Brand New Day. 
Ingat kot tak beli pun servis mengurut, kerusi urut ni tak bergerak ke?. Tekaan salah ya. Ada 2 kali kot dia mengurut. Terasa bebola berpusing kat belakang badan. Dah ke bawah, bebola lu berpusing naik pula. Saje nak bagi kita syok kemudian kita bayar la untuk urut kita lama sikit. Dania sampai tersengih-sengih menahan geli 😅. Memang tak beli pun la.


Lepas tu kita makan la kat Secret Recipe. Lama decide nak makan kat mana sebenarnya. Order Chocolate Banana Cake. Dapat la free air teh o panas. Saya pilih English Breakfast. Keropok tu free ajer. Dia bagi sementara nak tunggu makanan utama sampai. 


Teh O dalam teko. Boleh minum 2 gelas ni jadi share dengan Dania. Rajin Secret Recipe letak cream yang berbentuk love tu. 


Tomyum kung untuk saya. Selalu saya order ni kalau ke SR. Suka sangat....pedas dia saya ok je. Boleh tahan. 


Selalu Dania order Tomyum Kung. Kali ni Mac & Cheese.


Sesekali makan kat Secret Recipe ni memang best la kan. Bukan selalu pun. 

Selalu order apa kalau ke Secret Recipe?. 




XOXO,
Ezna

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. lama tak ke SR..saya suka nasi kerabu dia.

    saya dah tukar url blog tau

    BalasPadam
  2. i dh lama jugak tak mkn2 kat SR ni...i suka order spagheti aglio olio

    BalasPadam
  3. Ni first time tengok panggung yg ada kerusi urut. Tak perlu bayar pun kerusi tu function mengurut jugak la ye? Bestnya.

    Tomyum Gung tu favourite saya jugak kalau ke SR, walaupun pedas sikit sampai berair hidung nak menghirup sup tomyum tu 😅

    BalasPadam
  4. Best betul sambil tengok movie, kena urut. Kalau saya pun rasa geli-geli gitu. Comel je staff tu deco piring dengan love comel. Biasanya kalau makan di SR suka order spicy seafood medley pasta linguini tu. Tak perasan pula ada tomyam. Boleh cubalah nanti. Mac & cheese pun nampak sedap tu. Ada udang besar-besar.

    BalasPadam
  5. Best betul sambil tengok movie, kena urut. Kalau saya pun rasa geli-geli gitu. Comel je staff tu deco piring dengan love comel. Biasanya kalau makan di SR suka order spicy seafood medley pasta linguini tu. Tak perasan pula ada tomyam. Boleh cubalah nanti. Mac & cheese pun nampak sedap tu. Ada udang besar-besar.

    BalasPadam
  6. Tomyum Kung SR sedap! Na pun selalu order tomyum. Kadang makan salad, tapi tak kenyang makan daun. Hehehe

    BalasPadam
  7. oww.. ada kerusi urut dalam tu, ni baru tau bestnya... x pernah msuk lagi secret recipe.. akan datang kut

    BalasPadam
  8. tisya pegi tgk spiderman ngan kwn2....banana chocolate cake lama tk mkn..lama tk ke SR sbb last pegi menunya mcm tk brp kena ngan tekak..sbb sblum ni mkn ok je..maybe tgk branch

    BalasPadam
  9. Saya tak bisa konsen kalau menonton pakai kursi pijat tuh hahahahahha.

    Di Indonesia rasa2nya tak ada pakai kursi pijat. Tapi ada yg pakai kasur. Kelas yg premium. Saya coba sekali, memang tak boleh, yg ada saya tertidur 🤣🤣🤣🤣.

    Dulu waktu SR masih ada di jakarta, saya suka pesan Tomyam dan lamb chop dia kak. Sedaaap. Ntah kenapalah dia tutup 😔

    BalasPadam
  10. Ada ye seat yang kerusi urut?baru tau nih hahaha..punyalah lama tak tengok wayangggg....

    BalasPadam
  11. Dah lama tak makan SR. Cheese cake menjadi pilihanku.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.