Movie Review | The Odyssey

Credit : Google

Sebelum ni saya ada menonton movie The Odyssey dengan Dania. Mereka yang pencinta kisah sejarah dan pernah dengar tentang zaman orang Greek mengenai ketuhanan mereka, mitos, kepercayaan mereka, kisah peperangan mereka etc....haaa kisah beginilah ditonjolkan dalam movie ini. Kalau tahu serba sedikit tentang kisah orang Greek ni akan lebih membuatkan kita tidak terpinga-pinga la menonton movie ini. 

Pelakon movie ini terdiri daripada : 

Matt Damon : King Odysseus
Tom Holland : Telemachus (anak Odysseus & Penelope) 
Anne Hathaway : Queen Penelope
Zendaya : Tuhan Greek Athena 
Elliot Page : Sinon
Robert Pattinson : Antinuos

Selama 20 tahun negara Ithaca tidak mempunyai raja kerana rajanya tidak pulang selepas peperangan Trojan (Trojan War). Beberapa anak muda bercadang nak claim takhta kerajaan Ithaca dan ingin memperisterikan Penelope tetapi Penelope cuba menangguh masa untuk berkahwin / memilih pasangan dengan memberi alasan hendak menenun kain untuk pengkebumian suaminya. Anak-anak muda ni berkumpul di istana. Penelope, anaknya Telemachus dan pembantunya yang buta separuh bernama Eumaneus percaya yang Raja Odysseus akan pulang. Nak dijadikan cerita anjing Raja Odysseus bernama Argos. Anjing ini selalu mengikut Odysseus untuk berburu. Semenjak tuannya tidak pulang, anjing ini tidak dipedulikan sehinggalah anjing ni sakit. Eumaneus percaya yang anjing ini akan mati dengan aman jika ternampak tuannya (Raja Odysseus) pulang. Salah seorang anak muda yang ingin menawan hati Penelope ialah Antinious yang dilakonkan oleh Robert Pattinson. Dalam movie ni Robert Pattinson ni nampak selekeh sikit berbanding wataknya sebagai Edward Cullen dalam Twilight. 😅

Dalam pada itu ada diceritakan tentang peperangan dimana beberapa askar masuk dalam kuda besi yang besar dimana mereka membuang dalam tu dan berhimpit-himpit juga ada yang lemas. Tak dapat bayangkan. Ngeri dan geli pula dalam masa yang sama. Ada juga penampilan Sinon yang akhirnya dibunuh oleh pihak lawan. Mungkin sebagai umpan. Sinon dibunuh di hadapan kuda besi gergasi. Patut la nampak Sinon ni macam unik sikit sebab muka feminin tapi askar lelaki. Rupanya LGBT la. Muka cantik tapi dalam cerita ni jadi seorang askar. Zaman tu askar semuanya lelaki. 

Ada juga kisah Raja Odysseus dan pasukan askarnya ternampak biri-biri masuk dalam gua. Disebabkan nak mencari makanan, mereka semua masuk dalam gua. Rupanya gua tersebut diduduki oleh Cyclops yang bernama Polyphemus. Polyphemus ni ialah anak kepada tuhan Poseidon. Matanya satu dan bersaiz gergasi. Polyphemus ada juga makan askar2 Raja Odysseus. Mereka bercadang nak melarikan diri dengan keluar bersama biri-biri dan menyucuk mata Polyphemus dengan kayu panjang yang dibakar. Ada yang berjaya melarikan diri dan ada yang tewas. Raja Odysseus mengarahkan askarnya meninggalkan kawasan tersebut. Bila Polyphemus ni menjerit.....bunyinya bingit sangat satu movie hall ni sampai saya menutup telinga. 

Dari sini Raja Odysseus dan pasukannya berlabuh di satu pulau bernama Aeaea yang akhirnya jadi pertumpahan darah kerana Leastrygonians iaitu gergasi yang memakai pakaian besi membunuh kebanyakkan pasukan Raja Odysseus dan 2 kapal pasukannya. 

Pasukan askar ni pula memberontak dan meninggalkan Raja Odysseus dan ada cerita pula pasukan askar ni pergi berjalan sehingga berjumpa dengan Circe. Circe ni ahli sihir dan dalam mitos Greek juga seorang yang mempunyai kepakaran dengan herba. Circe ni menyajikan makanan kepada pasukan askar dan menukarkan pasukan askar ni kepada babi ketika mereka tengah menikmati hidangan. Macam confuse juga saya apa releven pula tukarkan manusia kepada haiwan pula?. Raja Odysseus ni pun pergi berjumpa dengan Circe dan ternampak sekumpulan babi. Babi ni pula macam bising-bising dan Raja Odysseus ternampak cincin yang dipakai oleh salah seorang askarnya. Raja Odysseus percaya yang Circe telah menukarkan askarnya kepada babi dan memohon untuk Circe menukarkan balik askarnya kepada manusia. Dekat kawasan Circe ini pula boleh nampak singa, harimau, harimau kumbang. Mereka ini adalah manusia yang bertukar kepada haiwan. Circe punya kerja la ni. 

Ada juga kisah kapal Raja Odysseus yang mengalami peristiwa mendepani cuaca yang buruk dan kisah sepanjang pelayaran yang tak logik kerana kisah berkisar mitos orang Greek. Dalam pada itu, anaknya Telemachus dan pasukannya belayar untuk mencari bapanya Raja Odysseus. Dalam pada itu Raja Odysseus terdampar pada Ogygia. Calypso terjumpa Raja Odysseus dan memberi Raja Odysseus minum air dari bunga. Disebabkan ini, Raja Odysseus lupa semuanya....keluarga, kisah pelayaran dan pasal askarnya. Di sini juga ada jelmaan tuhan Athena yang menyuruh Raja Odysseus untuk pulang. 

Nak dijadikan cerita, Telemachus berjumpa dengan ayahnya dan mereka pun pulang. Bila Argos ternampak tuannya Raja Odysseus, anjing ni pun mati. Bila Telemachus nampak ni....dia percaya orang tua yang dijumpainya itu ialah bapanya. Kalau tak silap memang tak pernah jumpa sebab masa ayahnya keluar berperang, Telemachus baru lahir. Bila jumpa, Telemachus ni dah dewasa. 

Apa yang terjadi seterusnya? Adakah Penelope akan berjumpa dengan pengganti suaminya Raja Odysseus? Ada satu part yang Penelope tahu hanya suaminya sahaja yang boleh memasang tali memanah di busur dan memanah tepat diantara kapak yang disusun. Adakah ada diantara pelamarnya yang berjaya? 

Saya beri 3/5 star untuk movie ini. Muzik di dalam movie ini memang terbaik la. Memang kena dengan situasinya tapi ada scene, muziknya yang agak keterlaluan. Makin lama makin kuat. Movie ini berkisar tentang fantasi, peperangan dan pengembaraan. Jadi kena bersedia dengan kisah yang tak masuk akal dan pelik kerana ada mitos zaman purba yang orang Greek (Yunani) mempercayainya. Sebenarnya saya tidak menggemari filem sejarah macam ni. Terlalu berat untuk saya.  

Berminat dengan genre ini?








 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.