Lauk pauk untuk dua orang

Bila berdua je kat rumah masa weekend, Dania pula kerja....takde mood nak keluar...jadi terjadilah masakan ni. Simple sangat. 

Telur dadar. Kali ni saya masukkan cili api, cendawan butang dan bawang holland. 


Lauk sardin pun ada. Lama tak makan. Dalam ni saya tumis bawang putih dan bawang merah juga tambahkan sos cili dan tomato juga cili api. Sesekali lauk ni berselera makannya. 


Kemudian ada tempe goreng. Tempe ni saya tak suka makan begitu sahaja. Saya suka digoreng dengan tepung. Tepung yang saya masukkan ialah gandum + bestari kemudian sedikit garam dan chilli flakes. Jadi rasa dia ada pedas-pedas sikit. 


Itu je lah lauknya. Kenyang alhamdulilah. Anakanda tengah membanting tulang empat kerat untuk mengumpul duit 😅 di hari minggu. Bekerja dalam bidang retail ni sabtu dan ahad la selalunya mereka akan mendapat sales yang banyak dan Dania sejak masuk kerja kat sini tak pernah cuti lagi sabtu dan ahad kecuali hari biasa je. 



***slowly saya akan blogwalking ke rumah kawan-kawan ya. 






XOXO,
Ezna

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Alhamdulillah rezeki dapat makan bersama walaupun berdua. Dah lama tak makan lauk sardin.

    BalasPadam
  2. kombinasi lauk boleh buat tak sedar tambah nasi ni kak...
    rajin Dania,harap anakdara saya nanti rajin juga macam kakak Dania,walaupun anak tunggal tetap kena rajin membanting tulang

    BalasPadam
  3. Lauk ringkas macam ni sebenarnya lagi menyelerakan. Kadang-kadang kalau dah tak tahu nak masak apa dan nak cepat, inilah lauk yang paling mudah nak masak. Telur dadar dan sardin, sepadan berdua.

    BalasPadam
  4. Menu gini la buat saya bertambah nasi 😋

    BalasPadam
  5. Saya kalau masak sardin nih tunggu Raka tak ada di rumah. Sebab dia tak suka 😅😅. Padahal sedaap kan. Apalagi saya tumis ulang dengan Macam2 bawang dan cabe. Kalau anak2, memang dipaksa. Suka tak suka wajib makan 😅

    BalasPadam
  6. Menu simple macam ni memang pembuka selera! Masakan rumah macam tempe goreng tepung dan sardin selalu puas makan.

    BalasPadam
  7. Kebetulan lunch td i masak menu gini jugak ezz..telur dadar, sardin dan goreng kangkung

    BalasPadam
  8. Kat rumah SA hari biasa ada 3 orang je..weekend baru meriah..so hari biasa, PZ akan masak biasa- biasa je..kadang telur kicap aje..makan la berdua ngan menantunya tu...SA malam x makan

    BalasPadam
  9. lauk2 simple mcm ni yg buat bertambah nasi selalunya ...he he...dapp

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.