Lepas ke Dunea, dah dekat dah nak ke KLCC. Jadi kami ke KLCC pulak. Solat Maghrib dalam surau KLCC....fuhhh mencabar sebab ramai betul orang. Masa pendek kan....pandai-pandai la menyelit ya. 😅
Selesai solat, jalan-jalan dalam Suria KLCC ni dan masuk Puma. Puma ada kolaborasi dengan team F1 kegemaran Dania iaitu Ferrari ya.
Dania pakai topi team favourite.
Apa yang istimewanya topi ni ialah ada nombor 16 iaitu nombor pemandu F1 bernama Charles Leclerc. Ada juga topi ni yang tak ada nombor 16.
Ambil gambar Charles dalam Puma ni. Ada juga seleksi T Shirt merah team Ferrari juga. Charles ni Dania pilih skill ke sebab rupa? Hmmmm....
T Shirt belah kiri warna cerah tu T Shirt team Ferrari kat Singapore GP. Limited Edition ya. Kalau tengok dekat ada corak bunga. Cantik jugak sebenarnya.
Team McLaren pun ada. Topi warna jingga. Dania beli topi F1 x Puma. Guna duit kerja. At least duit kerja ada benda yang dibeli kan. Hasil titik peluh sendiri lagi puas hati. Harga topi ni pun tak murah ya sebab kolaborasi dengan F1.
Kami nak makan kat food court dalam KLCC ni. Banyak pilihan kan....memang akan lalu la Calvin Klein. Apa lagi ambik gambar la dengan Jung Kook ni. Jung Kook ni sebaya dengan Charles Leclerc F1 tu (Dania yang update ummi). Saya google la hari jadi JK dan Charles ni. Jung Kook lahir 1 September 1997, Charles pula 16 Oktober 1997. Umur mereka tahun ni 29 tahun. Charles dah kahwin, JK masih single.
Lagi gambar. Senonoh sikit la tapi dalam Calvin Klein macam hmmmm.....tu yang tak ambik gambar dalam Calvin Klein tu. Kalau kat IOI City Mall tak ada gambar yang kat dalam. Gambar luar kat IOI City Mall berbeza dari yang ini.
Kat food court ni masing-masing boleh pilih nak makan apa. Dania pilih order kat Dubuyo. Set datang dengan semua ni.
Shrimp vietnam roll dari MyViets.
Hubby pilih mi mamak kat Hameeds.
Dania suruh ayah pakai topi Ferrari Kit Kat bila tengok F1. Topi ni Dania punya. Hmmm handsome ayah daripada Charles lagi Dania. Hehe. Siapa lagi nak puji suami kalau tak isterinya. 😁
Dah kenyang, tak tunggu lama pun kami terus balik sebab keesokannya Dania kerja tapi syif petang.
XOXO,
Ezna











wahh best tu ronda2 dan singgah mkn2 kat KLCC
BalasPadamUmminya pilih ayah la, Dania pulak pilih Charles. Boleh gitu? Hehe...
BalasPadamHarga merchandise ni mesti mahallah kan kalau collab gini. Tapi puashati kot dapat beli
Hahahahah, Dania memang penyuka F1 sangat yaaa. Nasib baik papa nya juga. Ada teman lah. Kalau saya memang tak paham 😅😅. Raka pun tak minat. Jadi jrg lah membahas F1 di sini
BalasPadamMi goreng mamak tuh menggoda Betul lah kak 😍😍😍
BalasPadamDah lama tak follow pasal F1 selepas takde kat Malaysia ni Kak Ezna...ada info macam ni taulah saya serba sikit hihi...
BalasPadamBetull..siapa lagilah nak puji anak n suami sendiri kalau tak kita hahahaha
Dah lama tak pergi Suria KLCC.
BalasPadamNak solat kat surau KLCC tu mmg kena bersabar .. lgi2 kalau maghrib kan..
BalasPadamHahaha! Betul la tu, siapa lagi nak puji suami sendiri kalau bukan wife kan? 😜 klu perempuan lain yg puji boleh merentan kita dibuatnya 🤣🤣
BalasPadamBangga tengok Dania beli merchandise F1 guna duit sendiri. Comel betul dapat snap photo dengan banner Jung Kook CK ni!
BalasPadamBaguslah ramai yang tak lupakan waktu solat sehinggakan surau KLCC penuh
BalasPadamdah lama x jln2 dlm KLCC. Rasanya last masuk KLCC masa CF dulu. Vietnamese roll tu buat sy trliur betul menengoknya =D
BalasPadamhaha dania dgn abang jungkook nya!
BalasPadamRindunya lama tak jalan KLCC
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.