Hubby ni suka tengok youtuber yang makan-makan ni. Suka tengok satu hal. Lepas tu nak makan pula makanan yang direview.
Kali ni kami minum petang jauh sikit di Kg. Baru nun. Hehe. Kat mana? Di Dunea Cafe.
Kat Dunea ni terkenal dengan Mango Cheese Cake dia. Kalau teringin nak makan mango cheese cake ni...orang KL/Selangor boleh la ke sini. Istimewanya mango cheese cake ni airtangan isteri owner. Dulunya bermula dengan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah ada cafe ni.
Kedainya kat bahagian bawah. Ni sebenarnya macam rumah banglo dua tingkat ni.
Ada tempat juga kalau nak makan kat luar.
Satu je yang tak best kat sini ialah nak cari parking. Boleh je parking tepi jalan macam ni tapi jalannya agak sempit dan trafik dua hala ya....kami parking jauh sikit kat pekarangan kedai makan yang tutup jadi parking situ lagi selamat dari parking tepi jalan macam ni.
Dunea ni pun kedainya takdelah besar tapi ok lah janji boleh duduk dan ada mejanya.
Kat kaunter untuk order dan bayar. Ada display mango cheese cake yang saiz besar atau sederhana. Mangga yang dipotong kemudian disusun menjadi kelopak bunga.
Mulanya meja kami tepi dinding tu je tapi sesuai untuk dua orang ajer. Jadi beralih ke sebelah sini yang lebih sesuai untuk 3 orang.
Coffee hubby dengan ukiran.....apa tu? Saya kata scorpion ke?. Salah.....kuda laut la gais. Maaf ya....tersilap teka la. Siap berkepak lagi haaa...mana la nak cam....kalau kuda yang berkepak tu Unicorn je.
Air saya pula Lemon Ginger tapi air ni kan ala ala herbal tea dan baunya ala ala bau minyak aromaterapi mengurut tu. Kalau sesiapa yang suka teh herba boleh cuba, kalau tak suka skip la. Dalam tak suka tu habis juga la air saya. Mango Cheese Cake ni memang sedap. Rasanya tak manis ya. Saya suka.
Beli juga mushroom soup dengan ada 3 garlic bread. Memang satu set ni. Sedap mushroom soup ni.
Dania pilih air Strawberry Matcha.
Alamat Dunea Cafe :
32A, Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Lalu Rembayung pula. Hmmm bila nak dapat slot ni. Tak pernah ada slot kosong pun. Selalu jumpa yang take away je.
Lalu bawah Saloma Bridge.
Berlampu-lampu dia ya.
Kami menuju ke?.....jeng jeng.....nanti saya update.
XOXO,
Ezna






wahhh jauh jugak tu u turun KL dari bangi lah kan. sedapnya dessert!
BalasPadamItulah...hubby I suka sangat tengok youtuber makan-makan.
Padamrajin suami kak Ezna layan youtube makan2 ni.. hihihi..
BalasPadamtapi takpe, untung kak ezna juga, boleh rasa macam2 jenis makanan..
Memang dia suka tengok Warong Hunter, Padu Beb, Azfar Badrul. Dari sini boleh la explore tempat makan baru.
PadamMenarik ni sis.Nnt la try ajak hata pegi wekeend ni. =D
BalasPadamKalau tapau senang la...tak pun naik motor.
PadamWah dekat ni dgn rumah saya. Kpg Baru mmg susah nak parking pun. Tapi byk tempat makan best. Jadi dilema pulak nak ke sana hehe
BalasPadamMasalah parking kat area sini kan Carneyz. Kalau nak pergi....boleh pergi hari Sabtu sebab kat hujung Dunea ni ada kedai makan yang tutup jadi boleh parking situ.
PadamSedapnya mango cake. Macam mana Ezna boleh pilih air tu, ke tak tahu ia ada rasa herba, hehehe. Dania sama ngan Iman la, suka sgt SM. Hurmmm.. masalah jugak, tempat dah ok, tapi parking pulak. Macam sy, lebih rela menapak dari parking di tempat tak selamat dam menghalang jalan.
BalasPadamAir tu namanya Ginger Lemon / Lemon Ginger. Ingat Lemon dan Ginger....sekali herbal....alamak bau minyak urut. Haha
PadamSweet betul support hobby hubby cari port makan viral! Dunea Cafe Kg Baru tu nampak selesa. Set mushroom soup dengan Strawberry Matcha Dunea Cafe Kampung Baru tu nampak menggiurkan! Rembayung pulak memang selalu fully booked. Katanya susah betul nak book slot, kan?
BalasPadamArea kampung baru memang susah nak cari parkir kan. Mango cheesecake dia macam kulacakes yang popular tu. Comel je latte art bentuk kuda laut. hihi...
BalasPadammango cheese cake mcm dkt kula cake kuantan...sedapnya
BalasPadamNampak menarik kafe ni .. mango cheesecake tu nampak sedap, berbaloi datang jauh² utk menikmati keenakannya .
BalasPadamMakin banyak lah yg saya nak coba di KL 🤣🤣🤣. Nah rembayung itu saya dah niat mau book slot juga saat saya di KL. Harap2 saya dapat yaa 🤣.
BalasPadamSama lah abg ipar nieyl, setiap hari layan youtube yang kedai makan viral-viral ni...
BalasPadamkadang2 terpengaruh juga nak pergi..
Ini anak Sis pernah makan sini, Mango Cakes dia katanya sedap.. cuma masa tu belum adalah Rembayung kat situ.. nak park tu jerr kemain susah kannn situ
BalasPadamBestnya ada "geng" makan-makan...
BalasPadamKitaorang ni sejenis suka makan yang sama jek..so setiap kali nak food hunting mesti tak jadik sebab time nak pergi kang rasa taknak makan pulak yang terfikir tu huhuhu...last makan jelah yang selalu makan tu jek hahaha...
Saya peminat cheese cake (HADIR) disini.
BalasPadambagusnya ada suami yg suka foodhunting. jarang2 ni lelaki lagi up to date bab makanan viral.
BalasPadamkann bilalh nak dpt slot kosong rembayung ni.. teringin gak nak merasa
Mango cheesecake sedapnya.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.