Masa on the way nak balik ke rumah....ternampak sesuatu di atas tiang elektrik. Nampak macam burung ni....
Macam ya la kalau tengok paruhnya tu. Masa ni hubby dah melepasi pun burung yang bertenggek atas tiang ni. Akhirnya pusing balik sebab isterinya nak ambil gambar burung. Gigih ya.
Bila tengok dekat....seakan tak percaya. Burung yang saya percaya ianya burung enggang. Hubby macam tak percaya juga kata-kata saya. Ye lah rare kan nak jumpa burung enggang kat tempat bukan populasinya.
Bila gelapkan sedikit pencahayaan ni. Barulah nampak warnanya. Haaa...burung enggang kan?
Burung Enggang Belulang spesis burung enggang yang saya jumpa ni atau dikenali juga dengan nama Oriental Pied Hornbill. Bukan spesis yang biasa kita jumpa di kawasan perumahan ya. Sangat pelik dan rasa bertuah pula dapat berjumpa. Nak jumpa selalunya kat zoo atau taman burung. Tapi.....burung enggang ni setahu saya banyak di Sarawak dan pernah juga ada terdengar enggang di Pulau Pangkor. Oh ya orang Sarawak panggil burung enggang ni kenyalang. Enggang ni pula selalunya berpasangan. Mungkin enggang ni single lagi agaknya. Burung enggang setia pada pasangannya. Tersesatkah dia?.
Pernah jumpa enggang kat kawasan rumah you alls ke?
XOXO,
Ezna




Wah rezeki btul ni nmpk enggang.. mmg ssh kan nak jumpa kat semenanjung .... area rumah kita ada satu jenis burung lupa nama.. suka bertenggek atas tiang lampu.. x suretu jabitat dia ke.. seakan² burung ygvkaki dan leher panjang tu haha
BalasPadambetul tu sis burung enggang. Sy pun dh lama x nmpk burung ni. =)
BalasPadamdekat kampung, masa awal2 duduk tahun 2000 dulu.. banyak je.. tapi tak pasti lah spesis yang mana.. tapi, sekarang dah jarang datang
BalasPadamwah..betul la..burung enggang...rare sungguh tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.