Presentation dan mencari kerja part time

Hari khamis baru-baru ni Dania ada presentation pagi dan petang. Paginya untuk subjek Meat Animal Science. Baju yang dipakai baju kebaya dipadankan dengan seluar dan tudung bercorak dan berwarna lembut. 

Sekarang ni mula la busy dengan presentation sebab minggu ni dah kuliah terakhir sebelum bercuti 'study week'. 


Petang pulak baju formal sikit sebab ni untuk subjek Communication for Professional Development. Lecturer kata elakkan warna baju hitam dan tudung pula perlu kosong tanpa corak. Presentation kat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Baju Dania ni warna rich brown dipadankan dengan vest warna beige dan seluar warna senada. Tudung pula warna maroon. English kali ni dah last dah. Tak payah dah ambik English lagi. Jadi Sem 5-8 boleh fokus subjek teras dan elektif. 


Ni hari jumaat pula. Lepas Dania habis kelas, pergi fotostat resume dan cover letter. Nak terus cari kerja part time. Ni Dania tengah mengisi borang kat Watsons. Kalau dapat sini memang Dania suka la. Actually Dania free pun selepas 22 Julai 2026 nanti tapi cari awal-awal tak kalut la.  


Ni kena tanya sikit-sikit. Boleh ke kerja OT....etc. 


Puas ya jalan hujung ke hujung. Ummi dah siap-siap plan kedai mana2 kat west ke east ke IOI City Mall ni. Senang kan. Idak la nanti dah naik atas, turun pulak tempat yang sama. Bila plan ni senang la kan. Ada kedai tak nak resume pun. Dia mintak nombor telefon je. Ada kedai yang saya suggest Dania tak nak sebab nampak ramai lelaki. 

Masa nak naik escalator, Sir Uzairi dan isteri depan kami. Kemudian minta izin bergambar dan Sir yang wefie gambar kami....Tengok la perubahan muka Sir kat 3 gambar ni. Lain-lain sama je. Sama cantik sama padan la Sir dan isteri. 

Photo 1. Mata sebelah tutup. 


Photo 2. Dua mata kecik. 


Photo 3. Mata besar pulak. 


Terima kasih Sir bergambar dengan ex Plusian sebelah saya ni. Mereka yang ambik tuition online MC Plus pasti kenal Sir Uzairi yang ajar Matematik ni. Senang faham kan?. 

Bab mencari kerja pula, banyak juga part time yang dah penuh. Kemudian, kami pun balik la. Ada Dania email masa tiba rumah dan ada yang whatsapp person in charge. Kemudian, satu company tu jawab dan disuruh Dania isi details yang diperlukan. Ditanya juga ada pengalaman ke menjual beg / kasut? Kemudian HR pula yang whatsapp Dania kata bila boleh start kerja dan meminta untuk isi borang kerja Part Time dan sertakan juga dengan kad pengenalan dan gambar selfie atau gambar passport. Dania dah hantar la semuanya. Kad pengenalan pun siap berpalang la. Company tu jual kasut rupanya sebab dalam masa yang sama ada jual beg juga. Tu sebab agaknya dia berminat setelah tahu Dania ada pengalaman jual kasut juga (tahun lepas Dania part time jual kasut Bethany Roma dan Swiss Polo). Kali ni jenama lain pulak. 

Kalau ada rezeki adalah tapi sebenarnya Dania pun ada tanya tempat kerja dulu ada kosong ke tak dan nampaknya macam positif je. Tempat display kasutnya katanya makin besar jadi mungkin perlukan Part Time 2 orang. Kawan Full Time tu pun ada whatsapp Dania bila Dania free. Dania dah reply dah. 

Tengok rezeki kali ni kat mana sebab mungkin yang mana panggil dulu itu yang akan Dania terima. Lenguh gak kaki cover dari hujung sampai hujung kemudian dari atas sampai bawah. 




XOXO,
Ezna


 

18 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Bagus juga buat part timr cari pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dania nak cari pengalaman dan kumpul duit.

      Padam
  2. Semoga dipermudah segala urusan Dania..

    BalasPadam
  3. cantiknya anakdara akak ni,manis berkebaya tu...bagusnya Dania suka kerja part time..

    BalasPadam
  4. Bagus betullah Dania ni, suka berdikari. Semoga rezeki terbaik utk Dania ya

    BalasPadam
  5. Cantiiik dan handsome couple guru Dania ini 😍😍.

    Di sana mudah cari part time yaaa... Di sini part time begitu agak susah, trutama di mall. Rata2 banyak toko akan cari pekerja shift. Jadi memang butuh yg full time tp akan shift jadwal kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kata mudah cari tak juga cumanya memang banyak juga kerja part time yang boleh kita cari. Ramainya yang full time, part time ni tak ramai. Kakak mencari ni dalam 10 kedai kurang lebih.

      Padam
  6. Moga dania dpt kerja kat tmpt terbaek..best dpt pengalaman dan duit gaji jugak!!

    BalasPadam
  7. Bagus Dania pandai isi masa terluang. Dapat tambah pengalaman, tingkatkan kemahiran diri. Moga Dania dapat tempat kerja paling sesuai untuk dia.

    BalasPadam
  8. Bagus Dania, nanti boleh masukkan pengalaman kerja part-time dalam resume bila cari kerja lepas grad.

    BalasPadam
  9. i singgah BW jap..pagi2 ahad niiii

    BalasPadam
  10. bagusnya dania setiap kali cuti sem mesti rajin cari kerja part time. takdelah masa terbuang gitu je kan

    BalasPadam
  11. Cantik dan sopan betul tengok Dania berbaju kebaya pagi tu, manis sangat! Baguslah dah tak payah ambil subjek English lagi lepas ni, bolehlah Dania fokus sepenuhnya pada subjek teras untuk semester depan..cuti lama ke nak part time tu...

    BalasPadam
  12. Dlm mall byk tmpt bleh apply. Sy dulu kalau dlm mall keje dkt parkson & kenny rogers roasters=D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.