Pertama kali ke Super Seven Cash & Carry @ De Centrum Mall

Pertama kali pergi ke Super Seven ni yang terletak tak jauh pun dari Uniten. Sebenarnya tak pernah dengar pula Super Seven ni. You alls pernah dengar ke?. 

Hmmmm.....ada Mak Tam la pulak. Mak Tam ni panggilan saya untuk anak-anak saudara sebelah hubby di Kedah. 
Mak Tam ni sejenis daun salad kot. 


Luas jugak la. Tengah nak mencari bawang merah dan putih ni nak top up. 


Baru ternampak ada bihun vietnam glass noodle tu kat sini. Ada halal pulak tu. Susah juga nak cari glass noodle ni. Tapi tak beli pun glass noodle. Beli bihun Faiza je. 


Super Seven pun ada jugal Oreo BTS ni. Tak beli pun tapi bila tunjuk Dania dia kata kenapa tak beli yang purple tu?. 😅. Macam tak jumpa je Oreo BTS ni kat mana2....atau saya je tak perasan sebab tak mencari. 


Ada barang la boleh dibeli kat sini. Lain kali boleh la beli kat sini pula. Cuma malasnya nak kena parking kat basement. Tak ada parking sama level pun kecuali yang illegal la. 




XOXO,
Ezna



 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Mak Tam tu adik beradik salad. Ai suka sebab lagi tahan lama and murah.

    BalasPadam
  2. 1st time i dgr nama mak tam ie nama salad

    BalasPadam
  3. Kakak Cie ada sorang pangkat maktam. Cie pernah snap gambar salad tu hantar kat dia sebab tulis maktam tu la 😄

    BalasPadam
  4. Saya sebutnya selada romaine si maktam itu 😄. Baru tahu pula nama lain Dia Mak tam 😅

    BalasPadam
  5. Ada jugak nama lain ye salad tu...elok pulak Mak Tam hehe...
    Kat area rumah saya ada Super7 Kak Ezna..duluuu suka shopping barang-barang masak kat situ (segala bawang semua)...tapi sejak tak berapa terjaga, tak berapa nak pergi situ dah kecuali kalau nak cari barang yang takde sangat...

    BalasPadam
  6. ada sepupu mak saya pun kami panggil mak tam. tak sangka sayur pun nama mak tam jugak kekekke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.