Kenduri kahwin di Days Hotel & Suites by Wynham Kuala Lumpur

Ada satu hari minggu yang Dania kena kerja pagi jadi tak boleh la ikut sekali. Jadi saya dan hubby je pergi kenduri. 

Keluar dari tol Sg. Besi....makhaihhhh stuck dalam jam selama 30 minit ya. Bergerak terlalu perlahan. 😭. Dah la masa ni hujan pulak tu. Menambah lagi jam ya. 


Ok...dah tiba dah kat majlisnya. 


Pengantin yang diraikan. 


Kalau tengok pada dewan ni unik sebab berbentuk segitiga dan boleh nampak bahagian atas yang bercermin. Unik la dewannya. 


Kat tengah atas tu laluan tu jadi bila ada orang jenguk boleh tengok majlis kat bawah. 



Hubby dengan anak saudara tapi tak silap saya anak saudara yang berusia dari ayah saudaranya. Beliau juga merupakan owner Ombak Damai di Pulau Pinang. 

boleh baca di sini



Ni ayah Awatif ambikkan untuk saya dan hubby. Kalau ada Dania la mesti apam balik ni dia ambik dulu. Masa makan apam balik ni teringat la kat Dania sebab memang favorite dia pun. 


Bergambar wefie dengan saudara mara belah hubby. Sebelah saya cucu saudara nama Awatif. Awatif panggil saya Tok Tam. Belakang saya mak Awatif kiranya anak saudara saya tapi setahun tua dari saya. Hehe. Sebelahnya isteri kepada ombak Damai. Kiranya pangkat anak saudara tapi berumur dari saya. Saya panggil kakak. Ishhh janggal la panggil saya Mak Tam pulak 😅. Semua tanya mana Dania? Minta maaf Dania tak dapat hadir sebab kerja. 

Awatif dan family datang ke sini naik bas, kemudian ambil kereta yang baru keluar di Klang alang-alang ke majlis perkahwinan ni. Balik Kedah naik kereta baru la. Kereta baru untuk Awatif. Alhamdulilah. Tok Tam tumpang happy naaa....sikit-sikit balik kampung cari Awatif sebab Awatif ni baik dengan Dania masa kecik-kecik. Bila besar, Dania pendiam la pulak.....


Ini kira anak kepada sepupu hubby jadi pangkat anak saudara la ya. Dah bekerja dah sebagai jurutera kat Shah Alam. Dulu, saya jumpa masa kecik-kecik. Bila dah besar memang saya tak cam pun. Bila saya kata dah jadi handsome man dah....malu malu pula dia. 😅


Tak pandang pun kamera Tok Tam ni haa.... malu...


Ada jajan tapi tak perasan ni sebab letak kat depan. Tapi ambil juga la nak bagi Dania rasa. 


Ini ibu pengantin lelaki. Sepupu hubby saya. Intan namanya. Arwah suaminya dulu Mohd Hanim Tahir adalah bekas penjaga gol pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga seorang jurulatih pasukan bola. 


Ni kat lobi hotel. 


Ini kali kedua saya ke majlis di sini. Dulu pernah attend majlis sepupu arwah papa saya. Anaknya kahwin. Ada beberapa lagi majlis perkahwinan dalam senarai  yang buat masa weekend dan cuti umum. Nampaknya tak cukup korum lagi la ni. Selalunya weekend memang Dania kena kerja. Asal pergi tak cukup korum mesti orang tanya....

Hari ni ikut dalam jadual nama Dania tak ada jadi cuti la. Tak lama kemudian dapat whatsapp tambahan nama dan nama Dania ada untuk kerja. Apa lagi senyum la dia. Nak kumpul duit punya pasal 😅. Ni F1 akan diadakan di Malaysia ni dan ada orang tu plan nak pergi. Tiketnya saya jangkakan tak murah.....




XOXO,
Ezna

 

7 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Cantiknyaaa dewan majlis dia.. sangat-sangat suka melihatnya... cahaya on point!

    BalasPadam
  2. Menariknya lokasi majlis ni. Lain dari yang lain. Kalau tol sg besi memang mcm tu memanjang je sesak.

    BalasPadam
  3. Serius la dewan dia unik dan cantik giler..Suka pelamin banyak munge2 tu...

    BalasPadam
  4. ooo dania minta F1 yer...memang i pun rasa tix nya tak murahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz minat F1 pulak dan minat driver dari group Ferrari.

      Padam
  5. Dah start dah kan minggu orang kawen hehe....

    BalasPadam
  6. Cantik dan kemas betul dewan Days Hotel ni, nampak selesa sangat untuk tetamu! Lepas ni kalau ada kawan-kawan yang tengah survey port kenduri area KL, memang boleh rekomen entri ni kat depa. Moga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.