Julung kali masak nasi lemak pandan sambal kerang

Masak nasi lemak tu pernah la tapi lauknya selalunya sambal ikan bilis. Kali ni julung-julung kalinya buat sambal kerang. Bab renyah tu nak kopek isi kerang tu la tapi sebab ada pembantu jadi kerjanya mudah dan cepat sikit la. Thank you Dania....


Ada telur rebus dan daun salad. Tukarkan dari timun yang saya dan Dania kurang makan. Salad ni laju la pulak makannya. Telur pula isi kuning tu macam cair sedikit. Tak fully masak. Dania kata dia suka telur macam ni. 


Gorengkan juga ikan bilis. Bagi garing sikit....tapi nak buat yang ni kena berhati-hati supaya tak overcooked. Nanti tak sedap. 


Saya buat nasi lemak daun pandan. Tak pakai pewarna hijau. Hijau asli dari daun pandan je since saya ada tanam daun pandan kat rumah. Guna 7 helai daun pandan. Ada yang ditapis airnya dan ada daun pandan yang disimpul letak dalam beras. Masa masak dalam periuk nasi tu boleh bau satu rumah....wangi....


Lepas tu hubby ada beli durian Blackthorn kat kedai Acheh. Ada orang cina yang hantar barang runcit ni ada kebun durian....katanya jual murah2 je. Hubby kata RM20/kg. 


Ni lah buahnya...memang creamy. Buahnya isi tebal....sedap. Warnanya pun cantik. 


Sekarang ni pun durian dah harga murah sikit kan....Blackthorn ni kiranya durian premium tapi harganya menjunam. Kita la yang dapat la merasanya. Kalau mahal sangat saya pun skip durian premium ni. 

 

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wahh sedapnya home cooked nasi lemak! i tak masak pagi ni sbb tak beli bahan mentah utk masak2...semlm utk dinner dah masak2 so dh abih bahan2nya

    BalasPadam
  2. cantik kejadian nasi lemak akak...sedap kan blackthorn,masa mahal dulu 150/kg sekarang semua golongan dah mampu merasa durian premium ni

    BalasPadam
  3. Betul…dulu nak makan musang king pun payah. Sekarang murah2 je dorang jual

    BalasPadam
  4. Sedap tu sambal kerang... Durian isi kuning kita boleh mkn ngan pulut

    BalasPadam
  5. Waduh sedap dan beraroma la nasi lemak pandan ni... Enak!
    Sy pun nak beli lagi durian, time murah ni boleh makan puas² kan Ezna

    BalasPadam
  6. Cie nak buat sambal kerang tak terbuat lagi ni. Nak beli kerang yang dah siap kopek tu jela senang sikit.

    BalasPadam
  7. Boleh bayang bau wangi pandan tu...Sedapnya Sambal Kerang..fav saya,,,
    Betul tu Kak Ezna...durian tengah murah kan, merasalah makan durian gred bagus tu..kalau tak memang skip je hihi

    BalasPadam
  8. Clap clap tahniah berjaya buat sambal kerang ye... saya ni x berapa suka kerang tp bdk² kat rumah tu suka sgt jadi kdg² omak eh mmg akan buat sambal kesukaan anak² dia la ..kita ni sipi² terpaksa la gak.telan hahhaa

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi lemak kerang, lelagi yg homemade punya :D
    murah tu blackthorn rm20/kg! warna dan isi pun masih cantik

    BalasPadam
  10. Saya dulu beli blackthorn di Penang harga nya 200 rm 🤣🤣🤣. 1 bulatan agak besar. Tp memang penuh isinya. Kalau skr malah jadi 20rm ya kak 🤭😅😅.

    BalasPadam
  11. Terbayang aroma nasi lemak pandan ini saat di masak 😍😍😍. Pastilah wangiiii 1 rumah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.