Saya nak hantar parcel je pun tapi Dania nak ikut. Bosan la kot asyik mengadap screen IPad tu je baca lecture notes. Sekarang ni Dania tengah cuti 'study week'. Jadi, Dania kena pangku kotak la ya. Kotak besar tapi takdelah berat sangat.
Ok...siap hantar dah pun. Kena siap-siap install aps Pos Malaysia dan key in alamat semua. Tiba kat kaunter scan je QR dan sticker alamat pun keluar dan saya tampal kat kotak.
***Dah tiba dah parcel kat penerima setakat blog post ni ditulis. Alhamdulilah.

Lepas tu singgah Petronas nak membeli. Ni diantara jajan menarik dalam Petronas ni. Kuih siputnya sedap.
Macam-macam la ada rempeyek la....etc...
Kuih bahulu pun ada. Pernah la beli kuih bahulu kat Petronas dan ternyata sedap. Cicah kopi ke teh tu memang ngam la.
Kalau beli popcorn ni boleh share ramai ni. Punyalah besar.
Nak mencari sambal pun ada kat Petronas ni. Boleh terus makan.
Fauziah Ghous punya produk. Masa saya masuk Roda Impian masa Kieran jadi hos, Fauziah Ghous ni la pembuka papan huruf. Time tu Fauziah free hair lagi. Saya putar lagi.....hehehe. Time tu saya cuma dapat masuk final je. Lepas tu tak menang dah. 😅
Menarik betul ada masak merah pulak ni. Ready to eat pulak tu.
Dania makan ice cream Kit Kat.
Saya pula ice cream Cadbury.
Lepas tu baru la balik rumah. Boleh la Dania keluar rumah kejap dan lupakan pasal study ni. Dah balik, sambung balik. Next week bermulanya paper final Dania. Ada 4 paper next week. The week after 1 paper je. Kemudian selesailah sem 4 ni.
XOXO,
Ezna










Part bahulu tu mmg sedap la mkn cicah teh or kopi. Sy suka jgk cicah dgn air sarsi =D
BalasPadamMemang ya. Sis pun suka mencicah juga. Errrr air sarsi? Ni sis tak pernah cuba lagi.
PadamOoo banyak produk dia jual di situ ekk..
BalasPadamYa banyak sangat sis.
PadamMemang ada petronas yang meriah dengan jualannya dan menyokong produk bumiputera Islam.
BalasPadamYa kat sini meriah sangat produknya. Seronok juga sebab bagi kita pilihan nak membeli.
PadamLama sangat dah tak guna khidmat PL untuk post barang. Besar betul popcorn tu.
BalasPadamBetul memang besar pun Cie. Kalau beli kena share ramai-ramai.
Padampopcorn giant tu opismate pernah beli yg original ..lg 1 ada versi rainbow...eskrem kitkat tu pernh rasa tisya makan tp manisss..suka cadbury yg ezna punya tu
BalasPadamYa betul setuju dengan Amy. Ice cream Dania makan tu manis sebab pernah rasa sebelum ni. Cadbury ni sedap.
PadamSeronok masuk kedai Mesra ni, macam² produk ada. Oh Ezna pernah masuk Roda Impian ye ... Sy Ingat masa HO & Eja jadi hos & pembuka kotak. Yg Kieran dgn FG ni tak ingat la pulak 😅
BalasPadamSelepas HO dan Eja tu Kieran dan FG jadi pembuka kotak. First sekali Hani Mohsin kan....
PadamKakaaaaaaaaaak, ayam masak merah ready to eat itu hanya dijual di sana sajalah? Supermarket lain ada? Kemarin itu teman saya yg suka traveling ke negara2 unik , si Fara minta ayam masak merah yg Frozen ada tak. Dia teringin sangat 🤣🤣.
BalasPadamMana saya tahu ada jual atau tak.
Eh lihat ini, LGS teringat lagiiii 😍😍😍. Nanti nak saya belikan buat fara. Kasian pula jadinya 🤭😄.
Supermarket pun ada tapi mungkin beda brand. Kalau teringin nak ayam masak merah ni....nanti kakak beli banyak untuk Fanny. Khabar bila datang Malaysia. Nanti kakak beli.
PadamKotak tu macam kenal je 🤭
BalasPadamWah, pernah jadi peserta Roda Impian rupa2nya. Nanti nak cari kat YT kot2 ada rakaman Roda Impian masa tu hihi
parcel la kah tu kan hehehhe ;) i baru bukak blog ari ni..few days off from blogging, tak bukak lappy pun
BalasPadamSA pun perasan kat Petronas banyak dah jual barangan IKS...nanti nak tgok la ada sambal hitam x
BalasPadamPetronas kat rumah saya pun macam ni Kak Ezna..pernah beli Karipap frozen, kerepek-kerepak n kek coklat...yang lain tu tak sempat nak try lagi...tapi memang best, kalau lapar gi jelah Petronas, confirm jumpa something untuk makan
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.